Selamat petang..
Dah petang baru terkinja-kinja nak update blog..nie la nasib bila bekerja, abis kerja opis baru leh update..
Malam tadi g check-up macam biasa kat KPMC, Kajang. Tergopoh-gopoh aku keluar awal lepas je sembahyang maghrib terus keluar. Ingat aku dah paling awal, rupanya dah ada orang lain lagi awal. Itu pun baru pukul 7.30mlm dah ada orang..aduh tensionnya. Sebelum nie bila aku sampai pukul 8.00 mlm tengok dah ramai....diorang nie tak sembahyang maghrib dulu ke.???..padahal ibu mengandung nie tak period...ntah la...
Time timbang berat badan la paling memeranjatkan coz tengok berat badan aku naik 2kg dalam tempoh 3 minggu. Nie semua melantak sakan la nie g open house sana sini. Pastu sekarang asyik cepat lapar je..Mementang la masa g check-up awal bln tue berat tak naik lepas puasa, maka sesi balas dendam untuk naik berat badan tanpa had..Sepatutnya doktor Mimi cakap masa tue, kalau berat naik pun untuk check-up akan datang dalam 1kg jer..Ambik ko, aku bantai naik 2kg. Parkinson aku tengok mesin timbang tue..
DAh tersipu-sipu malu aku kat doktor. Lepas scan doktor cakap berat baby dah 2.1kg berbanding 3 minggu lepas hanya 1.5kg je. Tapi bila doktor check perut dia cakap baby macam lebih berat daripada yang di scan. Aduh masalah lagi...Mintak-mintak la jangan baby keluar ikut tingkap. Keluar normal ye baby..Kedudukan kepala pun dah ke bawah. Alhamdulillah betul la. Doktor Mimi try nak tengok muka baby secara scan 3D tapi baby tak nak tunjuk la plak. Just nampak mulut dia tersenyum lebar jer...jadi la
Yang tak bestnya, 2 minggu lagi aku kena check-up sekali ke Doktor Jamil. Mana la aku nak sorokkan muka nie...huhuhu..Dengan Doktor Mimi pun aku still malu-malu lagi, inikan plak ngan doktor lelaki. Terpaksa la nak buat macam mana dah prosedur hospital macam tue..
Konon-konon hari nie nak diet la lepas berat bertambah. Pepagi minum susu dan honey star je..Hampeh, tak sampai sejam lepas tue aku dah menggelupur kelaparan. Nak menunggu tengahari azab betul la. Diet ntah ke mana..tengahari tadi aku bantai makan steamboat kat Johnny, Jusco Cheras Selatan. Makan tak agak2 macam sebulan tak makan, pastu pakej sambung makan sushi plak...Macam mana la berat tak naik mencanak nie...
Harap-harap berat badan nie tak bertambah banyak la untuk 2 minggu akan datang...huhuhuhu
Perahan Otak : Tali Barut Comey