Monday, January 09, 2017

Resepi Tauhu Bunga



Baru first time nak try buat Tauhu Bunga..sebelum nie pernah rasa...kali nie cuba plak nak buat sendiri...kemain besar plak bunganya...Gigih cari kat internet resepi tu...tapi x ramai plak yg up pasal resepi tauhu bunga tu...pastu buat aku blur cara masak tu...

Yang pasti kulit tauhu tu akan jd rangup..so kita hentam je la letak isi tauhu bunga ikut anak tekak kita ye...

Resepi Tauhu Bunga



Bahan-bahan :
Tauhu Goreng/kering (beli kat Tesco je)



Inti :
2 keping Daging Cincang Ramly
Daun sup dan daun bawang - agak2 la nak banyak ke sikit
Isi tauhu - korek kluar isi tauhu
Lobak merah - parut memanjang
2 biji telur
Serbuk perasa



Cara-cara :
1. Belah 4 tauhu - gunting sikit je bahagian atas tauhu dan keluarkan isi tauhu dan terbalikkan bahagian dlm ke luar. Hati2 semasa nak terbalikkan bahagian dalam tauhu ke luar..buat perlahan-lahan.
2. Gaul sebati semua bahan2 utk inti dan sumbatkan ke dlm tauhu.



3. Panaskan minyak dan goreng tauhu secara terbalik - maksudnya goreng bahagian kelopak bunga dulu.
4. Kemudian baru terbalikkan utk menggoreng ke bahagian sebelah bawah plak. Gunakan separuh minyak sahaja. Jgn penuh sgt.
5. Dah garing..boleh la angkat


Inti bahagian dlm tauhu x kisah nak letak apa..boleh pelbagaikan ikut citarasa sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...