Selamat petang
Seperti yang dijanjikan..akhirnya habis juga aku upload beratus-ratus gambar bercuti di Cameron Highlands...
Perginya 3 hari jer (26-28/10/2012)..gambarnya beratus-ratus...adoi la
Kalau pergi seminggu maunya gambar beribu-ribu nie...hehehe
Selalunya hari raya haji memang kitorang beraya kat Kajang pun, cuti satu hari mana la sempat nak balik kampung..Kali nie cuti panjang sikit so ajak la satu family bercuti...Dah 2 tahun kitorang tak terjah Cameron Highlands nie...
Bukan senang Mr Shah nak cuti panjang...Kalau tak, keja non stop.....balik untuk makan, mandi dan tido jer...esoknya pergi keja balik...huhuhu
Kira pakej sambut Anniversary ke 5 la atas sana...Anniversary kitorang jatuh hati Sabtu (27/10/2012)...aik tak perasan plak, pada tarikh dan hari yang sama 5 tahun lalu kitorang diijabkabulkan...
Cameron Highlands merupakan port Honeymoon kitorang..habis jer kenduri kendara terus berhoneymoon kat Cameron Highlands nie...hehehe
Rasanya dah banyak kali gak la kitorang g sana...tak pernah jemu coz kitorang suka port-port yang sejuk macam tue...
Jom layan gambar ye...
Pukul 5.30 pagi gerak dari Kajang..Bebudak pun tido lagi. Masih pakai baju tido.
Takkan la nak check in nanti pakai baju tido gak kan, so berhenti kat R&R mandikan diorang dan tukar baju baru..Dah pukul 6 lebih so pakej solat subuh sekali la...
Kitorang naik ikut Tapah coz kalau dari KL, ikut Tapah lagi dekat dari Simpang Pulai...Cabaran ikut Tapah nie macam biasa la tanah runtuh dan terpaksa berselisih ngan lori dan bas....
Bangun jer tido, dah buat konsert menangis dalam hutan..huhuhu
Baru teringat yang mainan kereta kebal tertinggal kat rumah...Boleh wat peel ajak balik semata-mata nak ambik kereta kebal...Tak koser la mak pak ko nak layan...
Kitorang berhenti jap kat Hutan Lipur Lata Iskandar, Tapah, Perak...Masa tue baru pukul 9 pagi..so masih awal untuk check in..Orang x ramai lagi so boleh la berpoyo-poyo ambik gambar
Model air terjun...hehehe..opsss nak tayang beg baru rupanya...
"Itu jer mama mampu bagi sempena hadiah anniversary kita dan 2 cahaya mata yang super duper comey...luv u pa"
Mana boleh diorg jer gedik2 ambik gambar, harus la tuan blog enterprem sekali..hahaha
Terbaik punya air terjun...macam mandi ais batu jer...sejuk siot
Bye Hutan Lipur Lata Iskandar...balik nanti kami singgah lagi
Kan dah cakap...laluan nie banyak kes tanah runtuh...kami bernasih baik sikit sebab tak bertembung ngan lori dan bas...diorg cuti raya kot
Camera kesayangan...banyak berjasa nie...nak beli DSLR tak mampu, ambik guna camera nie pun dah cukup cantik...
Sekejap jer nangisnya..bila dapat hirup udara segar dan sejuk terus senyap
Indahnya
Berhenti minum kat Cameron Bharat Plantation
Enjoy betul budak bam bam nie
Awal lagi so orang tak ramai
Kalau nak merasai pegang daun teh boleh jenjalan kat bawah tue..kitorg dah puas ambik gambar masa honeymoon 5 tahun lepas so cukup la jamu mata jer
Teh Chocolate sejuk dan panas. Harga RM 6.00 segelas..x sedap...huhuhu
Enjoy abang
Sedondon anak beranak
Fridge magnet 4 ketul RM 10..jangan beli kat sini...beli kat pasar malam lagi murah
Rugi duit beli kat situ, kalau tau cari jer kat pasar malam...huhuhu
Terdapat kisah ngeri yang wat kami kena lebih berhati-hati lagi....
