Monday, October 31, 2011

Sate Kajang Hj. Samuri Dah Macam Fast Food Restaurant La



Selamat petang...


Pagi tadi dah citer pasal Red Wok nun kat Bangi..sekarang kita tinjau tempat melantak yang dekat Kajang jer..Al-maklum la rumah kat Kajang, so sila la terjah Kajang je la...


Semalam tekak terasa nak makan ABC pastu otak pun dah tepu coz sehari suntuk dok kat rumah jer...so ada la alasan nak keluar...hehehhe


Terasa nak makan ABC paling sedap abad nie tapi tak tau kat mana boleh cari..last sekali kitorang g jer makan kat Sate Kajang Hj. Samuri, Kajang. Ada la dekat 2 tahun kitorang tak terjah sini sejak satenya dah kureng menyengat..selalu dapat makan stok sate dah sejuk dan kejung jer...tue yang terus boikot tak makan kat situ..


Semalam nak taknak coz ABC punya pasal, terjah la jugak. Takkan nak ambik ABC je kot harus la order sate untuk cukupkan syarat....


Jom layan gambar kasi terliur...


 Nampak je signboard tue...itu la tempat yang sentiasa penuh ngan pelanggan

 Sate ayam yang gemuk2, nasi impit dan timun

 Kuah yang pekat..perghhh

Suasana dan deko kat dalam nie

 Opss..kasi bayar dulu sebelum sate sampai ye...

Dah kenyang makan, jom kasi poket kosong kat sini plak...


Macam pelik pun ada gak...masa kitorang sampai tue, tertunggu2 la orang ambik order..sekali budak ambik order tue cakap kena g kaunter la nak order. Dah macam Fast Food Restaurant pun ada..Bayar dulu baru makanan sampai. Lepas bayar kita dapat kuah dan set nasi impit dulu. Duduk tak sampai 5 minit sate dan air menyusul...Tersangat la cepat.

Aku puji betul service terbaru nie...cepat dan pantas. Sate yang sampai pun still panas lagi tak macam 2 tahun lepas, dah sejuk dan kejung...

Aku rasa Sate Kajang Hj. Samuri buat kaedah ala Fast Food Restaurant nie mungkin ada yang lepas makan terus blah...Tau-tau je sate dah tinggal lidi dan orang pun hilang...Agak-agak kalau sate nie buat Drive Thre macam mana erk????...


So aku boleh la rekemenkan kat korang kalau nak melantak dengan puas boleh la datang sini coz sate tue pun besar lagi. Makan satu cucuk pun dah puas. Harga pun berbaloi. 


Kalau kat tempat yang aku selalu makan bukan sate kajang Hj Samuri tau..dulu masa tak glamor lagi tempat tue, memang besar2 la satenya...bila dah glamor, aku rasa lemak lagi banyak dari isi pastu kecik giler plak...tiap kali suap sate masuk mulut 10 kali aku sumpah seranah tuan kedai tue....


Kita nak tolong orang melayu meniaga dan majukan business diorang tapi bila diorang dah untung sikit, mula la tamak dan kecikkan kuantiti makanan. Aku rasa siapa yang g kat tempat tue kompem akan sumpah seranah macam aku...


So sekarang aku dah jatuh cintan sama itu Sate Kajang Hj. Samuri semula


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Melantak Lagi Di Red Wok, Bangi



Selamat pagi..

Edisi melantak datang lagi...kali nie buat kali ke-2 melantak kat Red Wok, Bangi..Tekak nie tiba-tiba mengidam nak makan KUPANG...




Nak beli yang fresh, orang kata kena g Kuala Selangor..Apa la jadahnya, semata-mata nak makan yang fresh terpaksa berpenat lelah ke sana..pastu nak kena balik masak sendiri, tak kuasa la aku..


