Selamat Pagi
Korang dah buat ujian Pap Smear ke???
Alhamdulillah aku baru jer buat 2 minggu lepas (08/11/2012 : Selasa)...minggu lepas baru dapat keputusan so baru la share hari nie...
Apa itu Ujian Pap Smear???
Ujian
PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk
memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini
boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau
kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan
dan perubahan pra-malignan dalam serviks.
Kenapa pentingnya ujian Pap Smear??
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.
Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.
Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.
Bila waktu yang sesuai untuk melakukan Ujian Pap Smear?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan
oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan
ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10
hingga 20 hari selepas hari pertama haid.
Kredit to Sioloon Community (baca lebih lanjut di web site tersebut)
Banyak web site dan blog menulis entri dan berkongsi pengalaman berkenaan ujian Pap Smear nie..kira maklumat di hujung jari la nie...
Sebenarnya aku nie kategori penakut gak la nak jalani ujian nie..ada yang kata sakit ada yg kata tak...nak tau sakit ke tak kena la tempuhi sendiri..iye dak???
Nak wat kat klinik kerajaan pun boleh, hospital pun boleh tapi aku nie takde masa sangat so g Klinik Swasta je la...itu pun aku g malam hari..
Tarikh aku menjalani ujian tue adalah hari ke 10 dari tarikh hari pertama datang bulan/period..kira dah abis period semua dan takde lagi tanda2 darah keluar baru la boleh g wat ujian...kalau dah hari ke 10 belum berhenti lagi darah tue, jangan la memandai2 jer datang kang ada yg kena halau balik...
Memang berdebar giler la...org lain lepas bersalin jer dah g jalani ujian nie..aku plak, anak dah masuk 2 dan yg kedua plak lagi beberapa hari nak masuk setahun baru aku g buat...
Sebelum nie dengar jer citer org...memang tekad nak g jalani ujian pap smear tue tapi keberanian nie takde lagi...
Tengok ceria jer bebudak nie main..maknya dah macam nak pecah jantung nie berdebar tak ingat..
Aku jumpa Dr. Nor Aliza Abd Ghaffar
Alahai lembutnya doktor nie..yang bestnya, doktor nie terangkan berkenaan ujian pap smear nie dengan sangat detail...jangan sesekali sembunyikan rekod kesihatan keluarga / saudara mara...
Menurut dr., jika keluarga kita ada penyakit kanser..kemungkinan adik beradik/anak akan dapat penyakit yang sama...masa nie rasa terkejut la sangat....itu gunanya ujian2 macam nie supaya kita dapat mencegah lebih awal...
Kalau nak tengok alatan yg digunakan boleh la KLIK SINI
Dah g klinik pakai seluar makanya doktor akan suruh kita salin pakai kain batik dulu la...kain batik tue memang dah tersedia kat klinik tue..senang ....
Tengok alat yang nak digunakan pun dah ngeri...Sekali doktor buat..takde pun sakit..biasa jer...doktor nie sangat lembut buat ujian nie sampai kita tak rasa sakit langsung
Hasil ujian Pap Smear : NORMAL
Takde sebarang jangkitan atau masalah, so kena la jalani lagi ujian nie tahun depan...
So kalau korang nak jalani ujian Pap Smear boleh la g
Poliklinik Pakar Ibu & Anak An-Nur
No. 32, Jalan Reko Sentral 4, Off Jalan Reko, 43000 Kajang,
Selangor
Waktu operasi :
Isnin-Jumaat (9 pagi - 1 tengahari), (6 petang - 10 malam)
Sabtu (9 pagi - 1 tengahari)
Ahad & cuti Am (TUTUP)
Telefon : 03-8733 6550
malu la nk buat ujian ni... haha :D
ReplyDeletelin tak buat lg.. :D penakut gak... insyaallah lepas beranak no 2 ni, lin buat la... penting gak benda ni kan...
ReplyDeletepenah wat seklai..malu nye lahai..tp kite prefer doc pmpn..
ReplyDeletespesis penakut mcm kita ni kena kumpul kekuatan yg banyak baru boleh melangkang ke klinik.. hahahahaha
ReplyDelete@Liyana
ReplyDeletemalu tue kena tolak tepi demi kesihatan....kayrul dulu anak first memang malu so bila dah masuk 2 nie kena beranikan diri jugak
@Allene
ReplyDeletetakpe lin....kita pun anak no 2 baru berani...hahaha
@Falsya
ReplyDeletebagus la...kita pun jumpa doktor perempuan...dr perempuan pun still kita malu gak...hihihi
@THE LEKAT LEKIT STORY
ReplyDeletetul tue...nak mengangkang depan doktor ambik masa bertahun2 gak la...hihihi
ok la normal kan .
ReplyDeleteBrapa kos pmbyrn utk ujian ni??
ReplyDelete