Friday, November 04, 2011

Sian Anak Mama Demam Panas



Selamat Tengahari


Hari nie nak story citer anak bujang aku tue tiba-tiba demam panas plak malam tadi. Semalam tak berupdate langsung blog coz aku emergency leave...Tak g keja maka tak update la blog nie. Tak kuasa la aku nak update blog kat umah..


Sehari suntuk semalam keja aku asyik la tido jer, yang tolong menjaga aku plak tentu la abang long. Sanggup dia tak tido semata-mata nak menjaga mamanya yang kurang sihat tue. Bila aku dah bangun, baru la dia tido. Anak soleh betul la....


Malam tadi, masa dia nak tido tue aku tengok dia dah macam menggigil badan kesejukan...Masa nie pegang dahi dia still ok lagi la..Tak budget dia nak demam pun, Setengah jam lepas dia tidur, dia terjaga semula sambil merengek-rengek. Pegang dahi tengok dah panas giler. Terus pakaikan kool fever...


Still tak surut gak demam tue, paksa makan ubat demam pun taknak. Masa nie Tuan Tanah takde kat umah, nak suruh aku dukung dia so sorry la..Nak mengusung perut pun dah tak larat, nie plak nak dukung dia. Bila Tuan Tanah balik, dia dah minta dukung. Masa nie baru dia nak makan ubat. Semalam nak ngan papanya jer. Tak boleh letak atas katil kompem mata terkebil dan nangis. Nak tidur pun berdukung jer. Papanya layankan je la sampai kul 3 pagi.


Lepas tue, papanya letak kat katil suruh dia tidur pun tak tidur gak. Bagi main game..dia layankan plak main game sorang-sorang sampai kul 5 pagi. Bila dia tengok aku buka mata baru la dia nak nenen dan terus tidur. Makanya, malam tadi walaupun demam..dia still jaga aku la...


Nie picture aku snap pagi tadi


Masa nie still panas giler lagi badan dia, tapi aku plak tak boleh cuti hari nie, aku nak kena training admin baru kat opis nie coz budak nie la yang akan ambik alih kerja aku bila aku cuti minggu depan selama 60 hari...Susahnya hati tinggalkan anak yang masih demam nie. Doktor Pakar Kanak-Kanak yang kitorang selalu jumpa, pukul 6.30 petang baru la klinik dia buka..Aduh lama la plak nak menunggu. Mujur la ada stok ubat lagi kat rumah...


Aduh la sayang mama..demam sebab jaga mama sakit semalam ke??? atau demam nak dapat adik?????


Perahan Otak : Tali Barut Comey

3 comments:

  1. semoga cepat sembuh...nak raya ni

    ReplyDelete
  2. @Ikhwan

    tue la..bila dah demam melepek jer..harapnya cepat la sembuh

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...