Saturday, December 24, 2016

Hokkaido Baked Cheese Tart..sedap sangat ke?



Hari nie g jalan2 kat Ioi City Mall Putrajaya...dapat la membeli Hokkaido Bakef Cheese Tart yg tengah viral tu...

Benda viral harus la semua org nak cubakan...nak tau betul ke sedap sangat sampai ada yg terjebak beli banyak...

Rupanya husband pernah terbeli gak..dia kata sedap..beli sekotak..konon nak bawa balik bg anak isteri makan sekali...sekali tersedap terhabis la dia sorang makan..gggrrr

Saja tau buat kita nie teringin nak rasa..kawan2 fb pun ramai yg dah terjebak beli...harus la semangat membuak2 nak cuba gak..

Terus beli sekotak...tamak sgt tu..beli 5 biji percuma 1...harga RM 5.80..klu dah dpt 6biji..harga jd RM 29.00...urut dada nak bayar...sbb teringin nak rasa terus pejam mata la bayar je..huhuhu


cantik kotak tu...


bahagian dlm pun elok je..xde la tergolek2 cheese tart tu kang


kemain menggoda cheese tu


susun plak luar kotak...kasi tergoda lg

Bagi aku yg pertama kali cuba hokkaido baked cheese tart nie..aku bg 2.5 bintang je dr 5 bintang...xde la sedap giler2 mungkin kat tekak aku la..tekak org lain aku x tau...

Sebabnya aku dah pernah makan cheese tart yg lg sedap...makan sekali nak berkali2...itu yg buat aku terasa sayang nak makan...1 biji tu boleh buat aku ambik masa yg lama nak habiskan...rasa nikmatnya gigit sikit2...

Cheese tart tu aku beli kat kedai bakery dlm ioi city mall gak..alamak terlupa plak nama kedai tu..nanti bila aku g lg kedai tu..aku update nama kedainya..hihihi..maklum la urat dah byk putus..habis lupa..mujur makan x lupa..hahaha

Bagi korang yg teringin nak rasa gak sedap ke tak hokkaido baked cheese tart nie kat tekak korang..boleh la cari kat ioi city mall..kedai tu berdepan ngan pintu masuk Tesco..


dari jauh dah nampak nama kedai..hihihi


betul2 berdepan ngan tesco..


Selamat merasa buat penggemar cheest tart...

Thursday, December 22, 2016

Kem Cuti Sekolah Yang Pertama Haikal Danish



Dah lama tertangguh nak update kisah Haikal Danish g kem..


Ini merupakan kali pertama Kem Cuti Sekolah yang Haikal sertai...tahun lepas ingat nak masukkan Haikal ke kem cuti sekolah nie tapi had umur untuk menyertai kem selalunya bermula umur 8 tahun..


Tahun nie Haikal dah 8 tahun boleh la join...gigih cari kem untuk musim cuti nie...klu boleh nak dekat2 kawasan rumah je...x de la jauh kitorg nak menghantar dia..


KEM SMART 3A


Bayaran untuk seorang RM 299.00 bagi 3 hari 2 malam.
Tarikh : 8-10 Disember 2016 (Rabu - Sabtu)
Tempat : Photon Valley Hulu Langat, Selangor


Sebenarnya kitorg rahsiakan daripada Haikal tarikh dia akan ke kem nie..taknak dia mengamuk x nak pergi plak...seminggu sebelum pergi baru dia tau..tapi kitorg xde la ulang ayat kata dia nak g kem..senyap2 sudah..


Esoknya nak kena g Kem baru kitorg bagi tau..mula la edisi drama air mata budak x nak pergi kem...
Dia ingat dia nak kena duduk sana selamanya..hahaha


Menangis la sampai bengkak2 mata sampai tertido...esok paginya mujur mood dia dah ok...baru kitorg cakap yg dia g sana tido 2 malam je...baru la dia lega..


Jauh tempat nie..area Batu 19..hampir nak ke Sg Congkak jauhnya
Semangat nak g Kem...senget2 bahu usung barang dia..x mo org tolong...
Berkabus pagi2 kat kawasan tu..kompem tido malam sejuk nie


 Kembang2 hidung nak ambik gambar...hahaha


 Mana ada abang di situ ada adiknya...ikut tu adik pun nak join g kem ngan abang...apakan daya umur x cukup lagi la dik..hihihi


 Photon Valley Eco Resort


 Ingatkan x ramai rupanya dekat 200 org budak yg join kem tu


 Ini hari terakhir Haikal kat situ..ada sesi Ibu Bapa kejap..pastu baru anak2 dibenarkan masuk..
Masa nie diorg ada nyanyi lagu..menusuk jiwa la..nampak la ada anak2 yang menangis..


 Salah seorg budak yang menangis,..hahaha


 Ini lagu mak pak kena nyanyikan plak...adoi la cikgu nie..kenapa la bg lagu macam nie...buat mak pak join sekaki nangis la..huhuhu


 Dah habis mak pak nyanyi..sesi anak2 bertemu ngan mak pak plak...masing2 rindu kat anak2



 Dapat gak Sijil Penyertaan


 Klu korang nak anak2 korang join kem macam nie..boleh la call no kat atas tu ye


 Walaupun seram sikit tengok keadaan bilik tu tapi ok la sebab Haikal xde la plak merungut x selesa..
Dia enjoy je sebab dapat kenal ramai kawan2...


Yang x tahan dengar tu..dia boleh x mandi sepanjang duduk sana...adoi la nak...klu kena g sebulan gamaknya sebulan gak la kot x mandi...


Nie la manja sangat..kat umah pepagi papa mandikan ngan air panas..hambik ko kat sana xde sape nak masakkan air panas...mandi la air sungai yang sejuk gilers tu..hahaha


Muka tetap ceria dapat balik sudah...


Nampak la matang sikit sejak balik nie...rajin nak solat dah klu di suruh...ok tahun depan kita boleh hantar kem lain plak...hihihi



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...