Selamat pagi...
Pepagi cuti nie sedap buat menu sarapan yang ringkas-ringkas..Tak payah kotorkan dapur sangat..Lepas tue boleh la g jenjalan, siap boleh bawa bekal g berkelah sekali..hehehe
Close up kasi jelas sikit
Alamak kabur plak part inti nie..hehehe
ROTI SARDIN GULUNG
Bahan-bahan :roti gardenia / roti putih jenama apa-apa la2 biji telurSerbuk roti / breadcrumbSardinMinyak secukupnya untuk menggoreng ye
Bahan-bahan & Caranya : Inti Sardin(kalau ada balance sardin tak abis menu tengahari tue,boleh la keringkan kuahnya dan buat inti sardin untuk roti sardin gulung ye)1 tin sardin tin kecil (lenyek sampai hancur, kalau rajin boleh la keluarkan tulangnya)1 biji kentang (potong dadu)1 labu bawang besar (potong dadu)1 sudu besar cili giling2 sb gula1 keping asam keping/ asam gelugor2 sb sos cili1 cawan airGaram secukupnya
1. Tumis bawang besar hingga naik bau.2. Masukkan cili giling, gula, sos cili, asam keping dan garam. Masak hingga pecah minyak.3. Masukkan sardin, kentang dan air.4. Masak hingga kentang betul-betul empuk dan sardin menjadi kering.5. Sejukkan.Nota : Jangan lupa keluarkan asam keping bila nak masukkan inti sardin nie kat roti ye...
Cara-cara : Roti Sardin Gulung1. Lenyek roti hingga nipis.2. Masukkan inti sardin.3. Gulung dengan kemas.4. Lekatkan gulungan roti dengan telur / tepung gandum + air5. Lekatkan kedua-dua hujung tepi roti dengan telur supaya semasa menggoreng inti sardin tak terkeluar.6. Celupkan gulungan roti tadi dalam telur.7. Gelekkan pula dalam serbuk roti.8. Goreng dengan api sederhana.9. Angkat dan toskan. Sedia untuk di ngap..
Selamat mencuba ye
saya pun mmg akan grab sardin roll ni before pi kelas pepagi. mmg sedap, tambah2 kalu sardin tu pedas ^_^
ReplyDeleteLenyek-lenyek roti yang bestnya... sebab anak-anak rajin bantu, kami memang suka menu begini untuk sarapan pagi.
ReplyDeletesedap jer...nak wat lah nanti :)
ReplyDeletekalau gantikan roti gardenia dengan brand roti lain tak pe ke?..
ReplyDeletemaaf ye lambat sangat reply...nak guna apa2 jenama roti pun boleh...
Delete