Friday, April 13, 2012

First Day Sekolah Dah Kena Rotan



Selamat tengahari...

Berhabuk berminggu-minggu blog nie...penulis tak berbayar nie sibuk balik kampung kat Penang, pastu masuk keja terus keja menimbun-nimbun non stop..Sekarang baru boleh update...

Pada 05/04/2012 (Khamis), first day Haikal Danish g sekolah. Memang bersemangat betul la. Sekolah a.k.a tueisyen kat kawasan perumahan aku nie jer. Tempat nie mengajar bebudak membaca dengan lancar. Haikal ambik pakej kelas Bahasa Inggeris.

Seronok la g kelas ngan sepupu dia Damia. Tak la boring. Kelas 2 kali seminggu (Khamis & Jumaat) dari jam 4.00 petang - 5.00 petang jer. 

Balik kelas terus mengadu kat Tok Mak cakap cikgu rotan..Aduh la cikgu. Baru first day dah kasi rotan ker???...

Terus esoknya dia g rumah Tok Mak cakap tak nak g sekolah lagi..Ingatkan main-main jer rupa-rupanya betul-betul tak nak g sekolah. Sampai mengigau-ngigau dalam tidur tak nak g sekolah.

Aku rasa mesti cikgu tue rotan kuat kot. Budak kecik mana reti nak tipu-tipu. Tambah-tambah dah mulut becok macam haikal nie. Semuanya nak ngadu.

Bila Tok Maknya call cikgu tue, takde plak dia bagi tau yg dia rotan haikal..cuma cakap haikal aktif sangat, tak reti dok diam. Biasa la budak baru umur 3 tahun 6 bln, mana la reti lagi. Plak tue bagi kerja sekolah punya la banyak. Pegang pensil pun tak reti lagi, dah kena kerah buat homework yang banyak. Giler kejam...huhuhu


 Bersungguh-sungguh cuba nak siapkan homework

 Beli pencil box Ben10 untuk kasi semangat nak menulis

 Muka teruja betul la

Dah siap kerja...

Sekarang bila cakap suruh dia g sekolah, laju jer cakap tak nak g sekolah. Takpe la haikal, belajar kat rumah dulu ye. Bagi betul-betul pandai menulis dulu. Takde la kena rotan lagi. Tahun depan kena paksa g sekolah jugak....

4 comments:

  1. Alahai..kesiannye.yg cikgu tu pun satu, nape nak dirotannye?dah haikal takut nak g sekolah

    ReplyDelete
  2. alahai siannye haikal kene rotan..cikgu pun kalau nak rotan, rotan la ala2 manja..kesian smp takut nak gie sekolah..

    ReplyDelete
  3. alahai ciannye die. br smgt nak ke sekolah kena rotan plak.

    takpe awal lagi. ibu die la kena ajar dlu hehe...

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...