Monday, August 01, 2011

Kenangan Puasa Waktu Tengah Sarat Mengandung



Selamat Tengahari...dan Selamat Berpuasa untuk korang semua gak..


Amacam puasa hari nie????...Pagi-pagi dah lapar???..Hmmm...sama la aku, pagi-pagi kat opis perut dah buat konsert rock. Lapar tahap kronik pulak tue...Mujur la sekejap jer dalam 10 minit macam tue la. Sekarang dah stabil....Nie la dugaan bagi ibu mengandung berpuasa. Harap aku dapat menjalani ibadah puasa kali nie dengan sempurna. Orang cakap, orang pregnant nie boleh puasa penuh...so aku mesti kuat untuk abiskan puasa sebulan. Tahun 2008, aku pregnant kan si Photographer Tegar...masa tue dah sarat benar, alhamdulillah aku berjaya gak puasa. Sempat la puasa 11 hari coz hari ke 12, anak aku dah tak sabar nak keluar tengok dunia. 


video
Rakaman video oleh Tuan Tanah lepas beberapa minit Photographer Tegar lahir


Masa tue memang tak terasa lapar langsung la. Padahal sebelum puasa tue, tak dapat tahan lapar. Perut asyik minta diisi jer. Kejap-kejap mesti aku nak melantak. Mula-mula cuak gak la nak melangkah ke bulan ramadhan, takut aku tak dapat puasa langsung. Bila dah start berpuasa jer, langsung tak terasa lapar. Mungkin ada hikmahnya untuk ibu mengandung. Yang azabnya lepas tue nak mengganti 19 hari puasa. Berjaya gak aku ganti semua puasa tue sebelum masuk Ramadhan seterusnya..Kalau tak, dah kena fidyah pulak...


Keciknya anak aku nie. Kepala dia jer baru besar tapak tangan aku. Masa lahir berat 2.95kg jer


Yang tak bestnya, bila dah orang dah raya..aku masih lagi berpantang..huhuhu..terliur jer tengok orang minum air ais sedap2...rendang dan ketupat. Disebabkan dah lebih 20 hari, aku bantai gak makan rendang ayam dan lauk-lauk lain. Masa makan memang tak hingat dunia, bila dah petang..abis semua makanan tue terkeluar balik. Tak sempat nak hadam...aku dah termuntah..hehehhehe


Raya puasa pertama sebagai suami dan isteri. Baju raya pun tak sempat beli..pakai jer apa baju yang ada. Tak sempat nak sedondon...hehehhehe


Gambar family ismail & zaiton (1 Oktober 2008)


Gambar kat atas tue, semua sibuk kendung anak kecik. Aku ngan adik aku tengah berpantang. Dia pun melahirkan anak dia 4 hari lebih awal dari aku...Sekarang semua anak-anak dah besar. Sedihnya tahun nie aku beraya kat Johor, tak dapat la beraya kat Penang. Mesti aku akan merindui ketupat dan rendah ayam mak aku...huhuhuhu...Johor takde ketupat pulut, nak rasa macam ketupat pulut..terpaksa la beli lemang jer.....


Dah melalut panjang plak...bagi yang balik nak bas jangan lupa tempat tiket bas awal ye. Aku dengar tiket keretapi dah abis....Pandai-pandai iktiar cara nak balik kampung kalau tiket dah abis...hehehhe



Perahan Otak : Tali Barut Comey

9 comments:

  1. saya pun tgh sarat jugak.. tp puasa dgn kandungan 8 bulan. skrg rasa mcm tak selesa je perut. ada la rasa mcm sakit skit2.. still bertahan & rasa blh kot puasa hr ni

    ReplyDelete
  2. @THE LEKAT LEKIT STORY

    dugaankan bila tengah sarat nie..insya-allah, allah akan permudahkan untuk ibu2 mengandung nie

    ReplyDelete
  3. seronoknye, cam tak sabar pulak nak beraya bulan nie, huhu

    ReplyDelete
  4. amy x de pengalaman tu lagi jadi x dapat nak di kongsikan..anyway selamat berpuasa ye..

    ReplyDelete
  5. huhuh... akak ngah mengandung ek.. hati2 y kak.. jaga gak kesihatan baby tu kn.. diharuskan brbuka pose kan kalau ibu mengandung ne xleh tahan lg :)

    ReplyDelete
  6. Akak pun pernah mengandung dan berpantang dalam bulan posa. mmg mencabar. Apa2 pun sabar aje le. Salam Ramadhan dalam perkenalan.

    ReplyDelete
  7. wahhh meriah family...selamat berpuasa dari umi mya,mya ngan walid mya...

    ReplyDelete
  8. lain negeri lain mknnnya kan..sy org johor jd pagi raya misti nk pekena ketupat dgn sambal kacang..nasib ah suami pon org johor hehe

    ReplyDelete
  9. selai terdaya puasa kan walaupun peregnant..slm ramadhan dr sy..:)

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...