Thursday, September 08, 2011

Kuman menari kat tekak..batuk mula menyerang



Lepas raya semua pakej penyakit pun datang. Masa beraya tak hingat dunia, bila dah kena macam nie baru la nak beringat..


Start dapat pakej lengkap batuk, selsema + demam dari hari Selasa lagi..sekarang just tinggal batuk jer yang belum nak elok2 lagi...


Semalam ada check-up macam biasa, dapat la tengok anakanda tersayang kat dalam tue. Mak aii...aktif betul la anakanda sorang nie. Time scan tue, doktor cakap sepatutnya dia dah duduk diam kat tempat sepatutnya iaitu kepala dah kat bahagian bawah..maybe ruang dalam perut nie besar lagi maka bergerak aktif la....sekarang dah masuk minggu ke - 31..tinggal lagi 9 minggu je lagi....


Walaupun kedudukan tue macam tue, doktor dah siap pesan lagi, jangan ngada-ngada nak urut bagai..kang lain plak jadinya. Kalau doktor tak pesan pun, tak hingin aku memandai-mandai la...Tunggu check-up lagi 3 minggu lagi, macam mana plak kedudukan dia...harap-harap betul la kedudukan dia lagi 3 minggu nie...


Sekarang batuk menyerang tak kira masa, susah betul la nak tidur..asyik terjaga jer waktu malam...bagi tau doktor semalam, dapat la pelbagai jenis ubat. Aku percaya kat ubat doktor kasi jer, nak suruh aku makan sebarang ubat jangan harap la...kang lain plak citer..




Banyak betul la plak ubat kali nie..yang kaler pink tue - obimin : wajib telah sekali sehari. Ubat demam tue bila demam je la makan, sekarang dah sihat...ubat batuk pun kena telan nak bagi kuman dalam tekak nie mampus cepat sikit....


Harapnya sehari dua nie cepat la elok...



Perahan Otak : Tali Barut Comey

8 comments:

  1. alahai..sabo ye, mudah2an batuk tu tak memudarat bb lam kandungan ye..biase klo kite peknen batuk mudah menyerang..tambahan musim raya la plak huhu..kakNo dlu makan lozenge je sbb xmo amik ubat batuk..

    ReplyDelete
  2. salam.

    kalau batuk tu susah nak baik, cuba la minum air buah semangkuk. InsyaAllah cepat sembuh.

    :)

    ReplyDelete
  3. oh.. rasa macam lagi besar pulak obimin itu.. aduh.. rasa tak tertelan menengoknya..

    ReplyDelete
  4. @MYA EL QAYREENA AZRYAN

    ye la raya2 nie asyik tegok ais batu je...macam2 penyakit hinggap

    ReplyDelete
  5. @Norhafiza

    ada gak terpikir nak ambik lozenge jer tapi takut plak effect dia...

    ReplyDelete
  6. @Cik Anita

    air buah semangkuk??..tak pernah dengar la...

    ReplyDelete
  7. @aizamia3

    memang besar obimin tue, memang parah la tiap2 kali nak nelan tue

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...