Edisi melantak kat Red Wok Bangi ari jumaat lepas. Sanggup la tahan lapar dari tengahari semata-mata nak makan kat situ. Perut kosong baru la puas nak melantak. Kalau baca entri aku kat SINI,masa g tue perut dah kenyang sikit, so kurang la makannya...kali nie edisi balas dendam agar berbaloi-baloi


Hari jumaat, start buka pukul 6.00 petang - 12 tengahmalam, so ngam la ngan perut aku yang tengah lapar sesangat. Kitorang kategori orang paling awal sampai la..plak tue masa sampai tue hujan lebat giler..memang layan la pekena sizzling steamboat hujan-hujan..


Anak aku sorang tue, pantang datang situ kompem lentok. Puas la aku suruh bangun, still la tak boleh bukak mata gak. Lepas macam2 aksi aku paksa untuk dia bangun, baru la boleh terbuka mata tue...


Memang kali nie betul2 puas la aku makan, kupang tue jer aku sorang makan satu pinggan penuh. Aiskrim plak, dah tak terkira berapa bekas kitorang makan, al-maklum la meja kitorang sebelah je ngan meja buffet tue..Memang TERBAIK la melantak kali nie. Takde la segan-segan nak ambik makanannye. Stail kitorang makan, makan benda yang mahal dan susah nak dapat kat luar, yang senang cari kat luar tak pandang pun..hehehehe


Kali nie takde la plak aku nak snap2 gambar..package malas dan tengah kebulurkan...rasa nak terliur kena la tengok entri aku sebelum nie. Kalau la sos kat Red Wok nie macam sos kat Restoran Johnny, kompem tangkap leleh la. Sos kat Red Wok nie kureng la..memang tak boleh blah la...


So...bagi korang nak MELANTAK kat situ pastikan perut betul-betul kosong ye..baru berbalok-baloi nak makan...



Perahan Otak : Tali Barut Comey

Friday, October 28, 2011

Feeling Bujang Sambut Anniversary Di Puncak Bukit



Selamat petang


Sempena anniversary ke 4 kami semalam, sajer la bagi hint kat Tuan Tanah takde nak g mana2 ke sambut...Padahal nak minta dia belanja..Takkan nak terperok kat umah jer time hari istimewa nie..


Mujur la si dia memahami mak buyung nie. Terus ajak panjat bukit. Bukan panjat pakai kaki tapi pakai kereta la..Nak feeling sampai ke Genting Highlands atau Cameron Highland tak la..Maklum la hari nie kan kerja..Dekat-dekat pun jadi la..


Sambutan adalah di puncak Bukit Ampang je pun. Memang mencabar time nak mendaki naik untuk ke restoran pilihan, maklum la kereta cc kecik jer..mau semput gak la..Sepanjang perjalanan tue siap ada awan lagi, betul2 feeling macam kat genting highland plak

Jom layan gambar feeling bujang kami...


LOOK OUT POINT, BUKIT AMPANG



 Sekarang bertiga..coming soon berempat plak


 Jelingan yang menusuk jiwa nie


 Sesi gedik mama dan haikal


 Makan sambil berlatar belakangkan limpahan lampu KL


 Feeling bujang..Photographer Tegar yang tolong ambikkan


 Chocolate Ice Blended & Chocolate Milk Shake..TERBAIK


Chicken Fried Rice (haikal), Fish N Chips (mama), Grill Sirloin Steak (Papa)


 Kasih seorang papa


 Good boy..pandai pun makan sendiri


 Kusyuk betul mamam


 Peace yo


 Nasi dia tak abis, dibantainya mama plak makanan


 Boleh pilih nak makan kat atas atau bawah


 Makan tak hingat dunia


 Meja kami 69 ye



 Perut dah kenyang..slumber kodok jer duduk atas lantai layan main game


 Feeling bujang tak hingat


 
 Terbang lebih tinggi bak burung


 Harus feeling ngan mama gak


Memang TERBAIK la sambutan anniversary kali nie di LOOK OUT POINT WESTERN FOOD, Bukit Ampang coz masa kitorang sampai tue tak ramai lagi..so boleh makan ngan aman dan santai la...Dak kecik tue pun tak buat perangai sangat..ok la..


