Friday, July 29, 2011

Menggelapkan Diri Di Port Dickson



Selamat petang..


Belum hujung minggu, dah beria-ria cerita pasal aktiviti hujung minggu. Nie aktiviti kami sekeluarga hujung minggu lepas (Ahad - 24/07/2011).


Aktiviti nie adalah aktiviti tak terancang pun. Tiba-tiba terlintas kat kepala otak nie nak mandi laut terus kejut Tuan Tanah ajak g Port Dickson. Nak mandi sungai takut pula coz penyakit kencing tikus tue still ada lagi. Kawan Tuan Tanah pernah mandi sungai 2 bulan lepas dapat penyakit kencing tikut nie. Tue yang fobia nak g mandi sungai.


Masak ala kadar terus berdezup terjah PD. Lebih kurang 1jam setengah la dari Kajang nie. Kamikan pemandu berhemah mana boleh pecut2, kang tak pasal kena saman...


Jom cuci mata tengok gambar kami sekeluarga kat sana...


Maggi goreng bertambah 5 pinggan sekali hadap


Dah kenyang...kita minum dulu


Sesi memanaskan badan sebelum nak berenang...


Peace Yo...dah tinggal spender jer


Uhhhhh...segarnya udara kat sini


Tuan Tanah dah terbongkang sudah...terpaksa la Photographer Tegar pasrah tunggu papanya bangun...hehehehe






Cantikkan view kat situ....tenang jer..ngam2 plak masa kitorang sampai situ cuaca memang terbaik...berangin jer...memang seronok la lepak hari tue.
 
 
Dah kecik tue masa ajak mandi laut takut, bila Tuan Tanah kata nak mandi kolam..laju jer dia ikut masuk laut tue...Bila dah masuk tue tak reti nak balik plak...Tak puas mandi kot. Tak boleh la mandi lama-lama sangat kang ada yang kulit jadi rentung...
Jom reramai berpiknik kat PD sementara belum puasa lagi nie....Selamat berhujung minggu dan selamat menjalani ibadah puasa ye...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Thursday, July 28, 2011

Busy mengalahkan Bos



Selamat petang....


Lamanya tak update dan buka blog...Memang betul-betul bz dan tak dapat dielakkan. Keja yang menimbun kat opis nie tak bagi peluang langsung nak berjimba-jimba dengan blog nie. Dah settle semua keja baru boleh nak blogwalking dan membalas kunjungan kengkawan. Ada sesetengah blogger suka draf dulu entri waktu malam, pastu baru post esoknya. Aku?????....takde maknanya..malam adalah untuk melepak depan tv sampai terbongkang....hehehhehe


Semalam Photographer Tegar terpaksa ikut mama sekali masuk opis. Pukul 11.30 pagi baru la Tok Mak antar coz Tok Mak ada hal nak kena g Putrajaya. Aku plak tak boleh cuti coz keja memang tengah banyak giler. Kalau cuti kang tak siap plak. Sogok ngan game diam la budak kecik sorang nie..


Baik je anak mama ye....Lepas lunch dia dah bosan, mungkin dah terlalu lama kot dok mengadap game. Kesiankan mamanya yang bz tahap cipan nie..Photographer Tegar pun mengambil alih tugas-tugas mama...


"Keja mana nie nak kena buat dulu mama??"


Gaya seorang pekerja cemerlang bawah umur


Macam ye jer budak kecik sorang nie kusyuk buat keja...padahal tengah main game nie..




Dah settle keja baru boleh bagi dia pegang komputer plak. Sebenarnya tak siap sepenuhnya lagi keja aku tue...tapi disebabkan kesian tengok muka dak kecik nie dah bosan, terpaksa la mengalah...Maka hari nie terpaksa bertungkus lumus siapkan jugak keja. Dah siap keja maka boleh la aku taip entri baru....hehehehehe


Untuk semua yang datang singgah kat sini, aku akan cuba membalas kunjungan dan comment2 korang ye...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Friday, July 22, 2011

Melantak Semangkuk Jemput-Jemput



Selamat pagi


Pagi-pagi aku dah taip entri...semangat sikit pagi-pagi jumaat nie..Korang dah sarapan ker belum????...alhamdulillah aku dah selamat melantak Jemput-jemput Potato & Carrot.


Kalau belum jom menjamu mata kat sini ye



 Opss...terkantoi sudah


 
Haaa..macam nie baru sopan sikit kalau nak jadi model tak berbayar ye


Jemput-jemput potato & carrot


Nak resepi ker???...sangat2 mudah...cara nak umpan anak-anak makan sayur katakan...


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 biji kentang (saiz besar) - potong dadu
1/2 @ 1 batang carrot - potong dadu
1 sudu kecil baking powder
Garam secukupnya : agak-agak la nak masin ke tak
Air secukupnya

Cara-cara :
Gaul semua bahan sebati dan perap 30 minit.
Goreng sehingga masak.


Selamat mencuba ye.Habis semangkuk besar dah kecik nie hadap sorang jer...sedap ye sayang...


Akhir kata daripada model tak berbayar...





