Monday, October 24, 2011

Dari Kajang Ke Kulai..Mujur Belum Masanya



Selamat Tengahari

Semalam adalah hari jenjalan sedunia..Jauh gak la perjalanan aku dari Kajang ke Kulai...Sepatutnya dari Kajang ke Simpang Renggam jer tapi si dak kecik nie celik mata jer dok menyebut "Onyang" jer maka tertunai la hasrat dia nak jumpa Onyang. Perkataan Onyang tue adalah untuk moyang, dak kecik nie kan cicit sulung...nak menyebut "moyang" tak pandai, jadi "onyang" je la..

Celik mata pukul 6 pagi terus jer "Mama nak g Onyang" sampai la nak masuk kereta pun sebut Onyang..

Hebat betul aku nie, sepatutnya dah nak masuk 38 minggu nie mana la boleh dah jenjalan jauh. Kang terberanak kat tengah jalan macam mana. Sepanjang jalan asyik la berdoa agak baby tak memberontak nak keluar. Kang tak pasal-pasal jadi anak Johor plak.

Dah puas melepas rindu kat umah Onyang, kitorang bertolak ke Simpang Renggam nak ambik pinggan untuk cenderamata tetamu untuk majlis kahwin adik ipar. Lupa nak bagi tau..bukan kitorang family kecik jer g sana tapi ibu dan ayah mertua ikut sekali. Sepatutnya Tuan Tanah jer ikut diorang tapi kami anak beranak haruslah nak meronggeng sama join..hehehehe..Maklum la lepas nie aku kan nak kena kuarantin 44 hari...

Perjalanan balik bikin panas hati betul la..rakyat malaysia terlalu ramai sangat nak jadi wartawan tak bertauliah. Accident sikit jer, jem panjang nak mampus antara Port Dickson nak ke Seremban. Ingatkan dah lepas, lega la kejap..sekali bersambung plak kat Seremban sebab semata-mata ramai yang begitu prihatin nak tengok bas ekspress rosak tepi jalan. Adoi la...bikin naik darah tinggi betul la...

Nikmat betul la dapat balik rumah dan mandi. Rasa lega sangat...Dak kecik tue lepas mandi jer terus tido tak sedarkan diri. Aku yang terpaksa merana sepanjang malam. Baby asyik la buat aksi filem Libas. Semua sudut nak di libasnya, pakej rasa nak muntah teramat sangat. Mujur la pagi nie dah ok perut nie...kalau tak harusla aku Emergency Leave jer...

Esok ada check-up ngan doktor mimi..harap semuanya akan ok


Perahan Otak : Tali Barut Comey

11 comments:

  1. wahhhh sanguup jalan jauh yew...konpom baby tu nanti kuat jalan gak cam mama ngan haikal...ehehehee

    ReplyDelete
  2. @MYA EL QAYREENA AZRYAN

    sanggup la coz lepas nie kan nak kena kuarantin 44 hari..hehhehe

    ReplyDelete
  3. @Warna Warni Kehidupan

    hehehe...bagi memudahkan baby keluar cepat sikit..

    ReplyDelete
  4. Uihhh memang handal lah ko ni... dah tak lama dah tu .... karang terkeluar baby dapat IC -01- ok lah tu anak jati Johor... mujur tak ada apa-apa...

    EEEHHHH balik umah Oyang kat Kulai... oohhh dekat umah aku lerr..

    Simpang Rengam makcik aku banyak kat sana....

    Lepas ni kuarantin lama tu 90 hari tu... kita kat sini menunggu penuh debaran gakkk....


    Maaf lama tak ziarah kamu semua.. Minggu lepas out station lerr...
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip cari kereta terpakai proton perodua

    ReplyDelete
  5. Dekat sangat dah tu 38 weeks. Ter excited pulak ai. Hehehe. Rindu nk ada baby kecik lagi :)

    ReplyDelete
  6. dulu, saya panggil arwah moyang : unyang~

    orang malaysia ni memang prihatin sangat kan? tapi kat seremban tu sokmo nak jammed je~

    ReplyDelete
  7. kak..jangan ligat sangat berjalan kak..alin pulak tompang risau ni hah..hu3

    ReplyDelete
  8. @dhiera

    betul tue..terlampau prihatin, bikin orang lain susah jer

    ReplyDelete
  9. @Ijan

    ijan, mikael dah besar tue..boleh la kasi adik sorang..sian dia sorang2 je...hehehehe

    ReplyDelete
  10. @Afzainizam

    betul tue..kalau terkeluar masa tue maunya sama ngan papanya jati anak johor...

    umah onyang kat kulai kat ngan IOI mall je...

    takde maknanya la nak kuarantin sampai 90 hari..cukup la 44 hari je kot..hahahha

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...