Friday, March 30, 2012

Adik Terpaksa Rela Bila Abang Jadi Babysitter



Selamat petang


Muncul kembali dalam blog nie..kerja opis menimbun la sekarang nie..
Nie pun cepat-cepat update sebelum blog nie berhabuk...


Abang long memang abang yang "penyayang" dan boleh diharap bila disuruh jaga adik...


Boleh percaya ker????


Tengok nie BABYSITTER zaman IT nie..


 Adik terpaksa pasrah dalam TAK RELA bila babysitter begitu tekun dengan teknologi IT terkini


Memang boleh "diharap"...Sabar je la adik ngan kerenah Abang long


Tunggu adik besar sikit, baru turn adik plak main game ye...
Adik nie memang sayang sangat kat Abang long dia..


Abang buat apa pun adik still diam jer....
Letak lama-lama kat riba abang pun diam gak
Kekadang Adik yang over bercakap sampai menjerit-jerit tapi abang long nie bila dah ngadap game, adik menjerit pun buat tak dengar jer...hehehe

Tuesday, March 27, 2012

Kuala Lumpur Bonsai & Orchid Show 2012 @ Taman Botani Perdana



Selamat petang

Edisi jalan-jalan kasi lebih sihat hari Sabtu (24/03/2012) baru-baru nie...
Kengkonon nak bawa anak-anak g beriadah sikit sambil main-main kat playground di Tasik Perdana di waktu-waktu petang..sekali lain plak jadinya...

Tengok kereta lebih banyak dari biasa...Aku start musykil..
Rupa-rupanya ada "Kuala Lumpur Bonsai @ Orchid Show 2012"

Jom layan gambar kitorang kat sana..malas aku nak membebel bebanyak kat sini...

23 - 27 Mac 2012 (Jumaat - Selasa)

Sejak bila erk Tasik Perdana dah tukar nama ke Taman Botani Perdana nie????...hmmmmm

Masih sempat kalau nak singgah tengok hari nie
 


 Rock beb...ke sana sini asyik la mengusung senapang tue...

 Sekitar kedai jualan orkid dan bonsai

 Posing anak beranak

Duta Taman Botani Perdana..hehehe

 Orkid-orkid yang superb cantik..
Macam tangan aku nie, tak sesuai bercucuk tanam, maunya terus kojol orkid nie kalau aku yang tanam

Kalau bonsai nie besar, mesti best..

 Taman Botani Perdana yang semakin cantik lanskapnya

Air terjun lagi...tapi tak boleh mandi tau

Opsss malam sudah...bila la hujan nak berhenti nie...

Cuaca memang tak mengizinkan kami hari tue. Kat Kajang sikit punya panas terik, sekali bila sampai KL, hujan non stop...

Dapat tengok-tengok sekejap jer..lepas tue hujan turun dengan lebatnya. Dah terkandas kami kat situ sampai ke malam...

Nak tak nak terpaksa gak redah hujan. Situ kan hutan, tak elok baby lepak situ memalam. Sepanjang jalan tak henti-henti la mulut baca ayat kursi jer...Tapi memang terasa la ada mata yang memandang kita...

Nak pergi parking memang jauh, maka terus g kedai makan kat luar tue..
Tuan Tanah plak terpaksa menapak sengsorang g ambik kereta kat dalam tue. Yang tak tahan tue, boleh plak kawasan tue takde lampu jalan. 

Yang tinggal hanya kereta kitorang sahaja. Maybe tempat tue "keras" sikit, Tuan Tanah cakap dia, boleh plak dengar macam suara kami anak beranak macam follow dia dari belakang. Padahal kitorang lepak kat kedai makan jer....

Aduh seram la plak...mujur aku tak offer diri g ambik kereta. Kalau tak mau aku kejung kat parking....hehehe

Rasa Macam Nak Balik Rumah Jer Bila Stress Buat Kerja Opis



Selamat petang


Serabut betul kepala hari nie..kerja dah makin menimbun-nimbun atas meja..
Semua ruang kat meja nie dah penuh...takde ruang kosong langsung..


Kerja semalam membawa ke hari nie pun masih tak siap lagi..
Dapat plak kerja baru...
Aduhhhh laaaa


kredit to mr google


TENSION & STRESS !!!!!!

Saturday, March 24, 2012

Roti Sardin Gulung - Ringkas dan Cepat



Selamat pagi...

