Nak kata belum makan....aku baru lepas makan...Kepala tiba-tiba rasa sakit sangat..
Mungkin sebab cuaca kat luar panas, tiba-tiba masuk opis yang tengah sejuk....terus tangkap otak aku nie. Rasa nak pitam jer dah nie..
kredit to mr google
Dulu pantang sakit kepala jer mesti aku akan bantai telan Panadol ActiFast 2 biji. Pastu confirm akan elok. Sekarang dah tak boleh lagi...selamat tinggal Panadol ActiFast.
Sekarang...SELAMAT DATANG MINYAK CAP KAPAK...
kredit to mr google
Abis aku lomor satu kepala...haaaa.....nikmatnya, berangin jer kepala aku nie....jap lagi elok lah nie. Dulu aku tak percaya kemujaraban minyak cap kapak. Sekarang ke hulu ke hilir minyak nie wajib aku usung sekali. Mana la tau, tiba-tiba sakit kepala menjelma..hahhahahaha
Sebab Sakit Kepala :
• Tekanan (tension headache).
• Kemurungan
• Migraine (penyempitan salur darah)
• Penyakit serta ketegangan dalam mata.
• Sakit gigi dan tulang rahang.
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
• Kejang otot.
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
• Angin Ahmar
• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
• Tekanan Darah Tinggi
• Pengambilan dadah dan racun
Rawatan :
Rawatan bergantung kepada sebab :
• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan.
• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
• Kendalikan tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.
Bila Perlu Berjumpa Doktor :
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.
Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
• Demam.
• Jika anda melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan :
• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat
Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/SakitKepala.pdf (kredit to infosihat)
minyak cap kapak mmg terbaekk..
ReplyDeletetq info baek ponyerrr
ReplyDeleteDulu2 masa kita keje opis, sakit kepala sikit je mmg terus letak minyak kapak ni kat kepala.. Dah duduk dlm opis mesti la pasang ekon kan, pastu nanti ada la mulut2 yg bertanya "eh mana dtg bau minyak kapak ni..??" ssshhhh... kita dok dendiam je sambil sorok botol minyak kapak tu..hehe
ReplyDeleteSy pon tgh sakit kepala nih..tp sy suka lumur balm tiger..minyka cap kapak bau x sedap..
ReplyDeletep/s: bila nk smbung citer hantu opera cina?
bahaya ni klu selalu sakit pale...cuaca panas sgt kot..
ReplyDeletememang kadang2 ramai diantara kita akan sakit kepala, pening2.. byk faktor berlaku sakit kepala ni..
ReplyDeleteselamat le ada minyak kapak yer sapu lg elok rasanya dari telan panadol yg akan memberi kesan nanti..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy cat spray dashboard kereta
SELALU GAK KENA SAKIT KEPALA DAN DEMAM... SELALU KENA HUJAN PANAS.. TU YANG PENING DAN DEMAM.... MUNGKIN GAK STRESS AKU NI
seoga hilang sakit kepala tu...tiba2 teringat iklan minyak angin cap kapak ehehe..
ReplyDeletesebab cuace skarang yg terlalu panas. ehe^^
ReplyDelete,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Hari Ibu...”Mummy I love You”...
~~~~~~~@@@~~~~~~
selalu kalau terlebih stess aku sakit kepala... mulalah aku sapu kepala ngan minyak cap kapak..... ade lah lega sikit
smoga cpt sembuh :)
ReplyDeletedah sihat ke??.. minyak cap kapak..mmg pilihan ramai..he.he
ReplyDelete