Friday, August 26, 2011

Sedapnya Melantak Kat Pizza Hut



Citer dah basi baru nak post..hehehehe


Makanan nie pun dah jadi baja pun...asyik la terlupa nak post entri nie....


Jom cuci mata dan usya menu berbuka puasa kitorang Sabtu (20/08/2011) lepas..


 Dah abis ganas la nie..


 Posing gedik sebelah budak tak posa












 Sabar menunggu waktu berbuka sambil contol macho


 Wajib telepon ibu dulu coz nak tanya dah azan ke belum..hehehhehe


Peveret my yayang...


Set yang kitorang order


Kecewa sikit la..kalau tengok kat atas tue, mak oii sosej bersepah..bila dapat, boleh kira berapa ketul je..memang hampeh...Memang hari melantak sedunia la..makan sampai tak larat nak bangun la...


Apa lagi..jom pizza...Alang-alang dah ujung2 puasa nie boleh la kalau nak ubah selera makan luar pula ye...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Thursday, August 25, 2011

Sesi Gantung Kad Raya



Tadi sibuk blogwalking rumah kengkawan, singgah kat Terengganu..blog Cahaya Hatiku.


Bestnya orang keja belah pantai timur dah start cuti esok, kita yang kerja belah barat nie kerja lagi..huhuhu


Terima kasih lya untuk kad raya yang cantik nie walaupun lya kata simple...dah bertahun tak dapat kad raya, last dapat 10 tahun lepas..huhuhu




Selamat hari raya gak khas untuk Lyafrina's family


Jadual Perjalanan Balik Raya



Bagi sesiapa yang dah bersiap sedia nak balik kampung boleh la rujuk jadual yang telah dicadangkan oleh Lebuhraya Plus sempena musim perayaan dan kemerdekaan nie..




Alamak macam mana nie..kalau ikut jadual yang dicadangkan aku sekeluarga kena bertolak balik ke Kulai sebelum pukul 10.00 pagi padahal masa tue Tuan Tanah tengah kerja lagi hari Isnin tue...aduuhhhhh


Terpaksa la aku mengingkari arahan...takkan nak bertolak 10 pagi raya kot. Jadual perjalanan aku mungkin akan ikut jadual kerja Tuan Tanah..dia balik awal, bertolak awal la tapi kalau dia balik lambat..lambat gak la kami sampai johor...

Lagu Raya Paling Best



La dah tengahari rupanya..semalam tak berupdate langsung blog coz sibuk belajar nak edit header kat blog nie..hehehe..walaupun kureng hasilnya, takpe janji usaha untuk belajar...Lain kali boleh cuba lagi..


Yes la..Tinggal satu hari lagi untuk bekerja....pastu tunggu hari Isnin baru balik Johor coz Tuan Tanah kerja la ari Isnin nie. Yang penting dapat balik raya jugak..


Jom layan lagu yang aku rasa best dengar kat telinga aku kali nie..memang terbaik la. Kalau Photographer Tegar tengok nie kompem la asyik 10 kali pasang la..


Suasana Di Hari Raya - Upin & Ipin

kredit to youtube


Apa lagi jom nyanyi sama-sama.....


Tuesday, August 23, 2011

Bloglist Mega Raya Srie Arty ! WOWW, jom join !!



Lama benar la tak join bloglist2 nie..ari nie aku nak join sekaki la


klik banner klu nak join sekaki


SYARAT SYARAT PENYERTAAN ;

1. follow blog comel saya ni dan like fan page sekali. *kat side bar atas tuu*
2. buat satu entry yang bertitle kan "Bloglist Mega Raya Srie Arty ! WOWW, jom join !!"
3. dalam entry tuu copy gambar kat atas dan link kan ke entry ni. selain tuu, promote sikit kat kawan kawan ajak join bloglist ni ye *thankyou*
4. done ! tinggalkan link entry penyertaan korang kat bahagian comment.