Tahun depan akan sambut berempat plak..agak2 mana ye destinasi kami...tunnnngggggguuuuuu


Perahan Otak : Tali Barut Comey


Thursday, October 27, 2011

Tak Sempat Ijabkabul, Tok Kadi Dah Blah



Selamat Petang


Hari nie merupakan hari yang teramat la istimewa untuk kami suami isteri..4 tahun lepas kami telah selamat diijabkabulkan di Permatang Setar, Pulau Pinang...


Jom ikuti rentetan kisah sebelum sempat diijabkabulkan..


Bersemangat ko nak citer pasal kahwin, masa tue umur pun dah 26 tahun, kira dah lambat sangat la kahwin waktu tue. Aku nikah hari Sabtu-27/10/2007, hari Rabu baru aku terhegeh-hegeh apply cuti. Ingatkan jadi raja sehari nie boleh lepak umpama raja la...takde maknanya la. Semua kerja nak kena buat..Baru nak tergedik-gedik gubah hantaran malam sebelum nikah tue. Petang sebelum tue plak masih sibuk cat rumah.


Esok pepagi dah bangun awal, al-maklum la nak tukar status hari tue. Mak andam dah datang mekap bagai, tapi pengantin lelaki tak muncul-muncul gak. Sepatutnya aku nikah pukul 12 tengahari dan Tok Kadi pun cakap dia ada hal nak kena g kursus ke ceramah lepas nikahkan kami. Tak boleh lambat-lambat la..


Aku dah siap pakai baju putih untuk akad nikah, sekali bila aku call Tuan Tanah dia masih on the way. Padahal jam dah kul 12 tengahari. Tok Kadi dah datang dan tanya bila nak start nie coz dia pun tak boleh lama-lama. Yang bikin aku hangin satu badan, boleh plak si Pengantin Lelaki nie ikut rombongan bas sekali. Sepatutnya dia naik kereta asing la kalau apa-apa hal senang, pengantin sampai dulu. 


Paham-paham je la kalau naik bas ngan rombongan yang ramai maunya berapa kali berhenti...AKu dah sound suruh sampai sebelum waktu tue, masa tue cakap diorang dapat sampai tepat masanya la..Bila dah lambat macam tue, Tok Kadi pun cakap dia akan g dulu, petang karang pukul 5 petang datang umah dia, akad nikah kat sana. 


Macam mana perasaan korang kalau berhadapan situasi macam nie. Belum nikah, orang tengah ramai menjamu selera kat luar, pastu Tok Kadi dah BLAH..memang masa nie, maunya banjir kampung aku nie. Dah meroyan sakan aku kat dalam bilik tue, sampai ugut tak nak kahwin..CANCEL terus pun tak pe..Dah tak pikir la nak malu ke apa. Masa nie kakak aku sibuk tenangkan aku yang dah nak histeria nie. Habis mekap aku masa nie. Terus buka baju, g mandi, sembahyang zohor dulu. Lepas sembahyang baru cool la sikit...


Pukul 12.30 tengahari baru rombongan pengantin lelaki sampai. Takde maknanya korang sampai masa nie, Tok Kadi pun dah blah. Terus tukar baju ke baju sanding plak. Tengah mekap tue, aku dengar kompang dah bunyi, saper plak bagi tau aku dah ready. Hampeh betul...aku tengah mekap diorang dah nak berarak. Kalau aku tau la saper yang cakap pengantin perempuan dah siap, maunya aku rejam jer orang tue. 


Ngan mak andam kasi aku hangin pun ada, boleh plak bulu mata palsu dia terlupa nak bawa gamnya. Dah kureng cantik, dah la aku memang tak cantik..bertambah-tambah lagi la...Payung yang sepatutnya termasuk dalam pakej pun diorang lupa bawa...HANGIN BETUL


Kelam kabut mekap dan pakai baju. Dah terpaksa berkompang kali ke 2 tengah panas-panas tue baru la pengantin perempuan nie siap.


