Monday, January 09, 2017

Resepi Vietnamese Spring Roll



Makanan nie pernah femes jap kat group MAHN...macam biasa la dah habis viral baru aku gigih nak buat..padahal dah beli rice paper tu dah berbulan2..semalam hari rajin masuk dapur..so semua benda yg aku tingin nak makan..aku buat sekali gus..bahan2 tu ikut apa yg ada kat peti ais je..hihihi

Sila duduk dapur dari pagi ke malam..klu nak masak macam2..hihihi

Resepi Vietnamese Spring Roll



Bahan-bahan:
Spring roll paper - boleh cari kat tesco
Udang yang dibuang kulit dan direbus sekejap
Suun direbus hingga lembut
Lobak merah diparut memanjang
Daun sup



Cara-cara:
1. Rendam sekejap spring roll paper dlm air suam..dlm 3-5 saat je.
2. Angkat dan letakkan bahan2 seperti udang, lobak merah, suun dan daun sup.
3. Gulung macam buat popia goreng tu..siap.

Nak letak ketam, timun, salad ke..boleh je...jgn letak dlm kuantiti byk kang susah nak gulung...sedap Vietnamese Spring Roll nie..sesuai sgt utk korang yg nak diet dan amalkan gaya makan yg sihat...

Lagi terangkat cicah ngan sos cili thai..

Resepi Tauhu Bunga



Baru first time nak try buat Tauhu Bunga..sebelum nie pernah rasa...kali nie cuba plak nak buat sendiri...kemain besar plak bunganya...Gigih cari kat internet resepi tu...tapi x ramai plak yg up pasal resepi tauhu bunga tu...pastu buat aku blur cara masak tu...

Yang pasti kulit tauhu tu akan jd rangup..so kita hentam je la letak isi tauhu bunga ikut anak tekak kita ye...

Resepi Tauhu Bunga



Bahan-bahan :
Tauhu Goreng/kering (beli kat Tesco je)



Inti :
2 keping Daging Cincang Ramly
Daun sup dan daun bawang - agak2 la nak banyak ke sikit
Isi tauhu - korek kluar isi tauhu
Lobak merah - parut memanjang
2 biji telur
Serbuk perasa



Cara-cara :
1. Belah 4 tauhu - gunting sikit je bahagian atas tauhu dan keluarkan isi tauhu dan terbalikkan bahagian dlm ke luar. Hati2 semasa nak terbalikkan bahagian dalam tauhu ke luar..buat perlahan-lahan.
2. Gaul sebati semua bahan2 utk inti dan sumbatkan ke dlm tauhu.



3. Panaskan minyak dan goreng tauhu secara terbalik - maksudnya goreng bahagian kelopak bunga dulu.
4. Kemudian baru terbalikkan utk menggoreng ke bahagian sebelah bawah plak. Gunakan separuh minyak sahaja. Jgn penuh sgt.
5. Dah garing..boleh la angkat


Inti bahagian dlm tauhu x kisah nak letak apa..boleh pelbagaikan ikut citarasa sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...