 Semua syarat-syarat dah dipatuhi..apa lagi korang, takkan tengok jer..jom la join sekali. Tutup MALAM RAYA PUKUL 10 MALAM


Burger Oblong Ala Tower



Selamat petang..


Cepat betul hari nie perut nie start berkaroeke....menyucuk2 di kalbu dibuatnya..


Bagi menjamu mata di petang hari nie, jom usha gambar nie..mana tau la boleh kenyangkan perut buat sementara hingga waktu berbuka...hehehehe


Burger Oblong Ala Tower


Hambek ko bertingkat-tingkat lagi. Nie menu buka puasa Jumaat lepas la. Makan satu lapis tue pun dah buat aku terbongkang. Kecewa sikit la ngan saiz oblong nie, aku beli jenama Ramly Burger..bila masak jer terus dia mengecut...huhuhu. Roti terpaksa pakai roti gardenia jer coz roti hotdog yang aku beli dah expired la plak....memang hampeh


Asal aku beli kat kedai burger besar jer saiz burgernya..hmmmm, diorang pakai burger jenama apa erk????


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Monday, August 22, 2011

Mak Oiii..Mahalnya Air Tin Di Jalan TAR



Nie rentetan citer pagi tadi. Apa citer pagi tadi..haaa tengok SINI.


Dah penat-penat jalan harusla tekak pun minta diisi gak. Peluh jangan citer la, boleh satu baldi jadinya.


Sepanjang jalan ada orang jual air tin, nampak sejuk-sejuk. Iman pun dah tergugat, beli gak la nak basahkan tekak nie. First port beli, air tin RM 2.00 ko..Mahal nak mampus. Terpaksa la beli gak sebab dahaga sangat. 


kredit to mr google


On the way nak balik, beli lagi..dah namanya tawaf satu Jalan TAR dan Masjid India...kali nie lagi mencekik darah..satu tin RM 3.00 ko. Tak beli kang, ada yang jadi Ju-on merangkak-rangkak sampai parking nie. Nak tak nak terpaksa la beli. Betul-betul ambik untung betul la bebudak yang jual air tin nie. Kali nie Jalan TAR sesak pun coz bebudak yang jual air nie la bikin sesak, dah la tong air tue besar, pastu di tolak ke hulu ke hilir. 


kredit to mr google


So..kalau korang rasa nak jimat duit, bawa je la air sendiri dari rumah ye...Kalau shopping di siang hari, jangan ngada-ngada plak nak bawa air, kang ada yang terbuka puasa kat Jalan TAR..hehehhe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

GA Contest - Kad Raya Dari Oversea..NAK GAK??? Jom Join



Hari nie dah belek-belek entri kat umah Cik Pija, ternampak la ada GA yang terbaik dari ladang New Zealand lagi...


Anjuran Dak Encem nie..hehehhe


klik banner untuk join sekaki


Best oooo..kalau dapat kad raya dari New Zealand nie, nak jejak kaki ke sana..mak aiii jauhnya...


Nak beli tiket flight pun tak mampu..dapat kad raya free nie kira macam dah sampai sana la ye..


Maunya kembang kuncup montot nie kalau dapat, maunya jugak angau berbulan-bulan..hehehhehe


Jom join reramai terjah dan join GA dak Addy Fitri Ahmad aka blog I'm Adriad and This is My Story.


Cepat jangan lambat-lambat...GA nie terbuka dari 20 - 25 Ogos 2011 je tau...


Lautan Manusia Di Jalan TAR



Selamat pagi..

Nie kisah Sabtu lepas, g shopping terakhir untuk Tuan Tanah. Baju raya kitorang anak beranak dah ada, tinggal bapaknya punya baju belum beli...kang tak sedondon plak raya nie..


Tema raya kali nie adalah SILVER aka KELABU la coz keluarga mertua tema kelabu dan dah belikan sekali baju melayu untuk Photographer Tegar pun ikut tema tue..maka haruslah kami pun terpaksa mengikut tema yang sama..


