Friday, October 05, 2012

Cream Puff Salju



Selamat tengahari 


Memandai-mandai jer aku bagi nama CREAM PUFF SALJU...hehehe


Aku try resepi dari blog acik Dayu...memang best dan mengancam. Berbaloi buat. Al-maklum la baru first time try rupa pun dah macam-macam bentuk. Apa ada pada rupa, janji masuk tekak sedap dan mengancam...


Ada besar ada kecik, dapat la 30 ketul sekali buat..Memang puas makan la dan jimat duit x payah beli kat luar...hehehhe...Suka suki tambah perkataan salju tue, cuba tengok gambar bawah nie, dah macam cream puff di taburi salji....montok dan gebu jer..


Jom cuba






CREAM PUFF SALJU


Bahan-bahan untuk Choux Pastry: (anggaran: 20++ biji size besar)
  • 1 cawan air
  • 75gm butter
  • 1 cawan tepung (sila ayak dulu untuk mendapat hasil terbaik, kalau rajin sila ayak 3 kali)
  • 1/3 teaspoon garam -campurkan dengan tepung dan ayak sekali
  • 3 biji telur (aku guna telur gred A)
  • 1 sudu besar gula/gula aising (blend halus) - untuk tabur atas cream puff

Bahan-bahan untuk krim custard:
  • 200 ml susu segar (aku guna susu cair jer)
  • 1 biji telur (aku guna telur gred A)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu butter

Cara-cara nak membuatnya:

Choux Pastry:
  1. Cairkan butter dan air dalam kuali/periuk. Pastikan butter cair keseleuruhannya dan biarkan mendidih. Tapi jangan lama sangat. Kemudian masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai adunan sebati sehingga jadi doh. Masak lagi dalam masa 3 minit dengan api sederhana. Tutup api
  2. Keluarkan doh dan sejukkan doh. Bila doh dah sejuk, masukkan telur dan pukul dengan mixer. Masukkan telur sebijik demi sebijik
  3. Masukkan lah adunan ke dalam piping bag, dan picit lah ke atas dulang.
  4. Panaskan oven 15min pada suhu 220C. Sebelum bakar, spray air pada permukaan cream puff. Bakar guna api atas bawah. 15min pertama bakar suhu 220C, kemudian turunkan kepada 190C selama 15min
  5. Boleh je nak bakar lama sikit kalau nak perangkan lagi.
  6. Bila dah sejuk, potong bahagian tengah puff tapi jangan sampai terputus kemudian sumbat la custard.

Custard Cream:
1. Campur kan tepung gandum, tepung jagung, gula dan 2,3 sudu susu. 
2. Kacau laju-laju jangan sampai ada yang berketul. Gunakan api perlahan. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi dan kemudian masukkan baki susu.
3. Sentiasa kacau dengan api perlahan hingga jadi pekat. Tutup api. Masukkan butter. Siap.
 
 
 

10 comments:

  1. asik la duk nak buat tak buat jugak saya ni..hehehe iskk ok nak cuba buat..sbb suka

    ReplyDelete
  2. @Mimy Hamid

    sama la macam kayrul gak mimy dah bertahun2 nak buat asyik la tertangguh..sekali dah buat rasa gian plak coz senang sangat nak buat...mesti cuba nie tau mimy

    ReplyDelete
  3. @Nurhasliza Nordin

    tak cukup seketul tue..jemput ambik sepinggan...hehehhe

    ReplyDelete
  4. Yanty pun penah wat mmg berbaloi buat sdiri...bole mkn puas2...eheheee cam teringin lak...hanto cni cket...

    ReplyDelete
  5. Bestnya resipi ni nak cubalah hrp2 jd huhu

    ReplyDelete
  6. @Mila Ahmad

    kena cuba..memang best sangat dan sedap

    ReplyDelete
  7. @Hanis MY

    first time kayrul try wat nie terus ketagh...hanis kena cuba tau

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...