Tuesday, October 11, 2016

PERTAMA KALI DERMA DARAH



Dah lama teringin nak derma darah tapi punya la penakut yang amat...dari zaman belajar kat Kolej dah tau bab2 derma darah nie tapi aku x berani nak join kawan2 g derma darah.


Plak tu dengar citer macam2 pasal derma darah..makin seram nak derma..


Aku membayangkan banyak giler darah akan diambil plak tu akan ambik masa berjam2 untuk derma darah nie...mesti letih menunggu lama giler nak derma darah nie...semua tu x betul pun lepas aku join derma darah Sabtu lepas kat sekolah Haikal..


Kebetulan ada Hari Menderma Darah masa Karnival Usahawan Muda Senada 2016...
Pujuk2 laki nak try menderma sekali jer...dapat la join...


 Lone ranger je g derma darah sorang2..laki ngan anak2 tengah tunggu nak masuk Rumah Hantu

Isi borang derma darah pastu beratur untuk test darah, nak tau kita darah jenis apa..Ok la aku Darah Jenis O...

Ada 3 peringkat la nak lalui sebelum naik atas kerusi sakti tu..

Sebelum derma darah tu, kena habiskan setengah botol air dulu..


 Tak lama pun tunggu..kejap je dah sampai turn aku...kemain laju jantung punya berdebar2 tu

Cepat2aku togak setengah botol air mineral tu..memang diorg akan bg 1 botol air untuk kita minum sebelum menderma darah tu..


 Seram tengok jarum diorg nak cucuk tue..eh sampai hari nie berlubang kecik lg...kesan jarum tu...dah la panjang giler...hahahaha


xde orang yang nak tolong ambikkan gambar..kita selfie sendiri2 je la


Tak sampai 10 minit pun darah dah penuh satu pek tu...


Kejap je rupanya...Nurse pun ada pesan, klu tiba2 rasa pening dan nak muntah kena bagi tau cepat2..nanti diorg stopkan pengambilan darah


Lepas diorg dah tanggalkan semua jarum..nanti korang kena rest dalam 10 minit macam tu baru boleh balik...


Dapat makanan dan minuman FREE lepas derma darah..pakej sekali ubat yang perlu dihabiskan dalam masa 6 hari..

Alamak terlupa kat mana aku letak ubat2 tu...takpe la kot..dah makan byk sayur dan buah-buahan lepas derma tu..hihihi


Aku dah dapat satu buku khas untuk kita gunakan bila g menderma darah..


Kagum tengok ada yg dah hampir penuh buku menderma darah...aku baru nak mula..tapi biar mula sekarang dari x mula langsungkan....


Moga darah yg aku dermakan bermanfaat untuk orang2 yang memerlukan..


Korang2 yang nak derma darah x perlu takut...prosedur pun x leceh sgt...sekejap je proses pengambilan darah tu..


Pening kepala tak lepas ambik darah???
Memang pening kejap kepala aku....x sampai setengah jam pun pening tu..sebab lepas ambik darah boleh plak join Karnival Usahawan Muda..berjalan ukur sekolah..memang la pening kejap..


Cuma nurse pesan, lepas ambik darah jangan aktif dalam tempoh 4-6 jam..balik rehat je..
Lepas Karnival g jalan2 ukur mall plak sampai lupa diri..hahaha...jgn tiru gaya aku tau...


4 comments:

  1. huaaaa stedi nya muka khai derma darah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sakit pun ciknaa...kejap jer pun...

      Delete
  2. tak pernah derma darah...tak cukup berat...katanya 45kg above ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah klu kurang 45kg x sesuai nak derma darah

      Delete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...