Thursday, September 29, 2011

Parkinson Tengok Berat Badan Bertambah Dengan Jayanya Lepas Raya



Selamat petang..


Dah petang baru terkinja-kinja nak update blog..nie la nasib bila bekerja, abis kerja opis baru leh update..


Malam tadi g check-up macam biasa kat KPMC, Kajang. Tergopoh-gopoh aku keluar awal lepas je sembahyang maghrib terus keluar. Ingat aku dah paling awal, rupanya dah ada orang lain lagi awal. Itu pun baru pukul 7.30mlm dah ada orang..aduh tensionnya. Sebelum nie bila aku sampai pukul 8.00 mlm tengok dah ramai....diorang nie tak sembahyang maghrib dulu ke.???..padahal ibu mengandung nie tak period...ntah la...


Time timbang berat badan la paling memeranjatkan coz tengok berat badan aku naik 2kg dalam tempoh 3 minggu. Nie semua melantak sakan la nie g open house sana sini. Pastu sekarang asyik cepat lapar je..Mementang la masa g check-up awal bln tue berat tak naik lepas puasa, maka sesi balas dendam untuk naik berat badan tanpa had..Sepatutnya doktor Mimi cakap masa tue, kalau berat naik pun untuk check-up akan datang dalam 1kg jer..Ambik ko, aku bantai naik 2kg. Parkinson aku tengok mesin timbang tue..


DAh tersipu-sipu malu aku kat doktor. Lepas scan doktor cakap berat baby dah 2.1kg berbanding 3 minggu lepas hanya 1.5kg je. Tapi bila doktor check perut dia cakap baby macam lebih berat daripada yang di scan. Aduh masalah lagi...Mintak-mintak la jangan baby keluar ikut tingkap. Keluar normal ye baby..Kedudukan kepala pun dah ke bawah. Alhamdulillah betul la. Doktor Mimi try nak tengok muka baby secara scan 3D tapi baby tak nak tunjuk la plak. Just nampak mulut dia tersenyum lebar jer...jadi la


Yang tak bestnya, 2 minggu lagi aku kena check-up sekali ke Doktor Jamil. Mana la aku nak sorokkan muka nie...huhuhu..Dengan Doktor Mimi pun aku still malu-malu lagi, inikan plak ngan doktor lelaki. Terpaksa la nak buat macam mana dah prosedur hospital macam tue..


Konon-konon hari nie nak diet la lepas berat bertambah. Pepagi minum susu dan honey star je..Hampeh, tak sampai sejam lepas tue aku dah menggelupur kelaparan. Nak menunggu tengahari azab betul la. Diet ntah ke mana..tengahari tadi aku bantai makan steamboat kat Johnny, Jusco Cheras Selatan. Makan tak agak2 macam sebulan tak makan, pastu pakej sambung makan sushi plak...Macam mana la berat tak naik mencanak nie...


Harap-harap berat badan nie tak bertambah banyak la untuk 2 minggu akan datang...huhuhuhu


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, September 28, 2011

Demam panas pun masih main game



Selamat tengahari..


Huhuhu..5 hari blog nie bersawang. Nie pun baru terkial-kial nak update. Sebab-sebab tak berupdate biasa la, keja menimbun kat opis, Sabtu & Ahad haruslah aku tak akan jenguk langsung blog nie bila cuti dan hari Isnin & Selasa pula coz dak kecik tue kena demam panas.


Kesian pun ada anak aku nie..bikin mak pak susah hati je...Dia start nak sakit hari Jumaat bila mata dia start bertahi mata. Ingatkan sebab hari sebelum tue dia asyik terjaga pukul 2 3 pagi dan tak tidur sampai la ke pagi. So bila dah bagi tidur secukupnya hari Sabtu, maka elok la mata tue. Bila hari Ahad, tengok jadi balik..kali nie dua-dua mata bertahi sampai susah nak buka pakej sekali selsema. Masa nie belum teruk sangat, ingat hari Isnin baru la nak bawa g jumpa Pakar Kanak-kanak.


Aku g keja macam biasa la ingat tak teruk, sekali Tok Mak dia call cakap makin teruk pulak siap muntah-muntah 2 3 kali pagi tue. Dah la tengah banyak keja pagi tue kat opis, settle keja cepat2 terus ambik Emergency Leave dan bawa g klinik. Dugaan betul nak jumpa Pakar Kanak-kanak..kitorang dah biasa ngan doktor nie, sekali boleh plak dia tak masuk klinik tengahari tue..petang baru masuk..Dah la dak kecik nie muntah ntah berapa kali dalam kereta sebelum sampai klinik....Aduuuuhhhh


kredit to mr google


Terus alternatif tukar ke Klinik biasa yang kitorang pergi kalau pakar kanak-kanak nie tutup. Bagi ubat macam biasa lepas balik klinik, sekali bila dah tengah malam, badan dak kecik nie start panas yang amat sangat..Masa nie mula la syak doktor salah bagi ubat. Dah tengah2 malam mana la ada pakar nak buka. Tawakal je la kasi ubat doktor tue pakej tampal cool fever...mujur la bila dah siang, badan dia dah start kebah cuma batuk dan selsema je masih ada. 


