Tuesday, May 03, 2011

Wad oh Wad



Selamat Pagi...

Aduh lamanya tak update blog nie. Nie semua gara-gara sesi serah diri. Bukan serah diri kat polis ye. Tapi serah diri untuk di tahan di wad. Macam nie punya orang pun ada ker????...


Memang ada...aku la tue. Sepatutnya aku kena g check-up hari Sabtu (30/04/2011), tapi disebabkan hari Jumaat dah rasa down giler....terus jer la g jumpa doktor. Walhal aku dah sampai opis pun masa tue, cuba tunggu masa nak daki tangga naik opis jer. Kaki pun dah tak mampu nak mendaki terus pecut balik umah mertua. Ibu mertua yang antar g klinik coz Tuan Tanah dah g kerja. 


Lama plak orang ari tue. Rasanya dekat sejam lebih la tunggu baru dapat jumpa doktor. Padahal bukan g klinik kerajaan pun. Tak faham aku, diorang masuk bilik doktor tue, buat ketupat dulu ker, sorang masuk jer dekat 1/2 jam. Kalau aku masuk pun, tak sampai 10 minit dah keluar. Kompius betul la...


Jumpa doktor, terus jer aku cakap nak masuk air coz asyik muntah jer memanjang. Takut aku tak dapat bertahan dah nanti. Check in pukul 11.30 pagi kat bilik Melor, KPMC. Senang sikit ambik bilik single, senang aku nak kuak lentang tanpa ada mata lain yang memandang plak. Dah la sehari suntuk aku belum makan, tak selera siot. Tukar jer uniform terus kena cucuk kat montot ubat tahan muntah. Lega rasanya, lepas tue terus tak rasa nak muntah dan selera makan super berganda. Semua aku bantai makan. Nikmatnya kalau macam nie selalu.


Dalam bilik nie ada sofa yang boleh tarik buat katil tue, senang sikit Tuan Tanah dan Photographer tegar nak golek-golek ngan aku kat situ.


6 Botol gak la air berjaya disedut oleh badan aku nie. Wah...terus bertenaga aku dibuatnya. Ingatkan lepas check out tenghari (sabtu tue) nak terjah ke Pahang. Tapi apakan daya kepala plak pening coz lama sangat asyik terbaring jer dalam wad.


Lepas 2 3 hari nie, aku rasa memang berbaloi masuk air hari tue coz aku dah tak rasa nak muntah. Boleh makan dengan penuh selera. Badan pun rasa dah semakin sihat. Harap bertahan lama la keadaaan nie.



Perahan Otak : Tali Barut Comey

3 comments:

  1. semoga cvepat sembuh ..jaga pemakanan ..
    kot2 boleh memudaratkan ~
    hehe

    ReplyDelete
  2. ala ciannya dia.. semoga sihat2 selalu yer!!

    ReplyDelete
  3. oh kalau muntah² masuk wad leh sihat yer..sy dulu muntah² 3 bln terlepek je kat rumah..

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...