Monday, March 14, 2011

CARA @ ETIKA BERPAKAIAN KETIKA TEMUDUGA



Entri pagi nie nak citer mengenai etika berpakaian ketika menghadiri sesi temuduga.


Aku ringkaskan entri kat sini bagi mereka yang masih tercari-cari cara berpakaian yang betul ketika berhadiri temuduga. 


Pandangan pertama penemuduga  terhadap calon terutama menerusi cara berpakaian memberi satu persepsi buat penemuduga terhadap calon yang akan ditemuduga. Kalau dah berpakaian macam nak g window shopping, lupakan lah hasrat korang. Confirm terus kena reject. Paling bersopan cara korang kena reject adalah, penemuduga tue akan cakap akan call korang semula. Dah sah-sah 80% korang akan di tolak.


Pastikan ketika anda menghadiri temuduga, anda seharusnya berpakaian kemas dari hujung rambut hingga hujung kaki. Cara berpakaian akan menceminkan diri anda yang sebenarnya.


Kredit to Haryani Ngah (Berita Harian : 14/3/2011). Bagi yang tak sempat baca newspaper hari nie. Aku sertakan kat sini artikal tersebut.


Calon Lelaki

  • Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan berseluar slack gelap & bertali leher.
  • Tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar jeans dan baju t-shirt berleher bulat.
  • Mestilah memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap dan memakai tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut.
  • Rambut juga perlu diberi perhatian. Rambut mestilah pendek dan kemas dan sekiranya anda seorang yang berjanggut, potongan rapi perlu dilakukan.
  • Lelaki hanya boleh menggayakan aksesori seperti jam, tali leher & 'cuff-link', manakala pemakaian cincin tidak digalakkan.
  • Tidak dibenarkan sesekali anting-anting bertindik dan bertatoo.


kredit to mr google

Pakaian dah kemas, tapi jangan pakai stokin belang macam nie tau..



Calon Wanita

  • Memakai pakaian yang sepadan dan pastikan pemilihan warna yang sesuai dan tidak memakai pakaian yang terang.
  • Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
  • Tidak berpakaian seperti lelaki.
  • Kasut bertumit.
  • Jika tidak bertudung, pastikan rambut disisir rapi atau diikat.
  • Sekiranya mewarna rambut, pastikan warna rambut tidak menyakitkan mata. Elakkan menggunakan pewarna berwarna merah, biru, ungu atau berwarna-warni.
  • Diingatkan supaya tidak memakai aksesori secara berlebihan terutama barang kemas.
  • Pastikan menggunakan solekan yang sesuai dan tidak berlebihan.
  • Tidak berlebihan menggunakan semburan pewangi.


kredit to mr. google

Jangan ada pulak pakai macam nie. 100% terus kena reject...


Bagi anda yang bakal menghadiri temuduga hari nie, selamat maju jaya.



Perahan Otak : Tali Barut Comey

6 comments:

  1. salam

    hahaha the best tips kasi..

    ReplyDelete
  2. lps nisaper nk g interview msti rujuk info ni

    ReplyDelete
  3. apezs shah : sharing is caring...hahahaha

    ReplyDelete
  4. LYAfrina : hehehehe...kongsi untuk semua ...senang untuk kemudahan masa depan gak...

    ReplyDelete
  5. wahhh...ade name saya la kat sini. hahaha.

    ReplyDelete
  6. rj Etika : hahahaha...Etika glamer jap kat sini....

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...