Walau pun sakit, game memang tak lepasnya. Seharian dok mengadap game je. Kali nie dah tak layan main game kat handphone aku, yang jadi mangsa kali nie handphone papa dia plak...anak sakit layan je la kerenah dia...


Syukur sangat bila aku nak pergi keja pagi nie dia dah sihat sepenuhnya. Tenang sikit nak keja al-maklum la 2 hari aku cuti menjaga dak kecik. Aku tak tau la ari nie dia kat rumah Tok Mak dia macam mana coz malam tadi dia tidur seawal 9 malam dan terjaga pukul 12.30 tengah malam dan sampai la ke pagi nie dia tak tidur. Boleh plak tahan mata tue semata-mata bangun tengah malam nak main game sampai ke pagi. Bayangkan budak-budak 3 tahun main game sampai ke pagi...Nie baru 3 tahun, kalau 13 tahun macam mana la plak peel dak kecik nie...Jangan sakit balik sudah la...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Thursday, September 22, 2011

Tinggal 48 Hari Je Lagi..Sabar..Sabar



Pejam celik pejam celik..macam tak caya je tinggal 48 hari lagi untuk berakhirnya sebuah penantian..


Bukan penantian nak kahwin ye macam Zie..seronok baca blog orang yang tengah buat persediaan perkahwinan. Kalau 4 tahun lepas aku kenal dunia blog, kompem aku pun salah sorang yang excited macam Zie gak...Sekarang dah berkeluarga dan nak timang cahaya mata kedua, harus la nak kongsi citer gak...

Untuk tatapan anak-anak aku nanti gak. Mana tau diorang malu nak tanya kat mamanya..So baca je la blog mamanya nie..


Semalam serius aku bz tahap kritikal..rasa macam nak cabut balik je dan tinggalkan semua kerja opis..Macam berani je nak buat..hehehe


Hari nie nak submit tender sebelum pukul 12, semalam baru terkial-kial nak taip report bagai. Tue pun tak siap gak, terpaksa angkut buat kat rumah...Tak sanggup la aku berlama-lama buat kerja semalam coz baby dalam perut nie asyik la buat reformasi. Dah macam pemain bola handalan la aku rasa. Semua penjuru perut bergerak. Sampai nak tegang la perut nie..Aduhhhh....


Maybe dia lapar kot. Lepas balik rumah, melantak la dengan harapan baby akan cool..takde maknanya, lagi rancak bergerak ada la..


Mujur la hari nie sempat gak settle semua dan dah selamat submit tender tue sebelum pukul 12 tengahari...


Buka web page baby center tengok perkembangan baby jap..


 Ohh patut la aku asyik rasa nak terkucil je memanjang, rupanya kepala baby dah turun ke bawah..





Berdasarkan jadual kat atas tue..tinggal lagi 48 hari baby nak jenguk dunia...sekarang dah masuk minggu ke 33. Kalau boleh nak sangat baby keluar awal...sama tarikh ngan anniversary kitorang pun ok gak...Kalau dia keluar ikut tarikh due tu abis la coz 2 hari lepas tue kenduri kahwin adik ipar...hwaaaa..tak boleh join sekaki....


KLIK SINI kalau korang pun nak tengok perkembangan baby korang ye..bagi yang pregnant je la..kalau yang pregnant lemak tue, tak boleh tau..hehehhe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Tuesday, September 20, 2011

Lepas Gian Main Bowling



Semalam aku ada cakap nak story pasal dak kecik nie main bowling..baru ari nie berkesempatan nak story2 sikit...


Agak lama la kitorang tak terjah tempat bowling..bukannya kaki bowling pun..hehehehe


Mana tau melentur bulur biar dari rebungnya...satu hari nanti anak aku nie jadi pemain bowling dunia ke...perasan abis maknya nie...puiiihhh


Jom layan aksi Haikal Danish menunjukkan bakat terendam terpendam dia...




 Dah abis ringan dah pilih bola tue untuk dia..paling ringan 7kg..slumber kodok jer dia angkat bola tue

 Tengah mencongak score buat masa nie..agak2 boleh dapat pingat emas tak???hmmmmmm.....


