Tuesday, August 09, 2011

Akhirnya Dapat Juga



Bersemangat aku balik kerja cepat semalam semata-mata nak suruh Tuan Tanah g cari Pulut Panggang dan Lai Chi Kang. Padahal aku tak join sekaki pun mencari Pulut Panggang ngan Lai Chi Kang. Hehhehee


Kang aku join sekaki, siapa la plak nak masak menu berbuka kang. Gembira betul aku, tersengih sampai ke telinga la bila tengok Tuan Tanah dapat cari apa yang aku inginkan tapi Lai Chi Kang plak takde. Aku pun dah tawar hati nak minum Lai Chi Kang tue...huhuhuhu


Dapat makan pulut panggang pun dah satu kepuasan. Di bantainya beli sampai 7 biji. Yang kaki nak mencekiknya 3 beranak jer...


 Pulut Panggang Idaman Hati


Model Tak Berbayar


Eksyen jer lebih anak aku nie...kita sibuk nak berbuka, dia pun sibuk gak la. Aku paksa dia jadi model makan pulut panggang tue. Memang kelakar la waktu aku nak snap gambar tue, aku suruh dia buat gaya tengah makan macam kat atas tue. Sanggup la jadi patung kejap, semata-mata nak jadi model tak berbayar nie. Pastu bukannya dia makan pun.....


Beria-ria aku mengidam nak makan pulut panggang nie, bila dah dapat...1/2 biji pun tak abis. Aku cuba gak la nak abiskan sebiji tue..Memang tak terdaya la...Lepaskan kempunan jer, dapat rasa pun dah cukup...Sikit punya besar pulut panggang tue, pulak tue baru 0.30 sen sebiji. Memang berbaloi la. Patut la sebelum tue Tuan Tanah cari pulut panggang nie tak jumpa, bila dia mewawancara tuan bazar tue....org tue cakap memang laku la pulut panggang tue, pukul 6 ptg dah abis semua jualan.


Akhirnya pulut panggang yang tak abis, kami bagi jer kat jiran bujang sebelah rumah. Tak baik membazir..hehehhehe


Just tinggalkan sebatang untuk aku bersahur pagi tadi. Sambung semula makan pulut panggang pepagi buta. Nikmatnya......


Update : Tuan Tanah baru bagi tau tadi, rupa-rupanya pulut panggang tue berharga 0.70 sen..patut la besar semacam. Telinga sound trouble betul la bulan puasa nie..hehehhe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

7 comments:

  1. @Fitri Senin

    ok je..tapi malam tadi kekenyangan tahap kritikal la..hehehhe

    ReplyDelete
  2. @Kyra

    alhamdulillah...dapat gak apa yang di idamkan...

    ReplyDelete
  3. pulut panggang!!faberet giler2!!suke yg ade kepala tu compare yg plain =)

    ReplyDelete
  4. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip servis bleeding brake kereta

    Pulut panggang bazar tempat aku ...2 keping seringgit mahal betulllll..... kecik plak tu... tak sedap serunding dia

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...