Panjang plak aku membebel..jom layan gambar la plak ye


 Berarak kali pertama...ambik ko pengantin perempuan belum siap lagi...Ntah saper la mekapkan pengantin lelaki nie dah macam tepung gomak dah..hahahha


 Baru lengkap...kali kedua berarak

 Aku terima nikahnya......sekali lafaz je. Akhirnya selamat gak la kami diijabkabulkan di rumah Tok Kadi

 Muka penuh bangga lepas akad nikah

 Jom sarung cincin..takde la mahal sampai beribu riban pun

Sesi gedik kat ladang kelapa sawit..hahahaa

Hantaran dari kedua-dua pihak


Sebelum berakhir..jom layan nie



Majlis perkahwinan kayrul & Shah (Penang) 27/10/2007 (Sabtu)

Majlis perkahwinan Shah & Kayrul (Kajang) 03/11/2007 (Sabtu)


Sebenarnya ikut hati satu album aku nak tunjuk kat sini..takut plak ada yang muntah darah tengok gambar nie..hehhehe


Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke - 4 nie harapnya hubungan kami suami isteri akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jangan ada orang ke 3 nak kacau daun plak. Kang ada yang makan kaki kat sini..hehehhe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, October 26, 2011

Deepavali Kasi Ronggeng Lebih Jauh



Selamat pagi


Yes..yes dan yes lagi...nikmatnya cuti nie..walhal satu hari jer cuti. Ikut hati nak jer cuti sampai hari jumaat tapi dak kat opis nie dah ramai cuti kang orang penting macam aku nie cuti maunya kelam kabut opis nie....budget macam penting sangat jer kat opis nie..hahahahaa


Apa ye aktiviti nak meronggeng hari nie..tengah cari idea nak ajak anak beranak berjalan-jalan hari cuti nie. Takkan nak dok umah jer, mau mati kutu plak.


Malas la nak taip panjang-panjang..idea pun tak datang2 nie...Aku ngan family kecik nie nak ucapkan "HAPPY DEEPAVALI" untuk semua kaum India kat Malaysia nie


CAntik...dan rajin betul la diorang nak menyusun buat macam nie..

Tuesday, October 25, 2011

Lagi Satu Hari Nak 38 Minggu



Selamat Tengahari


Pagi nie check-up lagi kat KPMC. Kali nie aku tak nak jumpa doktor jamil...dah 2 minggu berturut-turut jumpa dia, kali nie nak kembali jumpa doktor mimi. Kang kalau kali nie jumpa doktor jamil kompem aku mati kutu dan tak berani bertanya.


Pukul 8 aku dah sampai KPMC tapi still ada lagi orang paling awal dari aku. Nak menunggu tue yang tak sanggup tue. Pelik kenapa la orang yang jumpa doktor mimi mesti dok lama dalam tue. Kalau jumpa doktor jamil, tak sampai 5 minit dah settle..Buat ketupat dulu ke apa ngan doktor mimi...huhhhh


Sekarang tinggal 1 hari lagi nak masuk 38 minggu dan doktor pun cakap bila-bila masa dah boleh keluar jer. Kalau keluar awal masa 36 minggu mungkin bermasalah la coz paru-paru baby pun belum kuat lagi dan maybe baby akan ada masalah pernafasan kalau keluar time tue...


Ok minggu nie dah masuk minggu ke 38 maka baby boleh la keluar bila-bila masa ye...Abang long tue makin mama nie nak dekat due, makin kuat la dia hisap susu badan, padahal umur dah 3 tahun. Kekadang kalau tension sangat kalau dia bergayut lama, mesti cakap "Abang long, simpan untuk adik sikit"


Bila dah cakap macam tue baru dia stop..Kekadang sambil dia menyusu sambil tangan dia dok dodoi adik dalam perut mama suruh tidur sekali..hehehehe


Lagi 2 hari nak sambut Anniversary kami yang ke 4 tahun. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun kahwin. Harap baby boleh keluar time tue la ye...