Muka penuh excited tunggu balingan strike ke tak...


Dapat gak la dak kecik nie main 2 game...ingat nak kasi main 3 game, tapi kesian plak tengok..kang ada yang tangan tertanggal angkat bola bowling tue...hehehehe


Kat Alamanda nie, untuk kanak-kanak memang dah disediakan khas lorong untuk diorang main...pastu tak masuk longkang la coz dah ada pagar kat tepi tue. Sekali main RM 7.00...ok kot..


Lain kali boleh la bagi dia lepas gian main kat sini lagi...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Monday, September 19, 2011

Dulu Nikmati Sendiri Sekarang Dah Bertiga..Opss Berempat la



Dah tengahari sudah..masa untuk menyedapkan anak tekak..


Kalau yang masuk blog nie dan terbaca entri SINI mesti nak tau kelazatan yang terbaru dicuba seisi keluarga plak. Ari tue kesedapan dan kenikamatan di rasai sorang diri..Begitu tamak halobakan???...sekarang seisi keluarga pun nak rasai gak...



 Gaya paling ganas nikmati kesedapan Aiskrim Magnum Almond..Selalu dak kecik nie tak makan benda yang berkacang tapi disedapkan almond nie sangat la rangup, abis dimakannya



 Berhenti sejenak...nikmatnya...


 Magnum Chocolate Truffle plak


Haaa..sampai termuncung la mulut tue...dia punya aiskrim dah abis, dibantainya aiskrim mama plak...huhuhuhu

Tuan Tanah pun tergugat nak join sekaki...


Sungguh susah la nak dapatkan aiskrim nie lepas aku buat entri hari tue..g cari kat 7-eleven kat area opis aku pun habis, cari kat Petronas pun abis last kali cari kat 7-eleven yang jarang orang terjah..baru la jumpa...kalau tak sekeluarga la kempunan...hehehehe


Bukan bertiga je melahap aiskrim waktu hujan-hujan semalam tapi berempat plus baby kat dalam perut..hehehehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Anak Nangis Mama Pun Join Berjemaah Nangis



Selamat pagi..3 hari blog bercuti sama macam tuannya bercuti gak..


Nak story edisi nangis secara berjemaah...memang citer menyayat hati betul la. Semalam bawak si dak kecik tue gie main bowling coz dah 2 3 hari dia dok meroyan nak main bowling. Maybe dah lama tak main bowling kot...Lepas asar terus cargas bergerak ke Alamanda nak main bowling. Nanti la aku story citer bowling ye..sekarang nak story lain dulu..


Lepas main main bowling, bawa la dak kecik nie g main mainan bersebelahan Parksons tue, memang tengok dia enjoy abis la..dah malam, mama pun dah penat sangat plus tekak yang rasa nak muntah je nie coz makan banyak sangat terus ajak nak pusing usha barang kat Parksons jap..Sekali dak kecik tue tak nak ikut, dah meraung-raung nak main lagi...padahal dah lama giler dia main...


kredit to mr google

 
Entah hantu mana merasuk mama malam tadi terus hilang sabar, padahal boleh jer temankan dia main sekejap....tak pasal2 terus balik. Sepanjang perjalanan nak ke kereta tue meronta-ronta dan menangis tak hingat dunia kat Alamanda tue. Dah macam budak kecik kena culik plak. Masuk dalam kereta pun still nangis lagi. Mama yang hati tisu nie pun turut sama nangis berjemaah. Rasa ralat sangat tengok dia nangis tersedu-sedu kat belakang. Hantu dah merasuk badan mama nie terus biarkan je dia nangis sorang-sorang padahal boleh jer mama pujuk...


Sepanjang jalan balik ke rumah pun dia menangis tak berhenti. Mama tengok je, lepas nangis dak kecik nie macam merajuk membawa diri nak tidur la..tapi still tak tidur gak...maybe rasa bersalah ngan mama kot. Dia datang kat mama pastu, cium pipi banyak kali dan ambik tangan mama dan cium bebanyak kali gak. Mungkin nak minta maaf la tue. Terus bertambah lebat mama nangis coz touching tengok dak kecik dah pandai buat macam tue.


Sampai rumah, mama terus bawa diri tidur dalam bilik, yang dak kecik nie mungkin ingat mama marah lagi..tak berani nak dekat mama. Mujur la papa ada, papa la yang mandikan dan layan dak kecik nie. Mama terjaga dalam pukul 11 tengok anak beranak dah terbongkang depan tv. Kesian plak tengok, selalu nak tidur mesti nak menyusu..malam tadi tidur tanpa menyusu dulu....


