Selamat pagi...
Selamat tahun baru...hari nie cuti...yeaaayyyy
Harap cuti dimanfaatkan sebaik mungkin...
Ini citer jumaat lepas...entri sebelum nie kat SINI ada aku citerkan pasal nak tengok The Hobbit, menunggukan lama so berjalan-jalan la ukur The Mines...
Sekali bila naik kat tempat bowling terus aku jadi fobia...
Penghadang yang mengundang bahaya
Harap pihak pengurusan The Mines dapat ambik tindakan sebelum ada nyawa yang terkorban...
Bayangkan la antara tiang dan penghadang besi tue ada ruang yang cukup besar untuk bebudak sebaya haikal nak melepasi...Kalau hadif lagi la...
Kalau di tingkat 1 boleh la setakat cedera ringan jer..kalau dah tingkat 4 maunya boleh membawa maut....
Yang peliknya penghadang dekat area bowling dan kawasan sekitarnya jer macam tue tapi kat tingkat bawah2nya takde plak....Siap ada penambahan besi untuk tutup lagi...
Aku yg besar nie pun takut melihatnya apatah lagi bebudak...Kalau bebudak baya hadif apa yg dia tahu..enjoy jer.....memang perangkap maut nie....
So siapa2 yg bawa anak2 kecik sila la berhati-hati di kawasan berkenaan..tambah2 area bowling tue...seronok sangat main bowling takut tak perasan anak dah terjun ke bawah...harap dijauhkan dari bahaya....
Dah lama tak p the mines..apa kata awak tulis surat pada pengurusan mines.jgb lupa letak pic sekali
ReplyDelete