Ingatkan g shopping sebelah malam tak le ramai orang. Ya ampun, penuhnya lautan manusia kat situ...Lepas solat isyak terus gerak ke Jalan TAR. Memang jem giler la nak menghala ke Jalan TAR tue. Parking kat Sogo, maka haruslah menapak ke Jalan TAR. 


Yang penatnya terpaksa berhimpit-himpit ngan orang ramai nie. Dah la berlaga-lagi perut ngan orang ramai, aduh rasa macam nak terberanak jer kat situ. Tapi gagahkan diri juga untuk melangsaikan misi mencari baju melayu. Sempat la sebat tudung aku sekali..hahahhaha


Habis la tawaf satu Jalan TAR ngan Masjid India pastu patah balik...nak cari baju yang terbaik dan murah la katakan. Kalau kat Kajang nie, tengok baju melayu without sampin pun dah nak cecah RM 200.00, tak sanggup la nak berabis sampai macam tue. Tue yang terpaksa terjah kat sini gak..


Lepas tawar menawar dapat la harga yang berpatutan. Kitorang nie bukannya pandai tawar menawar pun, dapat murah sikit pun dah cukup seronok la. Baju Melayu tue harganya RM 145.00 plus sampin, lepas tawar dapat la RM 120.00 plus sampin. Ok la tue under budget...hehehehe


Penat memang teramat la penat, ngan baby asyik menendang-nendang. Perut pun dah rasa kejang sangat, itu pun sampai pegang tiang khemah la kejap bagi menahan sakit. Mujur la tak terberanak kat situ..hehehhe


Photographer Tegar pulak seornok bukan main. Walaupun lautan manusia, jalan balik jadi mudah coz anak aku nie la guide kitorang. Dia main redah jer...maka pakcik dan makcik sekalian yang kecian kat dak kecik nie pun bagi la jalan dulu. Untung betul la....


So tamat sudah edisi shopping raya, tinggal nak balik kg jer. Baju raya semua dah siap basuh semalam, tinggal nak sarung di Hari Raya je la...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Friday, August 19, 2011

Mata Macam Kena Gam Gajah..Adoi



Bestnya..ari nie last keja untuk minggu nie, tinggal minggu depan seminggu lagi nak keja..pastu boleh cuti panjang...yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Ari nie mata adalah ditahap kritikal. Mengantuk yang amat-amat sangat. Rasa macam gam gajah melekat kat mata jer. Sampai menaip pun boleh terlelap sekejap..


kredit to mr goole


Rasa macam gajah kat atas tue dah bertenggek kat mata aku nie....ngantuknya..


Bos pulak tak masuk lagi..nie yang buat mata aku makin kuyu nie. 


Macam biasa setiap hari sahur, kunci jam kul 4 pagi, 4.30 pagi baru aku bangun..Masak nasi dan lauk bagai, kul 5 dah boleh start makan. Kul 5.30 dah settle makan. Tunggu sembahyang subuh dulu pastu sambung tido sampai la kul 7.30 pagi. Memang hazab la nak bangun balik bila dah tido tapi gagahkan jugak la nak g keja.


Maybe makan banyak sangat kot semalam waktu berbuka al-maklum la adik ngan ayah aku datang berbuka kat umah so makan tak ingat dunia. Aku just masak nasi dan wat telur 3 rasa jer plus goreng popia yang mertua kasi. Ayah aku plak tapau kari kambing, kari ayam, sambal udang dan kuih...memang penuh meja la. Aku mengadap sambal udang macam tak pernah makan udang, yang Tuan Tanah plak mengadap kari kambing macam 10 tahun tak makan kambing....hehhehe


Abis berbuka, perut terus sebu coz makan banyak sangat sampai rasa nak muntah. Sekarang anak aku tue, pukul 4 pagi dia dah bangun..pastu buat perangai pepagi..bagi milo, bagi main game terus senyap. Pukul 7 baru dia sambung tido balik. Kul 7.30 pagi aku dah kejutkan dia mandi..terkulat-kulat la bangun mandi. Kang nak tunggu dia bangun sendiri, maunya aku masuk keja lambat....