Pagi nie pun bila mama kejutkan bangun pun dia still macam takut-takut ngan mama, bila dah cakap mama tak marah dan jangan buat perangai lagi macam semalam...baru la dia ceria dan cakap ok..


Mama marah sekejap je la sayang...nanti mama bawa haikal main puas-puas ye dengan syarat kena dengar cakap la ye...


Dah terlebih panjang plak entri emosi aku pagi nie....mama-mama kat dunia nie pun mesti berkeadaan macam aku gak bila hantu dah merasuk dalam badan tue..ke aku sorang je macam ni???..hehehehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Thursday, September 15, 2011

Nikmatnya Makan Aiskrim MAGNUM



Dah petang baru dapat update blog...sehari suntuk keja banyak giler kat opis..Keja dah siap boleh la ngular update blog..Kepada kengkawan yang tinggalkan message dan jejak, nanti aku blogwalking balik ye..sekarang dah teramat penat sangat nak balas message dan buat lawatan ketua kampung..hanya mampu buka blog, baca pesanan dan update je..


Rasa macam dah nak terberanak pun ada ngan keja yang giler menimbun nie..nak taip nie pun rasa malas jer..


Nie nak story kenikmatan aku makan aiskrim MAGNUM yang tengah hangat ditayangkan kat TV..kalau dah sehari maunya lebih 10 kali tayang iklan tue, maunya iman kat dada nie tak tergugat. Sekali tengok ok la nafsu nak rasa tue, kalau dah tiap2 hari mengadap iklan tue....mana boleh tahan ma...hehehehe


Pengaruh iklan begitu besar kat kita yang dah nak tua bangka..kalau budak2 ribena lain la. Banyak gak la kedai aku cari takde, last kali aku dapat jejak kasih aiskrim nie kat 7-eleven...


Kasi korang sama terliur macam aku, meh kita tengok gambar sikit...hahahaha..giler keji..


Baru tengok luaran..hati dah meronta-ronta nak tengok dalamnya..


Memang betul2 nikmat dan sangat sedap aiskrim Magnum nie..aku try Magnum Almond punya..kepekatan coklat luaran tue jangan citer la memang marvelous la...dah tue tebal plak aiskrim nie...


Sekejap jer dah abis aku kerjakan...batang aiskrim tue pun mengancam


Tengok cover kat dalam tue pun ada tulisan gold lagi...


Nak tau harganya...RM 3.90 sebatang ye..walaupun agak mahal tapi berbaloi-baloi la. Memang tak rugi beli pun. Lepas nie nak makan dan makan dan makan dan makan lagi...hehehehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Lepas Gak Kempunan Aku



Selamat pagi


Seronoknya dari semalam bawa ke hari nie...lepas gak kempunan di hati aku nie a.k.a mengidam la tue..


Benda alah nie memang aku teringatnya nak makan sepanjang bulan Syawal nie.., bulan lain tak pulak teringin..hehehehe..Ye la tahun nie raya kat Johor mana ada benda alah nie, kat Penang je boleh dapat...


..


..


..


..
..


..


..


..


..


..


..


..


..


..


..


..


..


..



Ketupas Palas


DAN


Rendang Ayam


Gembira sangat, dapat gak makan walaupun dah masuk 16 Syawal...sanggup la aku masa birthday party dan open house ari tue aku tak masak coz frust menonggeng punya pasal...


Pepagi semalam, ayah aku dari Penang call kata nak hantar ketupat palas...wah teruja betul la seharian aku menunggu. Balik kerja terus kelam kabut buat rendang ayam sekuali lagi...selera gajah betul la...


Akhirnya pukul 10 malam baru dapat makan bila ayah aku sampai...tersenggok2 tunggu ketupat palas tue sampai..Aku rasa sekali hadap semalam maunya 6 7 biji gak aku sorang je bantai..


Pagi nie continue sambung makan lagi.....nikmatnya....


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, September 14, 2011

Syoknya Bila Ada Anak Lelaki Yang Sekepala



Entri nie mungkin sesuai untuk bapak2 yang memang kaki game...dapat plak anak lelaki yang minat dan hobi yang sama...


Waktu baby, just banyak dok bawah ketiak mak jer...bila dah meningkat dewasa macam nie, bapak la pujaan hatiku...


Tak percaya..tengok nie...







