Monday, July 04, 2011

Roti Sardin Goreng



Selamat pagi...


Sejak dah boleh masak semula nie, tak reti nak dok diam...macam-macam menu nak masak. Nak puaskan perut Tuan Tanah dan Photographer Tegar tue. Al-maklum la dah lama dapur tak berasap.


Pagi nie aku sediakan sarapan yang ringkas jer balance buat roti sandwich semalam. Terasa kesedapan macam makan karipap gak cuma malas nak buat doh untuk kulit karipap, boleh terus guna roti jer. Paling best part makan nie, terasa mayonis tue.


Roti Sardin Goreng

Close-up sikit


Resepi : Roti Sardin Goreng

Bahan-bahan (Inti Sardin) :
1 tin sardin saiz besar - hancurkan sardin
1 labu bawang besar - potong dadu
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil asam jawa adabi
1 biji kentang - potong dadu & goreng
Garam secukup rasa


Cara masakan (Inti Sardin) :
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau la.
2.  Masukkan sos cili. Masak hingga sos cili sebati ngan bawang.
3.  Masukkan sardin, asam jawa, kentang dan garam. Gaul sebati dan masak hingga kering.
4.  Angkat dan sejukkan.


Bahan-bahan (Roti Sardin Goreng) :
Roti Gardenia - Lenyek/gelek hingga nipis
Bancuhan tepung gandum
Mayonis


Cara-cara (Roti Sardin Goreng) :
1.  Sediakan roti dan letakkan inti sardin.
2.  Letakkan sedikit mayonis.
3.  Gulung roti.
4.  Untuk lekatkan gulungan roti, ratakan bancuhan tepung gandum dihujung roti dan di bahagian tepi.
5.  Kepitkan bahagian tepi roti supaya inti tak keluar waktu digoreng.
6.  Dah siap semua, boleh la start menggoreng ye.


Nie semua menu aku bantai sendiri jer buat. Mungkin ada aku terjengah kat mana-mana blog masakan yang ada resepi macam nie. Maklum la dah tua, tak ingat kat mana aku tengok. Harap tuan punya blog, yang ada buat menu macam nie gak halalkan la ye. Ok la selamat mencuba ye.



Perahan Otak : Tali Barut Comey



10 comments:

  1. sedappppppppppppnyeeeeeeeeeeerrrrrrrr!!!

    ReplyDelete
  2. wahh siap share resepi.. okey2.. besok nak try buat..mekasih :)

    ReplyDelete
  3. @SyahNas80 @ Nana

    akak kalau sedap tue kena cuba buat tau...

    ReplyDelete
  4. @azwa amani

    sharing is caring g tue....jgn lupa cuba tau

    ReplyDelete
  5. @aDieyZa

    jangan menjejeh air liur kat keyboard tue sudah la...hehehhehe

    ReplyDelete
  6. @nur aisya humaira

    kalau tak suka sardin boleh ganti ngan sosej..pun sedap tau

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...