Sekarang aku dah tahap mamai tak ingat dunia nie, aku rasa nak lelapkan mata kejap la.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Perahan Otak : Tali Barut Comey



Thursday, August 18, 2011

Kecik-Kecik Dah Pandai Masak Bubur Lambuk



Mengantuk dan penatnya badan hari nie...Semua gara-gara bikin kerja berat semalam..


Seharian duduk rumah, no shopping2 walaupun semalam Selangor cuti Nuzul Quran. Seawal 8 pagi dah punch card kat rumah mertua untuk memulakan tugas yang mencabar nafsu makan di bulan puasa nie.


Aku kat dapur sibuk blender bahan-bahan untuk masak bubur lambuk, dua beranak nie sibuk kacau bubur. Jom tengok gelagat dak kecik nie masak bubur lambuk.


Baca doa dulu sebelum kacau bubur nie..Mudah-mudahan sedap la bubur nie


Tengok periuk lagi besar dari tuannya


Boleh ambik alih tugas Tok Mak lepas nie..hehehhe


"Dah ok ker papa bubur lambuk haikal nie??"


Bubur Lambuk


Posing dulu...baru macho nak kacau


Suka sangat la wat mimik muka macam nie bila nak ambik gambar..hehehehe


Semalam terpaksa mengacau 2 periuk besar dan 1 periuk kecik. Bubur lambuk tue ditempah oleh orang Putrajaya untuk 600 bekas. Macam nak patah pinggang mengacau semua tue.


Settle packing semua pukul 2.30 petang..terus balik rumah mandi, sembahyang dan tido secara berjemaah. Celik-celik mata dah pukul 6.00 petang. Memang kepenatan sangat la. Dari Mak, Pak dan yang kecik tido tak sedarkan diri. Kecian kat dak kecik tue, bangun tidur terus demam panas. Bayangkanlah terpaksa mengacau bubur lambuk sampai 3 periuk sekaligus. 
Mujur la dah standy by  ubat demam kat rumah. Lepas bagi dia makan ubat baru kebah demam tue. Penangan bubur lambuk, bikin dak kecik tue demam..hehhehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, August 17, 2011

Dah Bayar Ke Zakat??????



Selamat Pagi..


Pepagi dah tanya soalan pasal Zakat...bukannya apa, saling mengingati la. Raya dah nak menjelma tak lama lagi. Kat corong radio pun dah berkumandang lagu-lagu raya.


Sebelum ramadhan nie berakhir, baiklah g bayar zakat cepat-cepat nanti takde la kelam kabut nak buat persiapan raya lagi, nak bayar zakatnya lagi. 


Tempat pembayaran zakat pun dah banyak, korang terjah shopping complex sambil2 borong baju raya sebeban pun masih sempat bayar zakat.


Minggu lepas Tuan Tanah dah tunaikan kewajipan sebagai seorang suami apabila dah bayar zakat untuk tanggungannya yang dua kerat nie.


Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM 7.00 ye..


Tahun nie bertiga tahun depan dah berempat plak. Cepat-cepat tunaikan zakat sebelum terlewat ye


Banyak info tentang zakat. So sila terjah laman web kat PUSAT PUNGUTAN ZAKAT


p/s : bestnya ari nie Selangor cuti la...

Perahan Otak : Tali Barut Comey

Tuesday, August 16, 2011

Menu Puasa Setengah Bulan



Alhamdulillah selamat sudah kami suami isteri tunaikan ibadah puasa yang ke 15.


Tak sangka, pejam celik pejam celik tinggal lagi 2 minggu jer kita puasa. Kat kawasan perumahan aku dah meriah orang main mercun. Rasanya dari minggu lepas lagi kot.


