Wednesday, October 03, 2012

Selesai Sudah Masalah Insurans



Selamat petang


Dah lama sangat nak taip entri berkenaan masalah aku ngan Etiqa Takaful tapi asyik la tertangguh-tangguh...boleh baca lanjut kat SINI


Ok hari nie aku kena story gak bila dapat komen-komen berkenaan entri aku tue....


Semua masalah berkenaan insurans tue dah selesai lama dah lepas aku buat sesi amukan drakula kat agen tue...


Mujur la aku simpan semua resit-resit pembayaran...Terpakso ko ambik cuti sehari semata-mata nak settle kan semua masalah tue...rugi cuti aku 1 hari...huhuhu


Hari aku g serang HQ Etiqa tue memang ada sorang mamat nie kes macam aku gak la tapi kesian kat dia coz resit-resit bayaran dia tak simpan so x tau la macam mana dia nak kasi settle masalah tue ngan Agen Etiqa tue...


Bila check masalah aku tue, memang kompem la ada 3 bulan bayaran tertunggak...Nie la masalahnya bila percayakan Agen "SANGAT"....kita beri kepercayaan 100%, tapi kepercayaan kita dianaktirikan...


Sejak hari tue memang aku ANTI giler ngan Agen-agen insurans nie....so mana2 agen insurans jgn plak terasa hati ye....


Aku siap taipkan semula tarikh2 resit-resit bayaran dari agen dan resit original dari Etiqa..bila tunjuk kat agen tue baru la dia kata akan check semula...Habis duit aku bayar untuk 3 bulan tertunggak bagi renew balik insurans tue masa kat HQ Etiqa...ingatkan dapat la balik duit bila g jumpa agen...


Boleh plak, agen tue memandai jer terus g bayar semula untuk 3 bulan...aku nak balik duit tue, sesuka hati jer g bayar sebelum tanya aku...Bila aku pergi semula kat opis agen tue, dia cakap dia dah bayar 3 bulan yang diorang x bayar tue...Haaaa tau pun salah sendiri...


So bulan berikutnya aku tak perlu bayar, sebab agen dah "tolong" bayar semula advance 3 bulan...

Cuba bila client bayar, ko terus g bayar kat HQ, nie kumpul sebulan semua duit client baru g bayar...Kan dah bertindih dan terlupa yang mana dah bayar dan mana belum bayar....


Sekarang aku memang nampak jer opis agen tue darah mendidih jer....SABAR je la


Semua pembayaran insurans aku ke Etiqa sekarang melalui MAYBANK2U....sangat mudah, bayar dan print bukti pembayaran....teknologi dihujung jari....Nie pun staff kat HQ Etiqa yang cadangkan kat aku, klu tak sampai sudah aku pun x tau...huhuhu


Nanti aku buat entri cara nak buat pembayaran insurans melalui MAYBANK2U plak....



5 comments:

  1. warghhh ...pasni kena hati2 laa kan ngan agen2 tak bertauliah ni kan...huihhhh

    ReplyDelete
  2. asalam kak, mcmn so far servis saya dengan akak bagus tak?
    nanti bolehla rekemen member bg kat saya ye...

    ReplyDelete
  3. Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya menjual medical card coverage 100% & tidak perlu membayar deposit hospital (pakej tambahan, klinik swasta pun percuma seluruh malaysia)..selain itu boleh mengelak cukai pendapatan disamping dijadikan simpanan jangka panjang..PLAN INDIVIDU=RM100 ke atas…PLAN FAMILY(IBU,BAPA & ANAK2)=RM200 ke atas…PLAN PEKERJA=RM50…saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

    ReplyDelete
  4. Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya menjual medical card coverage 100% & tidak perlu membayar deposit hospital (pakej tambahan, klinik swasta pun percuma seluruh malaysia)..selain itu boleh mengelak cukai pendapatan disamping dijadikan simpanan jangka panjang..PLAN INDIVIDU=RM100 ke atas…PLAN FAMILY(IBU,BAPA & ANAK2)=RM200 ke atas…PLAN PEKERJA=RM50…saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...