Selamat tengahari...
Hari nie kita main masak-masak sikit...
Sebelum nie ada aku wat entri berkenaan TAPAI...mana kenyang...
Dapat sikit tapi harga mahal...nak melantak banyak2 harus la kena merajinkan diri....
Tapai Pulut
Resepi : sofinar@myresepi.com
Bahan-bahan ( 12 org makan kot )
- 1 kg beras pulut (aku guna 3 cawan beras pulut)
- 1/2 biji ragi- ditumbuk halus (1/2 biji tapi tak abis la guna)
- daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh (guna tupperwear jer)
Cara-cara
- Tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan (nie aku kurangkan kepada 3 cwn pulut dan 3 1/2 cawan air)
- Apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan (bila dah ratakan dalan dulang, aku sejukkan pulut gunakan kipas...hehehe..cepat sikit sejuk)
- Tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena. (kena pastikan pulut betul2 sejuk setiap permukaan dalam dan luar. Aku guna 1/2 biji ragi tapi agak2 la...janji semua permukaan atas dan bawah kena cukup...tak abis pun 1/2 biji tue)
- Setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari (moden punya stail, masukkan jer dalam tupperwear. Pastu tutup rapat2 dan bungkus ngan plastik. Simpan kat tempat tersorok dari cahaya)
Note : tulisan warna merah tue, cara yg aku gunakan la untuk wat tapai nie. Nak mudahkan kerja semasa nak ratakan ragi dipermukaan pulut, aku sagatkan ragi tue guna penapis teh...sambil sagat sambil ratakan kat semua permukaan... mudah kerja)
Hasil lepas 2 hari tersorok...memang mengancam la..lagi sedap dari beli punya...
Mr Shah suka minum air tapai nie...klu dah peberet suami, isteri harus la belajar buatkan....terus feeling jadi isteri mithali...hahaha
Dapat memang banyak giler la..yang nak menghabiskan 2 org jer so separuh kasi kat keluarga mertua...
Ragi yang selalu aku gunakan bila nak wat tapai...
Dah lebih 2 tahun simpan dalam peti sejuk masih elok lagi...
Agak2 klu korang teringin boleh la cuba resepi nie...memang mudah dan jimat duit..hahaha