Otak pun dah tak tau nak masak apa..Macam menu bermain kat kepala otak nie nak buat. Bila dah buat, maunya menu tue bertahan 2-3 hari...hehehehe


Nie menu puasa setengah bulan punya..


 Rendang Ayam..Dah macam nak raya pulak. Rendang aku adalah tersangat la pucat coz aku mana boleh makan pedas maka kuantiti cili giling dikurangkan...hehhehe..Tapi tetap MALLATOP rasanya..


 Kuih nie bukan aku buat pun..Kuih tunjuk kat bazar jer..Karipap tue mak mertua kasi


 Menu yang aku akan buat bila dah takde idea nak masak. Dalam tue ada kentang, ketam dan sosej yang digoreng ngan sos. Simple dan cepat plus package sedap sekali


Pulut hasil jelajah aku kat bazar. Tak kuasa la aku nak masak pulut. Makannya bukan banyak pun, aku sorang jer...Tuan Tanah makan nasi...


Dah settle menu semalam. Nie tengah pening nak masak apa plak ari nie. Ikut hati nak masak maggi goreng jer....hehhehehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey


GOLDEN CHURN SAH HARAM



Hari nie kat newspaper dan online Berita Harian ada tersiar artikel berkenaan "GOLDEN CHURN"


 kredit to Berita Harian


Di sini aku post kan entri berkenaan...


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu. 

"Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri."

"Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran," katanya. 


Teruskan membaca : Klik Berita Harian Online


So siapa2 dah terbeli tin yang tertera kat atas tue, paham2 je la...sila suruh cik Tong Sampah yang pakai ye..Takkan nak makan benda tak halal plak. Dah keluar dah pasal kesahihan jenama nie. 


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Cuti Tambahan Hari Raya dan Hari Kebangsaan



Selamat Pagi..


Baru puasa ke 16, aku dah sibuk menghitung hari nak balik raya..Tak sabarnya nak beraya sakan. Kalau tahun lepas raya di Penang, maka tahun nie haruslah sebelah Tuan Tanah pulak di Johor.


Tahun nie nak beraya puas-puas sebab cuti pun panjang sikit. Kebanyakkan opis dah start tutup pada 29/08/2011 (Isnin) dan akan dibuka pada 02/09/2011 (Jumaat). Opis aku plak mungkin tutup seminggu la.


Bagi yang cuti ala-ala cukup makan jer, korang confirm akan melompat kegembiraan bila baca entri kat bawah nie ye..



Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan



KUALA LUMPUR 24 Mei – Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

 Kredit to : Berita Harian Online


So apa lagi..boleh raya sakan la tahun nie...hehehehhe  

Perahan Otak : Tali Barut Comey

Monday, August 15, 2011

Salam Tak Kena Tempat



Selamat Pagi..


Semangat betul mengupate entri pepagi nie..al-maklum la terlebih awal sampai opis. Nie nak story pasal peel anak aku sorang nie saper lagi kalau bukan si Photographer Tegar tue.


kredit to mr. google


Nak tanya korang???...anak atau adik korang kalau jumpa orang salam ke tak????..anak aku memang dah dilatih dari kecik untuk salam plus cium tangan sekali. Bila dah besar nie tambah pakej cium pipi plak. Kalau jumpa budak lagi kecik dari dia, dia pulak over2 cium tangan budak tue.


Aku masa kecik mana la ada salam cium tangan bagai sebab tak diagar...hehehehe...bila tengok orang lain buat, kita pun ikut la..


Bila anak aku makin besar nie, aku tengok makin OVER tau dia nie..bukan takat tangan orang jer, tangan patung kat shopping complex tue pun diciumnya. Naik segan plak aku tengok..