Perahan Otak : Tali Barut Comey


Monday, October 24, 2011

Dari Kajang Ke Kulai..Mujur Belum Masanya



Selamat Tengahari

Semalam adalah hari jenjalan sedunia..Jauh gak la perjalanan aku dari Kajang ke Kulai...Sepatutnya dari Kajang ke Simpang Renggam jer tapi si dak kecik nie celik mata jer dok menyebut "Onyang" jer maka tertunai la hasrat dia nak jumpa Onyang. Perkataan Onyang tue adalah untuk moyang, dak kecik nie kan cicit sulung...nak menyebut "moyang" tak pandai, jadi "onyang" je la..

Celik mata pukul 6 pagi terus jer "Mama nak g Onyang" sampai la nak masuk kereta pun sebut Onyang..

Hebat betul aku nie, sepatutnya dah nak masuk 38 minggu nie mana la boleh dah jenjalan jauh. Kang terberanak kat tengah jalan macam mana. Sepanjang jalan asyik la berdoa agak baby tak memberontak nak keluar. Kang tak pasal-pasal jadi anak Johor plak.

Dah puas melepas rindu kat umah Onyang, kitorang bertolak ke Simpang Renggam nak ambik pinggan untuk cenderamata tetamu untuk majlis kahwin adik ipar. Lupa nak bagi tau..bukan kitorang family kecik jer g sana tapi ibu dan ayah mertua ikut sekali. Sepatutnya Tuan Tanah jer ikut diorang tapi kami anak beranak haruslah nak meronggeng sama join..hehehehe..Maklum la lepas nie aku kan nak kena kuarantin 44 hari...

Perjalanan balik bikin panas hati betul la..rakyat malaysia terlalu ramai sangat nak jadi wartawan tak bertauliah. Accident sikit jer, jem panjang nak mampus antara Port Dickson nak ke Seremban. Ingatkan dah lepas, lega la kejap..sekali bersambung plak kat Seremban sebab semata-mata ramai yang begitu prihatin nak tengok bas ekspress rosak tepi jalan. Adoi la...bikin naik darah tinggi betul la...

Nikmat betul la dapat balik rumah dan mandi. Rasa lega sangat...Dak kecik tue lepas mandi jer terus tido tak sedarkan diri. Aku yang terpaksa merana sepanjang malam. Baby asyik la buat aksi filem Libas. Semua sudut nak di libasnya, pakej rasa nak muntah teramat sangat. Mujur la pagi nie dah ok perut nie...kalau tak harusla aku Emergency Leave jer...

Esok ada check-up ngan doktor mimi..harap semuanya akan ok


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Friday, October 21, 2011

Bakal Masterchef Malaysia La Sangat



Selamat pagi

Sekarang sibuk la asyik keluar iklan kat TV pasal rancangan Masterchef yang akan ke udara. Dari bulan puasa sampai la sekarang tak keluar2 lagi kat TV tue..Kalau hampeh tak tau la..

Kat rumah aku pun akan muncul Masterchef Malaysia dalam masa 20 tahun lagi..Kalau ada lagi la rancangan tue akan datang..hehehe

Jom kita tengok aksi bakal Masterchef nie..

 Bersemangat ko nak masak nasi goreng memalam nie

 Kasi posing sikit..al-maklum la masuk blogkan

Terbaaaaiiiiiiikkkkkkk

Aksi mata menjeling....gaya ambik gambar sekarang mesti nak buat macam tue

Dak kecik nie mengadu lapar masa tengah golek-golek tengok tv..mamanya nie kalau dah terbaring macam dugung, takde maknanya la nak bangun..demi kasihkan anak, kuatkan la semangat bangun sambil-sambil membebel la

"haikal kalau nak makan nasi goreng..g masak sendiri"

Dengar jer aku cakap macam tue, terus bersemangat dia g dapur nak masak..Mujur la ada lagi balance nasi goreng pagi tue, hidupkan dapur dan suruh dia kacau sendiri...