Perahan Otak : Tali Barut Comey

Thursday, July 21, 2011

Sambutan Birthday Lagi



Selamat petang


Semalam ada sambutan birthday lagi kat rumah mertuaku. Sempena ulangtahun yang ke 13 sepupu Tuan Tanah. Kenyang perut..gantung periuk belanga aku malam tadi...hehehehe


Jom layan mata ngan menu yang  simple dan best..



 


Mentang-mentang sekarang musim durian..siap ada durian lagi...


Durian tue posing maut lagi, memanggil-manggil aku untuk terkam. Sebelum nie, masa mula-mula pregnant jer aku baham pastu aku dah tak suka bau durian nie. Disebabkan godaan melampau-lampui oleh cik durian, akhirnya aku kecundang jua. Berjaya gak la aku baham 5 ulas. Ikut hati 3 biji durian tue aku nak baham tapi tak boleh ikut nafsu kang malam berpeluh aku dibuatnya.


Sekarang jom layan picture Photographer Tegar ngan Acik
 Tersipu-sipu malu plak anak bujang aku nie


Terlebih excited..Tuan punya birhday tak sempat tiup lilin, anak aku dah tiup sekali harung jer


Dah potong kek...


Birthday aku, Tuan Tanah, Tok Ayah dan Acik semua dah bertukar kepada birthday Photographer Tegar. Dia yang paling excited bila nampak kek. Birthday dia plak bulan 9, lagi 2 bulan jer dia nak cecah 3 tahun.


Ingat nak tempah kek bentuk kereta atau no. 3...agak-agak korang kat mana boleh tempah ye...aku bab menempah online ni buat IT sikit. Kalau ada siapa kenal tokey kek boleh la rekemen kat aku ye....


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, July 20, 2011

Gambar Anak Perempuan David Beckham & Victoria



Panas-panas..macam pisang goreng. Semua orang ternanti-nanti gambar anak artis barat yang sensasi tue. Siapa lagi kalau bukan anak perempuan David Beckham dan Victoria iaitu HARPER SEVEN BECKHAM.


Ingatkan artis glamour macam diorang nak buat sidang media tunjuk anak diorang atau jual je gambar kat media. Mesti masyuk giler la dapat. Tak macam sesetengah artis kat sana yang jual gambar baby diorang. Merendah dirinya pasangan nie.


First time semalam aku tengok kat Gala TV di astro ada tunjukkan gambar anak perempuan pasangan romantik nie. Nie aku nak kongsi ngan korang jugak.


 kredit to mr google

kredit to mr google


Comelnya anak diorang nie. Besar nanti mesti cantik. Tengok la baka macam mana plak. Aku ada citer pasal kelahiran anak diorang kat SINI. Kalau korang nak tau pasal anak diorang nie klik la kat situ. 


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Terbongkang Lepas Berjaya Baham Ayam



Selamat pagi..


Lemah je badan hari nie...rasa macam nak cuti panjang je. Kang bosan plak duduk rumah cuti-cuti. Maka terpaksa la merajinkan diri g kerja.


Malam tadi konon2 nak shopping baru dapur la...sekali satu keluarga tidur awal. Shopping ke mana, barang dapur ke mana...
Balik keja gagahkan diri gak la masak walhal barang nak masak memang dah abis langsung. Yang tinggal hanya ayam dan kentang je..sayur memang tak tahan lama.


Kelentang-kelentung kat dapur dapat la menjamu Tuan Tanah dan Photographer Tegar ngan nasi goreng kentang, ayam bakar bijan dan keropok goreng. Memang sedap la ayam bakar bijan nie cuma aku punya versi takde la letak bijan. Kalau korang nak resepi, sila la skodeng dapur ijan ye. Klik SINI.


Tergoda ngan ayam yang posing maut, perut pun dah lapar, tak sempat nak tangkap gambar. Dah selamat masuk dalam perut. Aku makan sikit je, maklum la perut tak boleh terima ayam lagi tapi Tuan Tanah pulak dah tak toleh kiri kanan, dia sorang je boleh abiskan semua. Bukan masak sekor ayam pun, buat separuh jer kat bahagian peha tue.


Photographer Tegar konon-konon on diet la...makan keropok je. Penat ayam tue posing maut, tak pandang pun dia. Lepas makan, perut pun dah kenyang....Lepas isyak ingat nak g beli barang dapur la..ajak la Photographer Tegar golek2 depan TV sementara tunggu Tuan Tanah bangun tido, sekali ngan kami pun tertido la. Tuan Tanah dah selamat belayar lepas membaham ayam tadi. Gempa bumi pun dia tak sedar. Hehehehehe


kredit to mr google


Nampaknya hari nie kena kerah tenaga g beli barang dapur gak la...kalau tak, tak berasap la dapur kitorang hari nie...


Perahan Otak : Tali Barut Comey



Tuesday, July 19, 2011

Bila Si Kecil Balik Kampung



Kesinambungan lagu balik kampung dalam entri SINI. Sekarang nak citer disebalik lagu balik kampung tue..