Nie semua gara-gara masa shopping kat Sogo itu hari la. Aku sibuk memilih baju, yang anak aku nie plak sibuk belek semua model patung kat situ. Pastu Tuan Tanah cakap tengok anak tue, semua patung dia nak cium tangan. 


Mungkin dia ingat patung-patung tue "kakak-kakak cun" kot. Sampai senget-senget la aku tengok patung tue. Pantang jumpa patung tue, laju jer berlari nak salam dan cium tangan. Ambik berkat kononnya la. Nie la dikatakan salam tak kena tempat. Agak-agak la nak salam dan cium tangan pun...hehehehhe


Perahan Otak : Tali Barut Comey



Friday, August 12, 2011

Shopping Tak Hingat Dunia



Seronoknya dapat bershopping sakan. Nie aku tak tau la siri ke berapa aku bershopping raya. Semalam opis aku tutup awal coz elektrik takde, maka macam-macam la agenda timbul kat kepala hotak nie.


Terus ajak Tuan Tanah g KL nak cari baju untuk Photographer Tegar. Hari tue dah shopping baju raya untuk dia, sekarang shopping untuk baju pakai kat rumah plak. Semua baju-baju anak aku nie dah kecik so kena la beli yang baru. Setahun sekali jer aku shopping sakan baju Photographer Tegar nie.


Pukul 3.30 petang dah bertolak ke KL. Mujur la jalan tak jem. Terus tuju ke Sogo. Mana tau tengah sale ker...Alhamdulillah rezeki kami, memang tengah sale. Orang pun tak ramai, memang tenang la nak memilih. Ntah berapa tahun tak jejak kat Sogo nie. Bukannya ape, aku malas nak bersesak ngan orang. Hasil shopping tak hingat dunia aku semalam, aku berjaya merempat 10 pasang baju pakai kat rumah untuk Photographer Tegar. Untuk aku cukup la 2 helai jer.


kredit to mr google


Ingat nak beli kuih raya sekali kat Jalan TAR tapi apakan daya dah tak larat nak usung perut nie. Doktor pun nasihatkan aku banyak berehat. Abis shopping terus cabut balik. Jalan jem gak la tapi jem yang masih boleh bergerak. Sampai kajang dah pukul 7 mlm, terus g jumpa doktor pakar kanak-kanak kat Sg. Chua coz Photographer Tegar batuk teruk sejak seminggu lalu. Kesian kat anak aku sorang tue, asal malam jer mesti dia batuk teruk sampai termuntah-muntah.


Kelam kabut lepas jumpa doktor terus g cari kedai makan, al-maklum la tinggal beberapa minit lagi nak berbuka. Mujur la sempat.


Semalam singgah berbuka kat Restoran Gulai Panas Mak Tok, Bangi


Jom usha apa yang kitorang melantak malam tadi. Sesi cuci mata sebelum korang berbuka puasa karang..




Nasi Putih cukup la..


Ikan Kembung 3 Rasa. Menu yang wajib order. Kang order ikan siakap ke, bawal ke...tak abis plak. Ikan kembung pun jadi la


Tom Yam Putih Seafood


Kailan Ikan Masin


Nasi Goreng Cina untuk anak aku


Air Tembikai dan Air Laici. Siap pakai jug lagi. Tapi bukannya jug besar pun, jug kecik jer


Bagi aku, kalau suruh bagi berapa bintang kat kedai nie, aku bagi 2/5 je la. Sebab kureng sikit la. Servis memang cepat tapi rasa masakan tue tak kena ngan tekak kitorang la...


Korang dah shopping baju raya ker?????...jangan sampai last minute baru nak beli kang takde saiz plak...hehhehehe



Perahan Otak : Tali Barut Comey


Thursday, August 11, 2011

Makan Sampai Muntah Di Red Wok, Bangi



Bestnya hari nie kerja sampai pukul 11 pagi jer pastu boleh balik..Yes la

Bukan saja-saja dapat awal coz kawasan area opis nie takde elektrik dari pukul 11 - 4 petang. Takkan nak tunggu dalam gelap dan panas kot..Bos dah bagi green light harus la cabut. Hehehehe..boleh la merewang sampai KL ini hari...


