Tuesday, October 21, 2014

Hari Deepavali 22 Oktober 2014 (Rabu) BUKAN 23 Oktober 2014 (Khamis)



Mujur la aku baca newspaper hari nie klu x maunya aku sorang je la datang kerja esok


Patut la banyak tempat percutian dah penuh, rupanya ramai yang dah start bercuti minggu lepas...Macam mana la aku boleh ketinggalan bab2 cuti nie...huhuhuhu


 Pelik mulanya newspaper mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali esok....aku pikir diorang salah cetak...

Tanya kawan opis, kompem esok deepavali


Tengok, kalender pun tulis 23 Oktober 2014 tue Hari Deepavali rupa-rupanya aku x sedar tarikh dah tukar...


Kelam kabut search internet nak tau punca naper tarikh diubahkan..

Tarikh rasmi sambutan Hari Deepavali 2014 pada 22 oktober 2014 di Malaysia. Dalam kebanyakkan kalendar tahun 2014, tarikh perayaan Deepavali yang sepatutnya disambut pada 23 Oktober 2014 adalah tidak tepat kerana perayaan Deepavali pada tahun ini telah ditukar kepada 22 Oktober 2014. Penukaran tarikh Deepavali tahun 2014 diputuskan oleh Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam berdasarkan kiraan kalendar Hindu ‘panjangam’. Untuk info, penukaran tarikh perayaan Deepavali daripada 23 Oktober kepada 22 Oktober 2014 dibuat selepas mendapat nasihat daripada pelbagai badan agama di India memandangkan kalendar Hindu berubah mengikut pergerakan planet.

Ok..dah confirm esok cuti..jangan korang memandai datang kerja plak..esok sila berehat2 kat rumah seisi keluarga ye....23hb Oktober 2014 (Khamis)..jangan lupa plak datang kerja...hehehehe
 

4 comments:

  1. ko kerja sorang2 je nanti keyrol.. ihihhi

    ReplyDelete
  2. ha3 ktorg laki bini pon konpius last week tp skng ni mmg esok cuti... bole p berkunjung umah sahabat india esok, yeayyyyy

    ReplyDelete
  3. Salam, wah byk gak yg konfius ya, tu lah tgk mak aku pun mati2 cakap deepavali esok, aku ckp hari ni lah mak. haha.. :p

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...