Pengalaman baru..memang bersemangat la budak nie..sekarang pantang aku masak kat dapur mesti dia nak tolong gak..Lepas nie ringan sikit kerja masak memasak nie bila dah ada Masterchef yang menolong...hehhehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey


Thursday, October 20, 2011

Amaran Palsu : Ingatkan Dah Nak Terberanak La



Selamat Petang

Hari nie nak story tragedi yang berlaku semalam. Masa kat opis aku dah start rasa sakit kat bahagian bawah. Rasa kepala baby menolak-nolak macam dah tak sabar nak keluar tengok dunia. Sambil-sambil tahan sakit kat opis tue sempat gak la aku bereskan keja yang tertunda. Copy semua data-data masuk dalam hard disk, mana la tau waktu aku cuti bersalin nanti diorang cari file dalam komputer tak jumpa boleh la aku check dalam hard disk tue..

On the way dalam kereta lagi la perut nie main giler...sambil-sambil gabra tue aku sempat gak la call kakak aku kat kg tanya macam mana rasa sakit bersalin tue..Padahal anak dah nak masuk 2...Tiga tahun dah, kompem la aku lupa macam mana pengalaman rasa sakit bersalin tue. Kakak aku plak bersalin ikut tingkap, makanya dia pun tak tau macam mana sakit tue. Balik rumah, cakap kat Tuan Tanah yang aku dah rasa sakit kerap 5 minit sekali.

Habis la aku kalau terbersalin malam nie, dah la semua baju baby aku belum basuh lagi. Ingatkan cuti hujung minggu baru nak start operasi membasuh dan packing segala baju. Check dalam drawer tengok baju time baby Photographer Tegar ada, aku bantai jer la packing...Siap packing baju aku siap-siap. Sambil-sambil tue sempat lagi basuh baju baby dalam sakit-sakit tue. Bukan basuh guna tangan pun, guna mesin basuh la...

Lepas jer solat maghrib terus siap-siap nak ambik Photographer tegar kat umah Tok Mak dan terus cabut..Bukannya g hospital lagi, g makan dulu...Kang kena tahan wad karang kompem takde tenaga kalau perut tak isi lagi. Sempat la melantak Char Keow Teow dulu.

Yang aku angin satu badan nie, Tuan Tanah setiap 5 minit dia tanya sakit ker tak...Mula-mula aku jawab la..Dah kerap tanya aku terus diam jer, malas nak layan. Kita dah la tengah sakit, asyik la nak tanya..Sampai jer kat KPMC tue terus cakap yang dah ada2 tanda sakit tapi belum turun darah atau pecah air ketumban lagi la...Sekarang pun aku baru 37 minggu. Kalau 38 minggu logik gak la kalau baby nak keluar.

Alat CTG untuk tengok keadaan baby

Nurse suruh naik wad nak buat CTG dan nak check bukaan. Giler senak perut time buat CTG tue, dah le perut kiter nie besar, dia ikat kain untuk pasang alat tue punya la ketat..rasa macam nak tanggalkan jer. Tapi terpaksa la pasrah jer. Masa dalam wad nie boleh la plak sakit-sakit tadi tue terus hilang. memang hampeh...sajer nak kasi jantung mama gugur jer..

Abang long yang steady nak tunggu adik keluar. Masih kusyuk layan game


Dah settle buat CTG, bidan tue cakap takde tanda-tanda contraction lagi. Bila tengok jari-jari tembam bidan tue, aku dah cuak..kompem akan sakit kejap lagi kalau dia seluk nak check bukaan nie. Masa tue rasa nak kasi kaki jer kat bidan tue, sakit giler dia check nak tengok bukaan. Dia cakap lambat lagi nie coz kepala baby pun jauh lagi...So boleh balik malam tadi dan kalau sakit datang lagi.

Terbang gak la RM 30.00 untuk semua proses tue. Balik rumah, boleh plak sakit tue datang lagi setiap 5 minit. Dah tak kuasa aku nak layan sakit tue..terus tidur lagi baik. Lepas nie kalau sakit, malas la aku nak g lagi hospital, tunggu turun tanda darah ke air ketumban ke baru aku g...


Perahan Otak : Tali Barut Comey


Wednesday, October 19, 2011

Bahaya Mengundang Bila Menggunakan Tandas



Selamat Petang

Terlebih rajin update entri baru di waktu petang nie...

