Selamat petang
Baby tengah buat taik mata baru la mamanya boleh berblogging...hehehehe....Sangat mudah menjaga baby kedua nie coz dia tak banyak ragam berbanding abang long..tak boleh mamanya bergerak sikit terjaga. Tidur pun kejap jer dalam setengah jam..Masa tue la mama terpaksa bergegas mandi dan masak. Baby kali nie sangat la GOOD BOY...mama punya banyak mama sampai dah bosan giler...
Ok meh nak story pengalaman melahirkan anak kedua nie...Bagi aku pengalaman kali nie menyebabkan aku dah fobia nak bersalin lagi...CUKUP LA 2 ANAK JER
Masa bersalinkan Abang Long sakitnya sekejap jer dalam 2 jam dah keluar baby..Kali nie ambik ko sampai 4 jam sakit. Agaknya macam mana la orang yang sakit sampai berbelas-belas jam tue...aku yang sakit 4 jam tue pun dah kira separuh nyawa...
Masa aku check in wad pukul 9.00 pagi macam tue kat wad Daffodil, KPMC Kajang..Memang tak sakit langsung la walaupun bukaan dah 2cm..Masih boleh rileks2 layan tv. Nurse datang masuk ubat untuk keluarkan semua najis2..mana tau terbuang air besar kang masa tengah bersalin tue, so kena la buang semua dulu..Tak sampai 30 saat terus aku mencicit lari masuk toilet. Bahan kumbahan dah abis buang, kena masuk air plak. Dah la pagi tue aku hanya sempat bersarapan roti jagung setengah dan dadih jer..aduh lapar siot....
Pukul 12 tengahari, doktor mimi suria datang tanya khabar..aku macam biasa la masih boleh tersenyum girang lagi coz tak sakit...Terus doktor cakap nak pecahkan air ketumban bagi mempercepatkan proses bukaan. Masa nie dah 4cm terbuka. Lepas jer pecahkan air ketumban tue..haaa masa nie la azab sakit nak bersalin datang...5 minit sekali aku terasa sakit. Habis la bantal kat situ aku gigit bagi menahan sakit...Sempat la aku genggam tangan Tuan Tanah menahan sakit.Tengok dia azam menahan sakit genggaman aku terus tak jadi genggam lagi....Terpaksa la gigit bantal jer...
Baru terbuka 6cm aku dah ditolak masuk bilik bersalin. Masa nie aku tengok jam pukul 2 petang..Memang terasa sakit sangat2....Bantal plak takde nak gigit, aku gigit plak kain yang aku pakai, abis badan aku calar balar kena genggam. Dah takde tempat nak pegang untuk menahan sakit terpaksa cakar badan sendiri. Masa nie tak sedar pun sakit cakar, sakit bersalin mengatasi segalanya...Bila bukaan dah 8cm...tiba-tiba terberhenti lama plak..tak buka2 sampai 1 jam menunggu. Dah bidan terpaksa datang tolong untuk cepatkan proses bukaan coz dah lama sangat.
Bila dah masanya..mula2 la sesi sorak ala pom2 girl....aku hanya dengar perkataan "push"..."push" jer...Masa nie memang dah takde tenaga langsung untuk push, maka terpaksa la guna kaedah vacum. Banyak kali gak doktor mimi cuba vacum tapi terlepas jer. Terpaksa 2 orang bidan datang tolong pun tapi tak berjaya gak baby keluar.
Last choice terpaksa minta tolong doktor jamil. Sekali jer push terus keluar baby..Alhamdulillah pukul 4.16 petang baby pun lahir ke dunia nie...kalau tak terpaksa la aku operate. Doktor cakap baby susah nak keluar coz kepala dia mendongak. Tak sabar nak tengok dunia namanya tue....
Ingatkan dah abis dah masalah..rupanya masalah lain plak terjadi. Tuan Tanah cakap bila diorang bawa nak g bersihkan, baby tak bernafas...doktor jamil terpaksa gunakan oksigen untuk bantu baby bernafas..Boleh plak mesin oksigen rosak masa tue. Tuan Tanah cakap terkial2 nurse nak repair mesin tue...Mujur doktor jamil dengan tegas suruh ambik mesin oksigen lain dengan cepat. Aku tak tau la nasib baby kedua nie kalau takde mesin oksigen lain..Syukur la, dengan bantuan doktor jamil, baby selamat...Baby terpaksa pakai oksigen untuk tempoh 24jam...
Sedih sangat tak dapat nak pegang baby lepas dah dikeluarkan. Masalah lain plak terjadi kat aku..banyak yang kena jahit dah tue rahim aku terkoyak sikit dah ada la kesan terkoyak tue terjuntai jer keluar masa buang air kecil..ngeri siot...Doktor cakap lama2 akan elok sendiri tapi aku tak selesa la asyik keluar jer..Tiap kali buang air kecil jer aku jadi ngeri..
Family telefon nak bercakap pun aku dah takde tenaga langsung....terpaksa la Tuan Tanah tolong cakapkan bagi pihak aku. Nak makan pun takde tenaga. Terpaksa la Tuan Tanah suapkan. Itu pun just makan buah tembikai jer...Terasa terharu sangat bila tengok pengorbanan seorang suami...
Jom layan gambar plak...
Bilik aku...Tuan Tanah boleh rilek2 layan game lagi
air dah dimasukkan dan bacaan CTG diambil
Fresh from perut aku....3.5kg patut la susah nak keluar..besar sangat. Abang long dulu baru 2.95kg jer
Terus kena pakai oksigen dan dipantau 24jam coz ada luka kat kepala
Aku dah selamat lahirkan putera kedua...terpaksa rilek2 dulu dalam labour room sementara diorang uruskan baby..
Lepas Tuan Tanah tengok kesusahan aku nak lahirkan baby kali nie..dia cakap cukup la 2 jer. Kesian tengok aku terseksa masa bersalin tue...
Perahan Otak : Tali Barut Comey