Selamat petang..
Senyi blog nie semalam gara-gara aku mc. Bukan makan mc D tue tau tapi cuti sakit. Nie semua gara-gara sakit gigi tahap kritikal punya la. Start sakit nie sejak aku pregnant, yang peliknya, gigi atas yang berlubang dan perlu ditampal tapi gigi bawah plak yang sakit giler.
kredit to mr google
Sebelum pregnant aku dah tampal gigi geraham atas bahagian paling hujung. Ntah macam mana la time preganant boleh plak tampalan tue tertanggal. Mujur la aku tak tertelan. Sakit gigi tak selalu menyerang la. Paling teruk bila sakit tue menyerang, aku letak Vicks terus elok. Kali nie makin kritikal plak.
Start dari petang tue merebak ke pagi esoknya. Dah macam-macam la aku buat, letak Vicks, gosok gigi lama-lama, kumur pakai colgate plug, kumur air garam, letak kain sejuk..semuanya dah tak berkesan. Last sekali letak koyok kat pipi pun tak berkesan gak...Merana aku tak dapat tidur sepanjang malam mengenang gigi yang sentiasa berdenyut. Rasa macam nak tanggalkan jer gigi yang sakit tue. Sakit tue plak dekat gusi. Gigi yang berlubang kat bahagian atas tak sakit tapi gigi geraham kat bawah plak yang sakit.
Pagi-pagi dah terpangok kami anak beranak kat Klinik Gigi. Tuan Tanah cakap klinik yang nak pergi nie, pelanggan sentiasa ramai dan penuh so kena la pergi cepat. Memang berbaloi la tunggu pagi-pagi depan klinik coz aku pesakit pertama.
Lepas doktor check mana yang patut dan buat scaling pakej cabut sekali gigi yang berlubang tue baru la hilang sakit yang aku tanggung sepanjang malam. Kalau aku tau hilang sakit tue sekejap jer, dari dulu aku dah buat semua nie.
Nie gara-gara aku ada baca dalam internet kata waktu pregnant tak elok cabut gigi. Kononnya lepas bersalin baru aku nak cabut gigi la. Dah sakit tahap kritikal nie, aku dah tak peduli dah semua yang aku pernah baca tue. Janji azam aku tak tidur satu malam berakhir. Tapi doktor nie bagi ubat yang tak memudaratkan untuk ibu mengandung la. Tapi ubat yang dia bagi aku tak makan pun coz dia cakap kalau sakit gigi tue datang balik baru makan. Dah elok maka simpan je la.
Berdasarkan pengalaman pergi klinik lain sebelum nie. Dah la check ala kadar jer, kalau kita cakap nak tampal, dia just tampal pastu settle. Dah la tertanggal pula tampalannya. Menghabiskan duit aku jer dulu. Siap ada pesakit sebelah aku cakap, dia nak tampal gigi lain tapi doktor g tampal gigi lain. Sejak tue aku jadi serik nak jumpa doktor gigi nie. Memang aku pangkah la nak jejak kaki kat klinik tue lagi.
Siapa-siapa tengah sakit gigi, aku sarankan korang g klinik kat bawah nie coz doktor dia sangat la peramah dan baik :
Klinik Pergigian Kajang PrimaNo. 3, Ground FloorJalan KP 1/3, Taman Kajang Prima43000 KajangSelangor Darul EhsanTel : 03-8739 1411
Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 9 pagi - 4 petang, 6 petang - 9 malamSabtu : 9 pagi - 5 petangPublic Holiday : 10 pagi - 2 petangAhad : TUTUP
Dinasihatkan korang nak terjah klinik nie haruslah awal2 pagi, kang lambat terpaksa la menunggu lama coz sentiasa ramai orang...
Perahan Otak : Tali Barut Comey
mesti sakit kan...mama pny gigi pn berlubang juga tapi peram je belum tampal atau cabut lg
ReplyDeleteselalu gajk ambik MC ... tapi kat klinik kerajaan ... lagi lah lambat...
ReplyDeletetapi klinik swasta pun sekarang dah penuh nak serbu memang pagi-pagi ... Mood doktor tengah baik
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cara mudah bersihkan seat kereta
bole la plak time ngandung die nk sakit kn ....aduhhhh tak semena...dah membuyung sakit gigi la plak saboooooo...eheheheeee
ReplyDelete@Mamaleesya
ReplyDeletekalau boleh tahan dan tak kritikal boleh peram lagi, kalau dah tahap kritikal macam nie la jadinya..
@Afzainizam
ReplyDeletetak pernah g klinik kerajaan lagi coz tak sanggup nak tunggu lama..huhuhu
kang ada plak klinik yang kena robohkan kalau lama sangat kena tunggu...ahhahahaha
@MYA EL QAYREENA AZRYAN
ReplyDeletetu la pasal. doktor cakap mungkin sebab perubahan hormon masa pregnant nie...
mmg sgt azab wooo if kena sakit gigi.
ReplyDelete@Redbloodsnow
ReplyDeletebetul tue zie..first time rasa sakit macam tue memang tersangat la azab...lepas nie kena selalu check gigi la
Says pergi klinik gigi.. diowang x bagi cabut, katenye sebab Thu pregnant 7 bulan.. sekarang RGB azab menahan Nur.. adoi
ReplyDeletenk tnye
ReplyDelete.bape ye dia caj utk pakej scaling n cabur gg tu?
Bp kene byr cabut 2??
ReplyDeletealamak dulu punya caj x salah saya RM 80 sekali cabut...klu awak nak pergi try call klinik tanya kos
Delete