Pepagi cuti nie sedap buat menu sarapan yang ringkas-ringkas..Tak payah kotorkan dapur sangat..Lepas tue boleh la g jenjalan, siap boleh bawa bekal g berkelah sekali..hehehe

Close up kasi jelas sikit

Alamak kabur plak part inti nie..hehehe


ROTI SARDIN GULUNG


Bahan-bahan :
roti gardenia / roti putih jenama apa-apa la
2 biji telur
Serbuk roti / breadcrumb
Sardin
Minyak secukupnya untuk menggoreng ye


Bahan-bahan & Caranya : Inti Sardin 
(kalau ada balance sardin tak abis menu tengahari tue,boleh la keringkan kuahnya dan buat inti sardin untuk roti sardin gulung ye) 
1 tin sardin tin kecil (lenyek sampai hancur, kalau rajin boleh la keluarkan tulangnya)
1 biji kentang (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar cili giling
2 sb gula
1 keping asam keping/ asam gelugor
2 sb sos cili
1 cawan air
Garam secukupnya

 1. Tumis bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling, gula, sos cili, asam keping dan garam. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan sardin, kentang dan air.
4. Masak hingga kentang betul-betul empuk dan sardin menjadi kering.
5. Sejukkan. 
Nota : Jangan lupa keluarkan asam keping bila nak masukkan inti sardin nie kat roti ye...


Cara-cara : Roti Sardin Gulung
1. Lenyek roti hingga nipis.
2. Masukkan inti sardin.
3. Gulung dengan kemas.
4. Lekatkan gulungan roti dengan telur / tepung gandum + air
5. Lekatkan kedua-dua hujung tepi roti dengan telur supaya semasa menggoreng inti sardin tak terkeluar.
6. Celupkan gulungan roti tadi dalam telur.
7. Gelekkan pula dalam serbuk roti.
8. Goreng dengan api sederhana.
9. Angkat dan toskan. Sedia untuk di ngap..


Selamat mencuba ye


Friday, March 23, 2012

MAKIN BESAR MAKIN KUAT PLAK MENYUSU



Selamat pagi

Nak cerita kisah Abang long...Pening betul la kepala mama kau nie..Baru nak safe budget..sekali dah terover budget plak sekarang...Ingat dia dah tak minat minum susu bila dah makin besar nie..sekali makin kerap plak sekarang nie

Masa dia baby hingga la umur 2 tahun, abang long minum susu Enfalac A+..Masa tue murah lagi..satu kotak baru RM 40 lebih.....Keluar hospital lepas bersalinkan dia, hospital bekalkan susu tue, makanya...mamanya teruskan je la guna susu tue..Pernah g cuba tukar susu murah tapi dia tolak dan tak mau minum langsung..Terpaksa la berbalik semula ke Enfalac A+...


kredit to mr google


Bila dia dah umur 2 tahun, harga susu Enfagrow A+ pulak naik harga dengan mendadak...Terus cargas cari susu murah sikit dan berkualiti untuk perkembangan otak dan badan...Maka tukar plak ke Anmum..Memang jimat banyak la..

Sekarang Anmum kang dah takde gula..Dia plak kureng sikit..Bila minum satu botol, mesti dia tinggalkan setengah..Memang rugi la..Tiap kali buat mesti setengah je dia minum...Mungkin dia tak suka rasa terbaru nie...

Masa expo kat Mid valley itu hari..bila dia dah rasa susu enfagrow A+ dia suka plak..Maka tukar la kepada enfagrow A+ plus semula...

Susu nie makin anak kita besar makin murah harganya...Kalau untuk si Adik Enfalac A+ (650g) harganya RM 61.50 untuk satu kotak, dan untuk abang long plak Enfagrow A+ (650 g) harganya RM 39.50, kalau beli pek berkembar tue harganya RM 74.50. Kalau beli kat Tesco mesti harganya mahal, aku selalu beli kat kedai ubat cina...memang berbaloi-baloi coz harganya memang murah sesangat...lebih jimat..

Sekarang makin kerap dia minum susu dan pasti habis sebotol yang dibuat...Dan yang membuatkan aku akan terus setia ngan jenama Enfagrow A+ nie adalah aku tengok perkembangan minda dia dan kebolehan dia makin meningkat...

Setelah 2 minggu dia minum susu nie, perubahan yang paling ketara adalah, dia ada semangat nak belajar....Sebelum nie asyik kusyuk ngan main game jer kat laptop tue..Sekarang dia dah seimbangkan, lepas main game..belajar plak membaca ABC dan dengar nyanyian Alif Ba Ta dari kumpulan Alif yang aku download dari internet...Kekadang sehari suntuk nak belajar jer..