Alkisahnya macam nie....sibuk tengok fridge magnet yang baru dibeli, terlepas pandang kat budak bam bam tue...yang paling ngerinya, dia jatuh dari meja batu kat situ..
Bayangkan la betapa tingginya meja tue ngan lantai....memang meraung x hingat la...
Masa nie teringat kes anak abang ben ashari jatuh katil, dan abang ben terus demah ngan ais batu then bawa g hospital. Doktor check dan x-ray kepala qhaliff...
Kelam kabut terus angkat hadif..cool kan dia dan check kecederaan dia...alamak kepala benjol dan ada kesan luka sikit...Cepat-cepat ambik ais batu ikut cara abang ben dan demah kat kepala dia....Mujur la dia x muntah, gaya muntah ada..tapi x jadi muntah...
Memang betul cakap abang ben nie..budak-budak kecik nie diorang lagi pantas dari kita, aku terlepas pandang Hadif x sampai 1 saat pun, dia dah terlentang kat lantai...lagi buat cuak tue coz lantai tue, lantai simen....
Tak sempat check in hotel, kitorang check in kat Hospital dulu
Masa nie dah tak de hati nak holiday dah...Kepala pikir Hadif jer. Mujur la, cuti-cuti sebelum nie kitorang sempat terokai seluruh kawasan Tanah Rata dan dapat tau kedudukan hospital terdekat. Memang terus terjah jer..
Raya-raya nie memang doktor tak ramai bertugas, yang ada cuma ada sorang doktor yang bertugas..lepas buat pendaftaran terus jumpa doktor..Doktor check kepala dan arahkan untuk buat x-ray kepala....Masa nie Hadif dah tertido sebab sakit dan penat nangis...
Jumpa doktor, terus mata terjaga....paling mencabar bila nak x-ray...
Kalau ibu mengandung, tak boleh masuk dalam bilik x-ray..cuak juga bila nurse tanya tarikh period, kita pregnant atau tak...
Masuk bilik x-ray kena pakai baju ala-ala apron tapi berat betul baju tue....masa nie Hadif ketakutan, al-maklum la x biasa...mujur la sekejap jer
Tunggu laporan x-ray keluar baru jumpa doktor semula...Hasil laporan x-ray tue, doktor cakap tempurung kepala ok, xde retak cuma bengkak sikit kat bahagian jatuh tue
Syukur alhamdulillah...Doktor bagi ubat demam dan pantau perkembangan Hadif...Kalau demam, just bagi ubat dan kalau dia tiba-tiba x aktif terus bawa semula ke hospital...
Nak ceriakan Hadif, kitorang kasi budak-budak nie main kat playground hospital dulu
Muka terus ceria dan aktif melampaui batas plak...nie sakit ke tak sakit nie jatuh tue...
Mujur la ada Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands
Hospital nie terletak di Tanah Rata..jika ada kecemasan macam kes kitorang boleh la g situ...
Terima kasih nurse dan doktor yang kasi layanan yang cukup baik untuk kitorang pada hari tue...
Memang satu hari yang amat mencabar untuk kitorang..lepas nie kena jaga anak-anak dengan lebih berwaspada supaya kes macam nie x berulang lagi...
Nantikan sambungan Part 2
Salam...
ReplyDeletesayapun baru balik cameron...hehehe.
YA ALLAH... bila bercuti jadi benda2 macam ni yang buat fobia...
ReplyDeletebaju biru berat tebal tu namanya Gonad Shield..
ReplyDeleteBharat memang mahal..better Boh Sg. palas..
CH kalau gie selalu pun mmg xkan buhsan..;)
ReplyDelete@zila
ReplyDeleteoo..ntah2 berselisih bahu kot tapi x perasan...
@Allene
ReplyDeletebetul tue..sampai fobia nak singgah kat cameron bharat tue...
@Pen Biru
ReplyDeletebaru tau namanya..thanks ye cik pen biru
rasanya nak lagi murah kena beli kat Pasarata Jimat di Brinchang..lagi murah dari sg palas tue
@Falsya
ReplyDeletememang x pernah bosan la..tiap2 tahun pergi pun x bosan