Rasanya bila dah besar sikit lagi, kompem la anak beranak nie merayap tinggalkan mamanya kat rumah jer..huhuhu


Yang dah kecik nie pantang papanya buka laptop kat rumah untuk main game jer, mesti dok menyendeng je sebelah papanya..sanggup la tidur lewat semata-mata nak temankan papa dia main game..kang bila papa dia terlelap jer, dia plak continue main game tue...hehehehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Tuesday, September 13, 2011

Happy Birthday Haikal Danish - 3 Tahun Sudah



Semalam genap sudah anak bujang kami HAIKAL DANISH BIN MOHD SHAHRIZAD berumur 3 tahun. Lahir pada 12hb. September, 2011 tepat jam 8:46 malam bersamaan 12 ramadhan 1429. Sekarang dah besar dan dah macam-macam peel dah..


Dah pandai merajuk, pandai memujuk dan banyak cakap. Bila minta tolong suruh dia buat keja pun, ringan jer tulang..


Walaupun mama tak berapa sihat sangat, namun untuk kegembiraan anak bujang sorang nie..kuatkan semangat menyediakan juadah jamuan kecil-kecilan. Tahun nie first time buat jamuan hari jadi maka makanan pun ala kadar je la. Sambutan hari lahir sebelum nie hanya family kecil kami sahaja yang menyambut di pizza hut....Nie kira pakej jamuan hari jadi plus jamuan raya sekali la..


Jom layan gambar-gambar kat bawah nie...jangan ada yang bosan cukup la dengan gambar yang banyak nie..heheehehe


 Mee Kuah Penang Mai...


 Bihun Goreng, Puding Jagung Berkuah, Kek Oren dan Nugget


 Sirap Bandung Soda yang sangat marvelous


Sumi yang macam-macam kaler


 Penuh satu meja sudah


 Decorate yang sangat2 simple..hehehehe



 Birthday cake yang sangat sedap..


 Kita sibuk nyanyi lagu happy birthday untuk dia, dia plak suruh diam..siap cakap "Bising la"


 Penat ye sayang nak padamkan semua lilin tue...hehehehe


 Muka excited nak potong kek



 Foto family kecil kami



 Jemputan yang tiba awal...


 Hadiah untuk sayang mama dan papa dari jemputan kami..


Ops hadiah dari mama dan papa takde ke???...hadiah untuk anak bujang nie dah dapat 2 hari awal, kehulu ke hilir di usungnya..lupa plak nak snapkan


 Hadiah dari Tok Mak dan Tok Ayah


 Hadiah dari Ucu


 Hadiah dari family uncle Zaidi


Sehari suntuk tak tidur, bila semua jemputan dah balik terus pandai bawa diri...tidur sendiri


Selalu nak tidur mesti nak menyusu la bagai, tapi malam tadi terus pandai tidur sendiri...Selagi belum ada adik boleh la nak menyusu badan lagi, dah ada adik nanti kena kasi can kat adik plak la.


Dah tidur pun, hadiah kereta dari uncle izral tak lepas tue...


Penat betul lepas bila semua orang dah balik...kemas satu rumah, cuci apa yang patut..Dah settle baru la boleh tidur ngan aman. Yang kelakar tue, jiran bujang sebelah rumah siap cakap nak sambung makan semula padahal jam dah kul 12 tengah malam. Mungkin masa ramai orang tadi segan nak makan...makanya nak sambung balik. Tak kuasa la nak layan. Senang citer, minta diorang punya pinggan dan mangkuk..kami tapaukan makanan yang tak abis tadi..hehehehe



Kagum gak la ngan kederat mak buyung nie menyediakan juadah tue...start masak pun dalam pukul 5.30 petang..settle masak semua dalam pukul 8 malam. Majlis start pukul 8 malam, tuan rumah baru terkial-kial nak mandi...hehehehe...


Mujur la yang sampai awal tue family mertua..kalau tak lagi kelam kabut kot...Harap-harap semua jemputan kami malam tadi berpuas hati la dengan hidangan yang tak seberapa tue. Ini kira last minute jamuan la, tak ramai pun yang dijemput...Mungkin kalau ada rezeki lebih lagi, tahun depan boleh buat lagi....


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Lampu Lip Lap Lip Lap Versi Baru



Masih dalam mood raya...dah berjaya puasa sebulan, haruslah raya pun sebulan..


Orang lain pasang lampu lip lap lip lap aka lampu klip2 kat luar tapi kitorang versi baru la plak..Tak percaya, tengok nie...




Ada korang pernah tengok orang buang tabiat buat macam nie???...takdekan...of course la family kitorang jer...orang pasang lampu nie kat luar rumah tapi kitorang kat dalam coz malas nak buat extension ke luar rumah. So pasang je la dalam rumah..Bila malam, tutup je semua lampu then pasang lampu lip lap lip lap nie...dah feeling raya sepanjang tahun....hehehehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...