Tuesday, October 21, 2014

BUKIT BROGA



Setelah lama sangat teringin nak panjat Bukit Broga....akhirnya berjaya jugak panjat setelah ada anak 2 org....itu pun terpaksa tinggalkan diorg ngan tok mak...kang macam mana nak usung 2 beradik tue naik ataskan...

Maklum la baru first time laki bini nak mendaki bukit...dah la dengan lamanya x bersenamkan...

Kat mana tempatnya..dekat Semenyih jer..Kitorang mendaki nie pun bulan lepas 28 september 2014 (Ahad)

Mulanya aku ingat x jadi la planning nak panjat bukit broga sebab bangun pun dah lewatkan..tapi jadi jugak la..pukul 7.30pagi kitorang dah terpacak kat parking...mak aiii memang ramai giler orang..parking memang sesak kat dalam kawasan ladang kelapa sawit..kat tepi jalan pun penuh siap bas pun ada lagi...

Macam biasa tempat tumpuan ramai mest ada yg nak ambik untungkan...so parking kena la bayar RM 2.00


 RM 2.00 untuk parking ye...nak FREE sila parking kat tepi jalan ye


 Bukit Broga 1.7km...mengah tengok signboard nie..berjaya ke???


 Keletihan yang amat dah nie...masa nie nak tarik napas pun x daya...dah rasa macam sesak nafas sangat maklum la dah lama giler x bersenam...tau2 terus panjat bukit..memang pancit la


 Ramai remaja yang datang hari tue....


 Stage 1..rileks dulu kejap


 Steady ambik gambar


 Harus la nak mencelah jugak...masa nie dah terasa panas terik...mata pun x boleh buka tau


 Stage seterusnya...huhuhu...tinggi betul..plak tu jalan masih basah


 Cantik view


 Sayup2 jer nampak orang2 tue kecik jer


 Walaupun panas tetap nak berposing kat atas tue


 Sampai akhirnya..gambar kenangan berdua..


 Bayangkan la naik atas x makan lagi terus panjang...mujur la bawa KitKat...makan sepotong pun dah kenyang...

Agak2 korang rasa nak terkucil ke nak membuang, buat la sebelum naik sini...toilet takde tau..sungai apatah lagi...mana mau buang...

Boleh plak masa naik sini, aku nak terkucil..kelam kabut naik dan kelam kabut turun..spoil betul la


 X pasti group apa ini...


 Ok mari turun


 Still nak ambik gambar walaupun jalan turun curam


 Ramai sangat sampai nak turun pun kena tunggu turn


 Kasi can posing sekali


 Agak2 x cukup kental nak turun, meh la pegang tali kat tepi tue


 Gilers la budak kecik nie berjaya naik atas Bukit Broga nie..steady jer


 Binatang apa nie erk??


 Laluan yang sempit


 Aku yang ambik gambar nie pun dah rasa gayat apatah lagi yg berdiri atas batu nie kan...


 Selfie lagi....nampak tak curamnya bukit nie


 Ok dah masuk kawasan hutan


 Nie lagi satu laluan yang sempit...ada dua jalan sebenarnya tapi kitaorang konpius tue yang terlalu jalan nie...huhuhu


 Beria sangat


 Eh ada kedai makan la...jangan x tau, dalam nie pun korang boleh makan dan minum...kitorang rileks jap pekena air kelapa


 Nie dah kat bawah...siap jual aiskrim lagi...


 Mak aii mahalnya jagung tue...huhuhu


Ok dah habis..sampai pun kat parking...tengok..tadi punya la sesak sampai xde parking sekali bila dah balik lengang terus...


Klu ada anak kecik better jangan bawa la sebab bukit situ menegak tingginya..siap aku tengok ada yg bawa anak bawah 2 tahun...aku x tau la macam mana dia nak dukung anak naik sampai atas...coz kitaorang pun susah nak naik..inikan yang membawa anak...

Klu teringin sangat nak naik minta la pengasuh atau sedara tolong jagakan sekejap.....


Better pergi seawal pagi...lepas subuh tue kira ok la...klu pergi awal sangat nak solat subuh kat mana plakkan...

Esok cuti Hari Deepavali kompem penuhnya la Bukit Broga..selamat bercuti korang..aku dah, korang bila lagi???



Hari Deepavali 22 Oktober 2014 (Rabu) BUKAN 23 Oktober 2014 (Khamis)



Mujur la aku baca newspaper hari nie klu x maunya aku sorang je la datang kerja esok


Patut la banyak tempat percutian dah penuh, rupanya ramai yang dah start bercuti minggu lepas...Macam mana la aku boleh ketinggalan bab2 cuti nie...huhuhuhu


 Pelik mulanya newspaper mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali esok....aku pikir diorang salah cetak...

Tanya kawan opis, kompem esok deepavali


Tengok, kalender pun tulis 23 Oktober 2014 tue Hari Deepavali rupa-rupanya aku x sedar tarikh dah tukar...


Kelam kabut search internet nak tau punca naper tarikh diubahkan..

Tarikh rasmi sambutan Hari Deepavali 2014 pada 22 oktober 2014 di Malaysia. Dalam kebanyakkan kalendar tahun 2014, tarikh perayaan Deepavali yang sepatutnya disambut pada 23 Oktober 2014 adalah tidak tepat kerana perayaan Deepavali pada tahun ini telah ditukar kepada 22 Oktober 2014. Penukaran tarikh Deepavali tahun 2014 diputuskan oleh Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam berdasarkan kiraan kalendar Hindu ‘panjangam’. Untuk info, penukaran tarikh perayaan Deepavali daripada 23 Oktober kepada 22 Oktober 2014 dibuat selepas mendapat nasihat daripada pelbagai badan agama di India memandangkan kalendar Hindu berubah mengikut pergerakan planet.

Ok..dah confirm esok cuti..jangan korang memandai datang kerja plak..esok sila berehat2 kat rumah seisi keluarga ye....23hb Oktober 2014 (Khamis)..jangan lupa plak datang kerja...hehehehe
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...