Thursday, August 16, 2012

Biskut Chocolate Chip Cornflakes

Selamat pagi


Masukkan resepi sekali harung dalam satu masa...Kali nie cuba resepi dari lain plak dan aku ada la ubah-ubat sikit coz kekacang takde stok langsung kat rumah, makanya pakai jer baki cornflakes buat lemon crispy cornflakes


Bertambah-tambah sedap plak bila tambah cornflakes nie...Chocolate chip dan cornflakes memang gandingan yang mantap...



BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE) /
Biskut Chocolate Chip Cornflakes
Sumber Resepi : MrNamie dan Fiza Damia

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain : 
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional dan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa (kayrul tak guna so gantikan dengan cornflakes yang telah diramas kasar)
  
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA :
  • Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
  • Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
  • Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).

1 comment:

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...