Selamat petang..
Nie kali kedua aku buat Pavlova 3 hari lepas...First time dulu tak cukup bahan..tengok SINI
Haaa..sekarang bahan dah cukup
Mujur cepat aku buat, kalau tak..terbuang la buang strawberi yang aku beli tue
Tunggu harga strawberi murah baru la boleh beli kalau tak, pandang je la buah tue kat pasaraya...
Ada tragedi berlaku time aku buat pavlova nie..Start masak Pavlova nie dari pukul 9 malam..dah pukul 10, pavlova pun siap la dibakar...bersemangat la aku nak buat whipping cream sementara nak tunggu pavlova nie sejuk dalam oven....sekali keluarkan whipping cream dari petisejuk...dah kejung la plak dan berbau...alamak whipping cream plak dah tak boleh pakai....
Tengok jam dah pukul 10 lebih..comfirm la kedai baking dah tutup..nak tak nak, terpaksa la g beli kat Tesco..Tuan Tanah plak jadi bujang malam tue keluar ngan kengkawan..
Terpaksa la seret anak-anak g Tesco malam-malam...Dah la masa tue Abang long demam..terpaksa la ikut gak mamanya malam-malam g Tesco..Sampai Tesco sihat la plak abang long nie...Balik Tesco, sambung balik demam..hehehhe
Whipping cream nie kalau beli kat Tesco maunya 20 hinggit ke atas..kalau beli kat kedai Baking baru RM 15.90 jer untuk 1 litre..lagi jimat...Dah darurat sangat, terpaksa la beli gak tapi aku beli yang 200ml jer....murah sikit...
Kalau sesiapa nak cuba buat Pavlova nie, aku cadangkan korang beli la buah-buahan macam strawberi, kiwi atau anggur untuk letak atas tue..baru la NGAM nak makan...balance rasa manis Pavlova tue ngan buah-buahan tue...kalau just makan Pavlova ngan whipping crem jer..kompem la peratus korang nak dapat kencing manis cepat...hehhehehe
Alamak kabur la plak...
Aduh..betul-betul menggoda jiwa...
Kasi lebih jelas...
PAVLOVAresepi : puan nano @ life is sweetsumber : dayu @ hidayu's jurnal
Bahan-bahan Meringue:3 biji putih telur1 cawan gula icing3,4 titik esen vanilla3,4 titik cuka1 sudu besar tepung jagung
Bahan-bahan topping Cream :
250ml whipping cream (boleh jugak nak tambah gula ke, madu ke, nak bagi manis skit. tp meringue tu sendiri dah manis.. so tak perlu kot)(lepas nie nak buat kena guna 300ml punya whipping cream plus sikit gula icing, baru puas nak makan)
Cara-caranya: (sangat mudah)
1. Untuk buat meringue: Pukul 3 biji putih telur ngan gula icing, guna high speed terus. Pastikan tiada bercampur kuning telur. Bekas kena kering betul-betul. Tak boleh ada air langsung. Kalau tak memang tak jadiklah meringue ni. Putar dalam 15 min. Putar sampai bila kita terbalik kan mangkuk tu, tak meleleh.
2. Kemudian masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung. Gaul kasik sebati guna sudu.
3. Kemudian alas loyang guna baking paper.Panaskan oven sebelum masukkan meringue ni. Guna suhu 150.
4. Bakar selama 50min. Guna api bawah je. Suhu 120. Dalam masa sejam tu, meringue ni akan mengembang, dan merekah sikit. Jangan risau.. itu petanda molek. Tak perlu menangis depan oven. Selepas 50min, bakar pulak guna api atas bawah selama 10min.
5. Bila dah siap bakar selama sejam. Biarkan meringue ni sejuk dalam oven. Jangan keluarkan. Jangan risau kalau dia mengecut.. takpe. Yang penting jangan kuarkan dari oven, nanti dia sudden drop. Biar dia drop slowly.6. Sementara tunggu meringue tu sejuk, bolehlah putar whipping cream sampai dia kembang. Sementara tu boleh wrapped dan sejukkan dalam fridge. Bila meringue dah sejuk, bolehlah sapu whipping cream atas meringue. Dan hiaskan lah dengan buah-buahan pilihan.
wahhh..sedapnyeeeee..whipped cream ngan strawberry peberet sepanjang zaman..;D
ReplyDeletetengok strawberi pun dah kecur liur..hhuuuh
ReplyDeletetengok strawberi pun dah kecur liur..hhuuuh
ReplyDeleteawww that's too much tempting. :)
ReplyDeletexpernah makan pavlova ni..nanti leh la try..
ReplyDeletetringin nyer nk mkn
ReplyDeletewah...dah buat pavlova..bla nak kasik sya rasa pavlova ni...
ReplyDelete@Falsya
ReplyDeletesama la kita...kayrul kalau makan whipped cream ngan strawbery memang dah tak pandang ke lain dah..kejap jer licin..hehehe
@Pen Biru
ReplyDeletebaru tengok strawberi belum rasa semuanya..kompem meleleh nak lagi...hehehe
@Rtp Farra Arisha
ReplyDeleteboleh cuba nie
@!k@
ReplyDeletesesekali try resepi mat saleh nie..memang terangkat la
@Nyamuk Terbang
ReplyDeletekalau teringin nie..kena la cuba kalau tak..kang termimpi-mimpi la plak
@intan morsalin
ReplyDeletealamak....dah abis la..hehehe
wahhh, terliur, kite lak jeles ni,
ReplyDeletesbb lately buat pav kdang2 xjd crunchy, xtao sbb pe :(
waaah..dh lame kakno berkenan kat pavlova nih..lom ade rezeki nk buat lagi nye...suka la kakNo tengok yg kayrul buat..cantik dan betul2 menggoda..
ReplyDeleteeh igt kan kat tesco sume bende murah2...upenye de gak yg harga lebih tinggi ye...
@nanonano
ReplyDeletealamak tokei pavlova datang singgah la...maybe masalah oven kot..cuba lagi ye cik nano
@No Lan
ReplyDeletekena try buat nie kak no..mesti abg tambah2 sayang..hehehe
tesco tue tak semua barang murah..ada yg mencekik darah gak..kena pandai survey la