Dah macam ahli falsafah plak nak kasi tip-tip nie...nie bukan tip yang selalu korang kasi lepas budak hotel angkat beg tu tau...dan juga bukan tip penjimatan minyak masak.
kredit to mr. google
Ini adalah tip penjimatan minyak petrol dan diesel. Hasil aku mentelaah surat khabar Berita Harian sehari suntuk nie, maka aku nak kongsi la untuk korang jugak. Mana la tau ada yang tak sempat nak baca newspaper hari nie..Tak gi tue???
- Elakkan isi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi/malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan bertumpatan yang tinggi.
- Pastikan anda gunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.
- Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
- Kurangkan perjalanan jarak dekat.
- Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ianya akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.
- Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
- Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
- Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.
- Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan.
- Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.
- Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.
- Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol (tukar 40 000 km sekali)
- Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
- Matikan enjin ketika sedang menunggu.
- Gunakan tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
- Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
- Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
- Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
- Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
- Elakkan mengisi minyak ketika lori minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.
Kredit to Berita Harian (Khamis, 21 April 2011)
Tip yang aku selalu guna buat masa nie la...tip no. 1, 17 dan 19. Lepas nie kena amalkan tip yang lain gak nie..baru lebih jimat minyak kereta aku...hehhehehe
Korang macam mana, ada tak amalkan tip2 yang kat atas nie????? Jom kongsi sikit....
Perahan Otak : Tuan Tanah la
hihi.nice tips! >.<
ReplyDeletekalau bwk 90km/jam alamatnya lambatla sya sampai opis...huhuuh...bla kua awal kna tempuh jem la plak....
ReplyDeletehampir kesemua tips diatas saya ikuti..tengoklah betapa berhemahnya saya..,,,,ke ....kedekut....muahaahaaaa.
ReplyDeleteuihh best tip2 ni...abang balik nanti nak suh dia baca...thanks for the entry (wah...spiking)
ReplyDeletexd kete so, xtau tp tgk abah cm xamalkn je tip2 ni.. ikut suke ati dy je.. xtau la plak skrg hehehe
ReplyDeletejemput singgah ANASAURUS :)
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Honda ex5 dan Honda wave
uihhhh minyak mahal wehhhh ni lah cara nyer nak berjimat... bagus tu... aku pun mula terasa sesak nak isi minyak ni....
yang no 20 tu dni baru tahu :)
ReplyDeletetip yang no 5 tu try explain sket...tingkat tu apa..??????
ReplyDeletesyairahmohdanuar : thanks ye
ReplyDeleteintan : ini mesti bawa keta laju pepagi nie..agak2 ada saman tak???hehehehhe
ReplyDeleteIna : nie terlebih berhemah nie...boleh jadi pemandu contoh nie...hehehehe
ReplyDeleteluckylizan : tip2 berguna memang patut dikongsi bersama nie
ReplyDeleteFarhana : takpe...bila dah ada kereta nanti baru la boleh praktis tip2 niee
ReplyDeleteAfzainizam : betul tue...kekadang rasa nak isi air jer ganti minyak.....hehehhehe
ReplyDeleteArdini Humaira : sama la kita...baru gak tau
ReplyDeleteFitri Senin : hehehe...tersalah taip la....nak tulis tingkap
ReplyDeleteselalu isi minyak malam2.. jimattt.. :)
ReplyDeletebagus tips ni untuk kakNo yang baru bawa kete hehehe..selama ni Abang yang yg selalu bebel hihi...
ReplyDelete