Malam tadi aku ada check up bulanan ngan doktor mimi suria kat KPMC. Ambik malam punya check up senang. Kalau siang, selalunya Tuan Tanah tak dapat join sekaki. So takde peluang nak tengok perkembangan baby.


Semalam baby adalah sangat aktif, sepanjang masa tunggu giliran asyik la menendang-nendang perut aku nie. Tak sabar nak jumpa doktor ye.


So far, perkembangan semua ok. Semalam ingat dapat la tengok muka baby bila doktor buat scan 3D..apakan daya, baby nie kan pemalu orangnya, asyik la dia tutup muka tue ngan tangan. Nak surprise kan mama ngan papa ye...


Lepas tue kena ambik darah plak. Disebabkan kekurangan darah terus ajak Tuan Tanah g melantak. Padahal ambik sikit je darah bukannya satu beg darah pun..hehhehehe


Ye la berbuka pun ala kadar sebab nak kejar appointment tue. Perut pun masih lapar lagi...terus ajak Tuan Tanah cari steamboat. Tekak ngada-ngada nak makan steamboat plak.


Terus ajak Tuan Tanah try pot baru kat Bangi. Nie semua gara-gara tergoda baca entri kakak angkat aku la nie..kat SINI. Apa lagi ngada-ngada tekak nie nak try gak...
 Red Wok Restaurant jadi pilihan kami


 Photographer Tegar keletihan yang amat...sampai jer terus tido. Aman betul la kitorang nak makan..hehhehe


 Suasana kat dalam tue..Masa nie semua dah abis makan, tinggal kami yang baru nak start melantak. Makan secara buffet, ambik la sebanyak mana korang nak makan, janji kena abiskan kalau tak setiap makanan yang tak di abiskan kena caj.


 Sos Cicah dan butter untuk masak memasak


 Decoration yang cantik


 Bahan-bahan yang jadi mangsa kami malam tadi


 Dan lagi..sebenarnya nak ambik lain lagi tapi tong perut nie kecik jer so agak-agak je la ambik. Tak elok membazir


 Kerja-kerja memasak. Kami ambik set Sizzling Steamboat. Boleh pilih nak sup ayam atau tomyam. Kitorang ambik sup ayam jer coz aku mana boleh makan pedas


 Ambik ko, depan kaunter lagi port kami...hahhaha


 Mangkuk aiskrim kedua aku...Tuan Tanah jer 3 mangkuk. Memang terbaik la aiskrim dia. Rasa macam nak tapau je..hehehehe


 Muka kepuasan lepas berjaya melantak dengan jayanya


 Apa lagi bayar le..Ambik set sizzling steamboat nie kena RM 33.00 seorang tapi kalau ambik set steamboat kena RM 28.00 seorang


 Dah nak balik pun, anak aku nie tido tak sedar diri lagi


Dah kosong...semua dah balik. Tempatnya pun luas la..


Kitorang sampai sana lebih kurang 9.30 mlm. Masa nie dah tak ramai orang. Mungkin diorang yang berbuka semua dah balik. Dapat makan ngan aman.


So kalau nak makan kat sini datang lepas orang berbuka la. Takde la nak berebut-rebut ambik makan. Pastikan perut betul-betul kosong dan tengah kelaparan, kalau tak rugi tak dapat makan macam-macam. Akan ada sesi terjahan semula ke sini.


Siapa nak terjah tempat nie, tempatnya berdekatan seksyen 7, Bangi. 


Nie alamatnya :

Red Wok Restaurant
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
13650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel : 03-8927 4100


* Tempat nie bukan kat kajang tau, walaupun nama jer taman kajang impian. Betul betul tepi jalan.


Perahan Otak : Tali Barut Comey


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...