Aku memang tak suka paksa dia nak belajar...Maklum la kalau belajar secara paksa memang takkan masuk kepalanya...Bila dia ada mood baru ajar...Kekadang tengok mood mamanya gak, kalau mama dia rajin dan tak penat dapat la ajar...hehehe

Umur pun baru 3thn 6 bln...Lepas nie mungkin aku akan hantar dia g belajar kat rumah kawan Tok Maknya untuk belajar membaca sebelum dia masuk tadika tahun depan...

Budak tengah semangat nak belajar nie memang patut digalakkan. Soft book adik dia punya pun dia dah hafal gambar-gambar binatang tue...Sekarang aku tengah tunggu soft book yang lain plak untuk dia dan adik belajar serentak....

Tak sabar rasanya dan seronok tengok bila anak ada semangat nak belajar nie...

Jangan pulak berkira bab-bab beli susu nie ye...biar berhabis duit untuk perkembangan minda anak dan jangan pulak abis duit untuk enjoy katak jer...

Wednesday, March 21, 2012

SYOK BETUL DAPAT KAROAKE JAMBAN



Selamat petang

Siapa kat sini pernah g "karoake jamban"???

First time aku dengar nie bila Tuan Tanah sebut pasal karoake nie...Mana datangnya "jamban" plak???......hhmmmmmmm

 Confident jer macam kusyuk nyanyi jer..padahal seronok dengar suara sendiri bercakap-cakap...hehehehe

 Port karoake jamban yang murah...RM 1 satu lagu jer

 Abang long kusyuk pilih lagu...lagu ABC takde la sayang...

Cebik jer adik...nak tidur pun tak senang, abang long memekak tak hingat


Nak tau mana port karoake jamban nie????

Kat Tesco Kajang...Tempat mainan kekanak kat situ, sebelahnya jer...

Kalau badan kiut2 macam kitorang boleh la masuk 4 org sekali gus....Kalau badan gedabak2, rasanya 2 jer pun dah sesak nafas dok dalam tue

First time aku masuk tempat karoake seumur hidup nie...pastu dapat plak keluasan macam jamban rumah, tu pasal la Tuan Tanah panggil "karoake jamban" kot....

Budjet ciput, g situ je la...

Comel Jer Bila Baby Tidur



Selamat pagi

Nak kongsi aksi comel sesangat aku rasa bila tengok Adik a.k.a Hadif Iskandar tidur...

Bila tengok gambar nie rasa macam nak join sekaki jer tidur...BOLEHHH???


Lentok betul la atas bahu papa ye

Zoom kasi lebih jelas sikit

Ubah kedudukan tidurnya pun tak sedar-sedar gak...memang ngantok betul nie


Sekarang kalau g jenjalan, papanya la yang dukung, tak kuasa la aku nak dukung, dah makin berat dah si budak debab nie...ku semangat badannya....

Tuesday, March 20, 2012

Akhirnya Jumpa Gak Resepi Kek Pisang Yang Sedap



Selamat petang

Resepi kek pisang nie sangat-sangat sedap dan aku syorkan korang cuba..sedap dan sangat senang tau. Yang penting guna blender jer....itu yang kita carikan..hehehehe

Rasa kek nie macam kek pisang yang jual kat supermarket gak...Tak payah bazir duit beli..buat jer..Banyak juga resepi kek pisang yang telah aku cuba dan resepi nie memang kena ngan anak tekak aku la....




KEK PISANG MUDAH



Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

DEMAM...DEMAM DAN DEMAM LAGI



Selamat tengahari

Dah beberapa hari tak update blog..keja opis menimbun-nimbun, makanya berhabuk la blog nie..

kredit to mr google


Pelik bin ajaib betul la..dah hampir aku demam, selsema dan batuk tapi still tak elok2 jugak...Antibiotik yang doktor kasi hari tue pun dah abis..ubat demam, batuk dan selsema pun aku dah abiskan tapi tak elok2 jugak....ubat memang aku makan ikut waktu...tak pernah tinggal la

Bila malam jer..mula la penyakit demam datang...seram sejuk badan nie..siap bersweater dan berselimut pun still rasa seram sejuk badan nie...Lepas makan ubat elok sikit..esoknya sambung balik demam..aduhhh la...

