Wednesday, May 30, 2012

RED VELVET CAKE & COKLAT GANACHE




Selamat pagi..
 
Dah lama usha kek nie kat blog anna qawina. Hari Isnin tue terus cargas beli barang-barang nak buat kek masa waktu rehat kat opis tue.

Ingat nak buat Super Moist Eggless Chocolate Cake tapi dah buat minggu lepas. Tiba-tiba ingat resepi anna terus la buat.

First time buat kek Red Velvet nie. Memang moist dan sedap sangat. Nak beli kat luarkan mahal so gunakan la kudrat yang ada nie buat sendiri. Lagi berbaloi. 

Abang long makan suapan pertama, dia cakap "Sedap". Masuk suapan kedua "Betul-betul sedap". Habis satu potong dia makan sorang.


Amatur buat macam nie la jadinya...rupa belakang kira, janji masuk mulut sedap...hahaha




RED VELVET CAKE & COKLAT GANACHE

Guna loyang size 8"


RESEPI KEK

Bahan-bahan :
(A)
  • 1 2/3 tepung naik sendiri-kak Anymz & Ana guna tepung gandum (kayrul guna tepung gandum + 1/2 sk baking powder, lain kali nak guna 1sk baking powder)
  • 2 sb serbuk koko
  • 1/2 sk baking soda
  • 110 gm mentega-ayu guna 125gm mentega (akak juga) sama gak..(sama la guna 125gm)
  • 1 cawan gula halus

(B)
  • 2 biji telur besar (kayrul pakai telur gred A)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan buttermilk-1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1/2 cawan susu segar + 1/2 sb cuka.biarkan hingga 15-20 min- di gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) sama....
(C)
  • 1 sk cuka
  • 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 sk gel warna merah (2 sudu besar pewarna oil base) (kayrul pakai 1sb pewarna merah)
  • 1 sk esen vanila (kayrul tambah nie coz dalam cara-cara ada tapi kat bahan takde plak)

Cara
  • Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
  • Masukkan telur satu persatu
  • Masukkan esen vanila
  • Masukkan bahan kering yang sudah di ayak,bersama susu dan buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering.
  • Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
  • Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40min di suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing2 hingga masak
  • Biarkan sejuk Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..

RESEPI CREAM CHEESE
Resepi ni memang sesuai, senang nak lepa kat kek
Sumber : Ziana Zali & google
  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime (kayrul tak guna coz puas cari tak jumpa)
  • 1 sudu besar esen vanilla (kayrul pakai 1/2 sb, lepas nie nak pakai 1sk jer)
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising
 Cara-cara :
  • Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang
  • Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu.
  • Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.
Nota kayrul : Lepas nie kena buat 2kali ganda cream cheese baru puas makan..hehehe

RESEPI COKLAT GANACHE
Sumber : Kak Jun & Dapur Tanpa Sempadan
  • 200 grm coklat masakan *Ana guna coklat compound (kayrul guna coklat masakan)
  • 100 ml susu cair @ 150 ml whipp. cream (guna mana2 salah 1)
  • 1sdt butter
Cara-cara :
  • Doubler boiler susu@whipping cream bersama coklat masakan.
  • Dah agak mencair coklat tu tutup api & kacau2 bg larut semua coklat.
  • Masukkan butter, kacau sebati.
  • Biarkan seketika baru digunakan. 
 
Atau korang boleh cuba resepi bwh nie.
 
 
Resepi yg kayrul selalu guna : (mudah dan sedap)
  • 300 gm coklat masakan
  • 200ml whipping cream
 
Cara-cara :
  • Masakkan whipping cream hingga mendidih.
  • Masukkan coklat masakan.
  • Kacau sebati.
  • Sejukkan dulu sebelum dituang pada kek

LANGKAH DEMI LANGKAH RED VELVET CAKE & COKLAT TOPPING


  • Sejukkan kek yang dah masak di dalam peti sejuk supaya kek mudah untuk dipotong.
  • Potong kek kepada 3/4 bahagian. (kayrul guna benang untuk potong kek)
  • Sapu cream cheese frosting atas lapisan pertama & paipkan coklat ganache diatasnya.
  • Letak 1 lagi lapisan kek & buat cara yang sama.
  • Akhir sekali, letak kek yang akhir, balut keseluruhan kek dengan plastik wrapping, bungkus kemas2 & simpan dalam peti sejuk beberapa jam, ini supaya kek tadi mudah utk dihias & layer tak teralih bila nak potong makan nanti.
  • Keluarkan kek yg dah sejuk, sapu nipis(crumcoat) keseluruhan kek dgn creamcheese frosting. 
  • Kemudian barulah paipkan/sapu kek tersebut dengan creamcheese frosting secara menyeluruh & ratakan.
  • Ambil sikat untuk krim kek & sikat bahagian tepi kek.
  • Tuang coklat ganache dengan perlahan2 dibahagian atas sahaja, golek2kan papan kek agar coklat tersebut merata di permukaan kek tetapi tidak jatuh, agak2la takat mana kan.
  • Cepat2 masukkan kek tadi dalam peti sejuk, 
  • Agak2 5-10 minit, keluarkan kek tadi dari peti.
  • Ambil coklat ganache, masukkan dalam piping bag/plastik/apa2 ajela yang berkenan, paipkan bahagian tepi kek bermula dari atas perlahan2..
  • INGAT ya..paipkan/sudukan dgn perlahan, kalau banyak yg keluar dari piping bag tu, maka tebal le yang meleleh, seeloknya paipkan kecil jer..coklat tu akan meleleh turun dgn cantik.
  • Takat mana lelehan tu terhenti bergantung kpd banyak mana yang kita paipkan coklat tadi.
  • Senang cakap..picit jer piping bag tu kat bahagian tepi kek..
  • Paham dak ni? hehe..nak buat aksi bergambar, takde kek lak..tapi rasanya semua boleh faham kan..
  • Rapikan bahagian bawah kek dengan cream icing yang ada tu agar kek nampak lebih kemas.
  • Simpan dalam peti sehingga masa menghidang.

8 comments:

  1. sedapnyaa..nnti nak cuba jugak:)

    ReplyDelete
  2. Assalam kayrul,
    wah itu dia kek red velvet..
    sudah pasti sedap kalau kena dgn cream cheese & coklat ganache yang sedap tu juga kan..thank you kayrul kerana sudi mencuba red velvet akak tu ya..

    ReplyDelete
  3. vavava..mmg nampak sedap sgt ni..dah lama tak buat rvc ni,tpkan yg letak ganache tak penah cuba..harus dibuat bila rajin..

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Kayrul..tq singgah blog akak n cuba rsp dr sana.
    Alhamdulillah dah menjadi n sedap tu pasni blh buat lagi..syukur jika perkongsian mmberi manfaat bt org lain..happy cooking ya...:)

    ReplyDelete
  5. Salam kenal. Akak memang suka follow blog2 emak2 yang rajin macam ni. Salam Ukhwah

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...