Selamat pagi
Sakitnya hati aku, gara-gara beli air Kedondong Asam Boi, aku merana sampai hari nie...
Nie semua penangan g Bazar kat Jalan Reko la nie...Tengok best jer bazar tue besar...sana sini jual air, memang tergugat la iman. Konon nak cari kelainan beli air, cuba la beli air kedondong asam boi.
kredit to mr google
Kalau colour dah macam nie tergugat iman habis la tambahan bulan puasa nie...air mineral pun nampak sedap
First time cuba dan sampai sekarang aku sakit. Mula tue minum air jus oren beli kat bazar, elok jer..Bila minum jer air kedondong tue terus sakit tekak..
Kompem la tonsil aku tengah mengganas nie..huhuhuhu
kredit to mr google
Yang tak bestnya pakej sakit tekak, demam dan selsema sekali. Semalam semua jenis ubat aku telan tapi makin teruk plak jadinya...
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.Baca lanjut di SINI
dan boleh gak baca info kat SININie salah satu cara rawatan.Selain antibiotik, pesakit perlu mengambil ubat ubatan untuk mengurangkan simptom..contohnya:a) ubat demam untuk demam/sakit badanb) lozenges untuk melegakan tekakc) minum jus buah buahan segar dan sejuk untuk melegakan tekakd) berkumur kumur dengan air garam suam, atau apa apa gargle solutione) makan ice cream perisa vanillaf) elak mengambil makanan berasid, yang membuatkan tekak lebih tak selesakredit to Macam Macam ada
Aduh memang lepas nie terus pangkah jer air dari bazar ramadhan nie..tak sanggup aku nak terseksa kerana tonsil lagi..Tonsil aku nie jadi bila aku minum air kotor jer mesti dia menyerang.
Kalau buat air ais kat rumah memang aku tak beli ais kat luar tapi buat sendiri siap guna air masak lagi..Baru terjamin tekak nie..Tegok satu bekas air sejuk pun no hal la...hehehe
Lepas nie kena beringat tak mo minum lagi air bazar ramadhan. Kalau teruk sangat, petang nie terpaksa serah diri kat doktor la...huhuhu
Puasa tetap puasa walaupun sakit..Kang tak sanggup nak mengganti puasa...huhuhu