Nak jumpa doktor yang selalu aku jumpa tue, dia plak cuti..terpaksa la aku bertahan sehingga esok...Jangan penyakit nie berjangkit kat anak-anak aku sudah la....

Friday, March 16, 2012

Mom & Baby Expo 2012



Selamat petang

Mengantuk betul petang-petang nie..Sempat la tertidur sekejap tadi masa bebudak lelaki g solat jumaat...Tapi still tak puas...Rasa macam nak tidur lagi jer

Hari nie nak kongsi satu berita gembira untuk ibu, mama, mummy dan mak-mak sekalian. Mungkin yang masih frust menonggeng ngan 3rd Maternity & Children Expo baru -baru nie kat Mid Valley. Sama la macam aku gak..

So sekarang jangan bersedih lagi..start kumpul duit dari sekarang kerana akan ada expo baby lagi di Mid Valley. Buat warga Johor dan sekitarnya boleh la g serbu expo baby yang akan diadakan dalam masa terdekat nie..Kat Mana??????

Ops tengok dulu cover majalah nie..jangan lupa beli majalah nie, banyak info untuk anda dan baby...

































Scroll dulu ye














































 MOM & BABY EXPO

Expo @ Danga Bay Mall, JB : 23 - 25 Mac 2012 (Jumaat - Ahad)
Pusat Pameran Mid Valley, KL : 11 - 13 Mei 2012 (Jumaat - Ahad)
Pusat Pameran Mid Valley, KL : 27 - 29 Julai 2012 (Jumaat - Ahad)
Expo @ Danga Bay Mall, JB : 05 - 07 Oktober 2012 (Jumaat - Ahad)
PISA, Pulau Pinang : 07 - 09 Disember 2012 (Jumaat - Ahad)


Aduh tak sabarnya nak tunggu bulan 5 dan 7 nie....Harap-harap kali nie tak mengecewakan la..So apa lagi catatkan dalam kalender korang untuk shopping nanti....jangan plak ada yang terlepas kali nie...

Thursday, March 15, 2012

Hadif Iskandar Dah 4 Bulan



Selamat petang

Pejam celik pejam celik..mujur la aku celik lagi...anak aku Hadif Iskandar dah berusia 4 bulan hari nie.

Jom layan gambar budak 4 bulan

 Rajin betul anak mama gigit soft book ye

Sekarang bagi jer buku nie memang dia akan leka jer main

 oiiittt..terkejut ye..sampai macam tue sekali besar matanya



Dah masuk 4 bulan, hadif iskandar tak perlu cucuk..kena tunggu 5 bulan plak baru kena cucuk ye...

Perkembangan bayi anda pada usia 4 bulan 


Makan kurang kerap

Apabila bayi anda mencapai usia empat bulan, perutnya sudah membesar jadi dia tidak lagi perlukan makanan begitu kerap – hanya empat atau lima kali sehari. Namun begitu, berat badannya masih bertambah – keperluannya untuk mengambil makanan menurun apabila dia menjadi lebih besar, lebih mirip kepada kekerapan kanak-kanak yang lebih tua atau orang dewasa. Sekarang di waktu makan, perhatiannya mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun anda seronok apabila melihat dia sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, anda mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit. Sekiranya bayi anda mudah ralit dan tidak menumpukan kepada makanannya, carilah satu tempat yang lebih sunyi untuk memberikan dia makan.


Bakat baru pusing meniarap dan menelentang

Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya.


Masa ini untuk makanan pepejal?

Bagi empat ke enam bulan pertama dalam hidupnya, bayi anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula. Namun begitu, didapati bahawa ibubapa sudah mahu mula memberi makanan pepejal. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mencuba pepejal. Anda boleh mulakan dengan memberinya sedikit pepejal (iaitu makanan lembik seperti makanan bayi yang dipuri atau bijirin bayi) memandangkan saluran pencernaannya sudah agak matang dan refleks menjolok lidah keluar semakin lenyap. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menggalakkan ibubapa agar menunggu sampai bayi berusia enam bulan. Dengan tidak memberikan pepejal terlalu awal, anda boleh mengurangkan reaksi alergik dan menjaminkan yang susu ibu dan formula dalam diet bayi anda tidak dikurangkan.


Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut

Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan.

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi.


Kini mampu bermain sendiri

Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala.


Mula memahami peranan bahasa

Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti "ma-ma" atau "da-da." Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu.


Memahami rampaisari warna yang pelbagai

Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi. Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.


Lebih memilih orang

Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya.

Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga. Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.

 kredit to babycenter

Cara Mengatasi Masalah Hidung Tersumbat dan Batuk Berkahak Pada Bayi



Selamat tengahari

Semua ibu pasti tak tidur lena kalau anak yang masih kecil mengidap selsema dan batuk berkahak...
Petang semalam, masa ambik budak-budak tue kat rumah tok mak..memasing tidur tak sedarkan diri....

Angkat masuk rumah pun tak sedar gak...Yang paling kesian dekat Hadif coz tidur dia asyik terganggu dengan hidung yang tersumbat dan kejap-kejap batuk...

Dia tidur pun mengeluarkan bunyi jer..

Terus aku angkat tepuk-tepuk belakang dia dalam 15 minit terus tidur dengan nyenyak dan aman tanpa bunyi lagi...Kaedah nie nurse kat KPMC yang ajar aku masa Hadif baru umur 39 hari..Masa tue dia kena selsema dan batuk berkahak yang teruk...

Sampai terpaksa g hospital 2 hari berturut-turut untuk sedut kahak..Mujur ada nurse yang baik hati ajar kaedah untuk hilangkan kahak pada bayi...

Kat sini aku nak kongsi ngan korang kaedah yang aku jumpa dalam internet dan sangat-sangat berkesan di amalkan :


Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

Baca lanjut kat SINI

dan

Teknik tepukan percussion. Cara melakukannya ialah (boleh lihat di sini untuk penerangan bergambar) : 

  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. 
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. 
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
 kredit to AnamarzaBlog.com




Wednesday, March 14, 2012

Penyakit Tiga Serangkai Datang Lagi



Selamat petang

Baru hari nie dapat update blog sejak sakit dari hari Jumaat lagi..Sakit-sakit pun aku redah gak g expo Mid valley itu hari...

Sabtu dan Ahad tolong katering ibu mertua ku...Hari Isnin terus tumbang...Sekali dapat sakit penyakit 3 serangkai...

kredit to mr google

Kalau dapat 1 penyakit nie, pasti akan menyusul lagi 2..Mula-mula demam, pastu dapat plak batuk dan akhirnya selsema....

Punya la aku tahan diri dari cium anak-anak coz takut diorang berjangkit..Takde maknanya...kalau dah nak kena memang tak boleh nak elak...

Aku berjangkit dari Abang long..pastu bila dia dah sihat..bersambung ke aku..tak sempat aku nak sihat kena plak kat Hadif...

Kesian sangat kat Hadif coz dengan selsema dan batuk..memang dia tak selesa la bila nak menyusu...Bila batuk jer mesti termuntah dan keluar kahak...

Dah bawa g jumpa doktor semalam, mujur doktor cakap paru-paru ok dan dia pun tak demam just selsema dan batuk jer...

Nie pun terpaksa aku pasrah hantar dia g umah tok mak...semalam aku dah EL jaga dia..so terpaksa la kerja hari nie..mana boleh lama-lama cuti, kang makin menimbun kerja aku kat opis tue...

Harap-harap cepat la sembuh anak aku tue....

Friday, March 09, 2012

3rd Maternity & Children Expo - Mengecewakan Betul



Selamat malam

Baru sampai rumah terus nak update citer pasal aku g Mid Valley tadi...
Mujur la sampai awal kalau tak penat jer datang....

Masuk jer ruang legar/dewan "3rd Maternity & Children Expo" tue...terus terkedu...Dalam hati aku masa tue "Macam nie je kali nie..penat jer aku tunggu-tunggu"

Memang mengecewakan...Tak sebesar macam dulu...sampai naik lenguh kaki berjalan. Baju untuk baby pun tak banyak choice...Memang rugi la aku datang malam nie

Aku rasa pusing tak sampai 30 minit dah abis....


 Model tak berbayar..datang pun pakai baju tidur jer

 Expo yang lalu..tengok masing2 kiri kanan tangan penuh. Kali nie ada yang balik lenggang kangkung je lepas keluar expo..


Barang yang aku berjaya rembat...ingat nak beli baju..sekali tengok tak banyak choice, terus CANCEL

Abang long dan Adik yang keletihan...balik terus pengsan tak sedarkan diri

Kalau sesiapa nak terjah boleh la coz expo nie bermula :

9 - 11 March 2012
10 pagi - 9 malam

Selamat berhujung minggu..esok start sale kat JUSCO..so kalau tak berkenan kat expo tue, boleh la shopping kat Jusco


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...