Mari kita renung-renungkan



Kalau korang la baca arahan kat atas tue..agak-agak kat mana la dia tampal nie...
..









..













..













...












...


Apa lagi scroll lagi
















..












..












..













..
























Kat sini la ye...


Bikin aku pecah perut jer baca arahan tue...Nie tandas kat Malaysia tau..Tempat kejadian adalah di sebuah Tandas Lelaki kat Nilai 3. Kedai menjual barang-barang perkahwinan...

Perlukan "Cleaner"???..Jangan Risau Kami Sedia Membantu



Selamat tengahari..

Tajuk entry memang tak boleh blah..Pihak Seindah Salju sedia membantu bagi mana-mana orang yang perlukan "cleaner"..

Ciri-ciri yang ada pada "cleaner" kami yang berdedikasi nie..

 Sangat pantas dan cekap bekerja

Menyedut setiap habuk yang ada

Sentiasa bergaya bila waktu bekerja


Berminat?????...Sila tempah dengan segera..hehehehe


Bagi bakal-bakal mak mertua sila isi borang dulu ye.....



Tuesday, October 18, 2011

Artis Perempuan Merokok Di Kawasan Hospital



Selamat petang..

Hari yang ditunggu pun tiba jua...Hari nie sekali lagi aku ada check-up mingguan dengan Doktor Jamil kat KPMC..Puas la berdoa dan bercakap-cakap ngan baby agar kedudukan kepalanya dah turun ke bawah. Memang suspend betul time doktor jamil nak scan perut pagi nie. Rasa macam jantung nak pecah ada gak takut baby melintang lagi macam minggu lepas..

Alhamdulillah..syukur sangat coz kepala baby dah turun ke bawah dan doktor pun cakap air ketumban ok dan tak banyak lagi..Kalau air ketumban banyak, kemungkinan baby akan berpusing lagi. Uri pun dah naik ke atas. Rasa sangat lega hari nie coz baby memberi kerjasama yang baik. Sanggup la aku tak buat kerja-kerja berat yakni sapu rumah sekali pun aku tak buat. Takut menjejaskan kedudukan baby.

Ok tinggalkan citer pasal check-up pagi tadi...Nie aku nak kepoh-kepoh sikit pasal sorang artis perempuan nie yang aku nampak masa tunggu doktor datang. Pagi nie ada shooting kat KPMC nie, tak tau la untuk drama apa..Yang pasti aku hanya kenal sorang artis perempuan nie jer, yang lain aku rasa warga produksi tue la..

Mula-mula tengok artis tue, Tuan Tanah siap cakap lagi lepas abis check-up nie nak ambik gambar ngan artis nie la..tak dapat tangkap gambar ngan bapanya yang popular tue, anaknya pun jadi la..

Mula-mula tengok diorang tengah menjamu selera, abis jer menjamu selera aku tengok artis nie siap keluarkan rokok dan berkepul-kepul la asap kat situ. Sekali lagi, aku yang kepoh nie cakap la kat Tuan Tanah "nak ambik gambar tak dengan dia, tengok tue artis tutttttt nie smoking la"

Terus Tuan Tanah CANCEL, tak jadi ambik terus lepas tengok perangai dia. Agak-agak depan anak kecik dia, dia merokok ke tak???..Artis nie pun baru jer bercerai. Kalau artis lelaki merokok, aku tak kisah sangat..nie artis perempuan plak tue. Tak kesian kat diri sendiri ker...Tak ngeri ke tengok gambar kat kotak rokok tue...Plak tue di kawasan hospital. Walaupun kat luar bangunan, ko tue artis..cuba la jangan tunjukkan sangat perangai "comel" tue depan khalayak ramai...hmmmmm


gambar sekadar hiasan semata-mata..kredit to mr google


Untuk artis-artis perempuan kat luar sana yang merokok, kalau anda adalah perokok tegar..jangan la merokok kat khalayak ramai, kang dah memberi tanggapan negatif terhadap orang yang melihatnya...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...