Nie al-kisah bila si kecil kami Photographer Tegar nak balik kampung. Bersemangat la sangat. Jom layan gambar kat bawah nie


Peace sayang...besarnya beg


Tak cukup jelas???...kita zoom lagi dekat ye


Bergambar depan kaunter tiket plak. Besar betul botol air acik belakang tue ye...hehehehe


"Beri laluan...beri laluan..haikal nak beli tiket nie.."


"Aikk kat sini pun boleh beli gak????"


Jom jenjalan sementara nak tunggu bas sampai


Ada lagi kaunter tiket


Dah macam nak naik flight la plak


Papan informasi


Sembahyang dulu sebelum naik bas. Tapikan tempat wuduk bahagian perempuan nie kotor la..Air bertakung.


"Aik mana plak haikal nie....bye oyang, tok chik dan makcik2"


Semua gambar di atas di ambil di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan. Sebenarnya bukan Photographer Tegar yang nak balik kampung tapi just nak hantar saudara dari Johor balik kampung...hehehehehe


Photographer Tegar tukang usung beg jer. Berangan macam dia plak nak balik kampung. Kat TBS nie memang luas dan selesa la cuma tak banyak lagi kedai di buka. Feeling macam naik flight plak bila sampai kat situ....hahahaha


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Balik Kampung



Tiba-tiba teringat kat kampung plak. Kat mana lagi kat Penang la...Rindunya nak balik kampung. Tambah-tambah dah nak dekat puasa nie, pastu nak raya plak tak lama lagi. Tapi apakan daya Tuan Tanah susah nak cuti makanya pendam je la hasrat nan satu nie...huhuhu..


Jom layan lagu Allahyarham Sudirman - Balik Kampung


kredit to youtube


Shrooottttt...sambil kesat air mata ngan ingus yang meleleh...


Dulu masa kecik-kecik suka dengar lagu nie tambah2 time nak raya..memang feeling abis la...
 Dah la tahun nie turn raya di Johor, nampaknya harapan makin tipis la..kalau sempat dapat la balik Penang...huhuhuhu



Perahan Otak : Tali Barut Comey

Monday, July 18, 2011

Majlis Pertunangan Adik Ipar



Opss dah tengahari sudah..baru mood nak update datang...


Hari nie nak story majlis pertunangan adik ipar aku iaitu adik perempuan Tuan Tanah. Tuan Tanah nie adik beradik 2 orang jer...selaku kakak ipar dan menantu mithali maka merajinkan diri menolong mana yang patut...Maklum la mak buyung mana larat nak buat kerja berat-berat. Ringan-ringan je la yang mampu dibuat.


Hari Jumaat aku dah start cuti, menolong mana yang patut la...Majlis tue bermula hari Sabtu (16 Julai 2011). 


Malas la nak taip panjang-panjang, jom layan gambar-gambar sekitar majlis tue ye...


Sesi bergambar anak bujang aku bersama makcik2 dan pakcik


Makanan yang sedap-sedap..marvelous la


Majlis dimulakan....sesi perbincangan dan kata sepakat dicapai


 
Hantaran daripada pihak perempuan


Sesi bergambar bersama ibu tersayang


Sesi menyarung cincin pertunangan oleh bakal mak mertua


Sesi bergambar bersama sepupu


Haikal bersama tok mak, makcik2 dan pakcik





Selamat bertunang untuk Noor Sharizan dan Mohd Asri


Selesai sudah majlis pertunangan. Majlis akad nikah pula akan menyusul pada 11.11.2011. Tinggal 4 bulan jer lagi nak ada kenduri besar. Dua-dua menantu dan bakal menantu orang utara. Macam kutub utara dan kutub selatan la plak. Johor (Selatan) vs Kedah (Utara).
Nampaknya aku tak dapat join la waktu majlis besar nanti. Mengikut jangkaan doktor, due date aku 09/11/2011 (Rabu)..majlis tue plak berlangsung hari Jumaat...Kempunan nak melantak sedap-sedap...huhuhuhu


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Thursday, July 14, 2011

Lelaki Di Hatiku



Selamat Petang..


Dah habis berteka-teki ke dengan pertanyaan aku pagi tadi. Tak tau apa yang aku tanya????...klik SINI


Inilah jawapan kepada persoalan pagi tadi...


 
 Cinta pertama dan terakhir...zaman bercinta


 Setelah 8 tahun bercinta..sewaktu akad nikah


 
 Honeymoon...sweet memories (Cameron Highlands)


Zuriat pertama..bukti cinta kami (12 September, 2008 - Jumaat)


Sambutan 1 Tahun (Pizza Hut, Taman Melawati)


Sambutan 2 Tahun (Pizza Hut, Kajang)


Lelaki-lelaki inilah yang bertakhta di hatiku kini dan selamanya. Perdasarkan kepada perjumpaan aku dengan seseorang iaitu Doktor Mimi Suria di KPMC, Kajang malam tadi..maka terjawaplah persoalan kepada kami sekeluarga...Kehadiran bakal orang baru dalam keluarga kecil kami juga adalah LELAKI


Tinggal lagi 4 bulan untuk menyambut LELAKI INI....


Perahan Otak : Tali Barut Comey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...