Friday, August 15, 2014

Lepas Accident...Accident Lagi



Selamat Hari Raya....

Dah 19 Syawal 1435H pun..baru mood update datang...Kali nie nak citer turn raya kampung aku...harus la di Kedahkan...Lagi 2 bulan nak raya, aku dah sibuk beli baju raya..excited kemain sebab raya kampung sendirikan...maklum la lama sangat x balik...

Last day keja hari Jumaat 25/7/2014...dan malam tue juga peristiwa malang berulang kembali....
Baru juga dalam bulan puasa aku accident...korang boleh la baca KAT SINI...dah accident lagi..2 kali accident dalam satu bulan..selang 11 hari...hari tue aku naik kancil, g sondol kereta kelisa...kali nie aku naik persona dan persona lain yang sondol kereta aku....


Gerak dari Kajang 8.30malam...sampai Kedah 8.30pagi...mau patah pinggang dalam kereta...huhuhuhu


 Sebelum kejadian...nyenyak betul dua beradik nie tido dalam kereta...aircond kuat memang x sedar diri la


 Jem teruk di Slim River

Lama giler jem kat sini..nak kata accident x nampak plak


 Kereta persona yang ditimpa malang dalam pukul 11.30malam

Lepas jer Tapah, kereta pun tengah slow sebab aku tengok kat Waze ada cakap accident x jauh dari tempat kitorang accident tue...memang bawa berhemah abis la..

Masa tue kitorang lane kanan..memang kereta jalan slow2 jer...tup2 tiba2 ada kereta datang menyondol belakang kitorg..memang dengar la kereta tue menggelupur brek..masa tue hanya mampu cakap, abis la kompem kemek la kereta kitorng nie....

Mujur la x teruk sgt....just nak kena tukar bumper dan no plat jer..tapi kos la jugak kan


 Kereta yang menyondol kitorang....sorang pakcik dari putrajaya...

Nak buat macam mana dah nak jadikan...kita beria2 berhati2, tup2 klu dah tertulis nasib kita macam tue redha je la...

Mujur la takde kecederaan....dua beradik tue pun x sedar accident...nyenyak betul tido


 Kawasan accident..tapi kitorang 317.6 la


Kesan hentakan yang kuat..abis tertanggal segala accesories kereta...huhuhuhu

Mujur la boleh pasang balik..

Dah satu hal plak kitorang nak ke Balai Polis buat polis report..cuba nak buat report kat Gopeng tapi en polis suruh pergi jugak ke kawasan balai polis yang kitorg accident...makanya nak kena ke Balai Polis Tapah jugak la...haruslah pusing balik ke selatan


Settle report semua dah pukul 3 pagi...hari tue pun lepas kitorang accident ada group la jugak accident x jauh dari kitorg..sekali accident 3 kereta...

Singgah kat R&R sahur kejap...itu pun sahur minum air jer..lepas accident, selera terus mati...husband pun banyak berhenti tido makanya 8.30 pagi baru sampai Kedah...

Alhamdulillah selamat sampai selepas diduga ngan macam2...

Saturday, July 26, 2014

BREAD LASAGNA CHEESE



Ok first time aku masak bread lasagna cheese..lepas terpengaruh tengok achiek anis update gambar kat facebook...dugaan bulan puasakan...semuanya mudah terpengaruh

Tambah2 makanan sedap lagi la mudah terpengaruh....hahhhaa


Pastu usya kat blog achiek anis dan mommycha....so klu nak tengok boleh la usya kat kedua2 blog....siap ada step by step lagi....


Nie resepi aku tengok kat boleh achiek anis dan mommycha...tapi aku oleh sikit la ikut besar loyang yg aku pakai...


 BREAD LASAGNA CHEESE

Resepi :

Roti gardenia yang telah dilenyek nipis - bergantung jenis loyang
  Slice cheese
  1keping daging kisar
Sedikit susu segar
1 tin kecil sos prego ( tak kisah yang mushroom ke pasta ke )
1 biji tomato dipotong dadu
1 tin cendawan butang ( dipotong nipis )
1 biji bawang besar dipotong dadu
  2 biji bawang putih dipotong halus
2 biji telur yang dipukul bersama2 sedikit susu segar
Sos Cili
Parutan mozarella cheese secukupnya
Sedikit mentega / minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
 Oregano secukup rasa

 Langkah2 :


Tumis bawang besar dan putih dengan sedikit mentega/minyak hingga kekuningan
Masukkan daging kisar dan renehkan seketika
Kemudian masukkan sos prego, sedikit sos cili dan garam
Biar mendidih sekejap, kemudian masukkan cendawan butang dan tomato
Didihkan sehingga masak dan agak pekat


Loyang disapu mentega
Lenyeknya roti dan rendam seketika dalam telur yang dicampur susu
Susun dalam dulang
Kemudian lapiskan dengan inti daging dan seterusnya slice cheese...ulang langkah tersebut hingga abis roti
Paling ok buat 3 lapis ye...akhir sekali bahagian atas selepas letak inti daging, taburkan mozarella cheese

Bakar pada suhu 160 darjah selama 30 minit



Bila dah dipotong, macam nie la rupanya...sedap dan terbaik

Rasa macam makan lasagna jugak tapi lagi mudah cara membuatnya....

Selamat mencuba



 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...