Tuesday, December 13, 2011

Cucuk Hepatitis B (2nd Dose)



Selamat petang...


Bestnya kalau tido petang2 nie al-maklum la cuaca macam nak hujan nie...tido best sangat..hehehe


Aktiviti hari nie adalah bawa Hadif g cucuk sebulan untuk Hepatitis B (2nd Dose). Sepatutnya bila dah 15hb baru kena cucuk tapi dah nurse sebelum nie dah tulis tarikh hari nie terpaksa la pergi gak..Mujur la doktor Afifah tak halau balik. Dia cakap kalau baby belum 28 hari memang dia suruh balik dulu tapi dah cukup 28 hari boleh la cucuk.


Mata Hadif ada masalah sikit dari lahir sama macam Abang Long gak iaitu suka bertahi mata just kena urut selalu dan letak ubat. Masa Abang Long dulu ambik masa lama gak nak elok hampir 6 bulan baru pulih masalah mata tue.


Ubat yang kena letak kat mata Hadif


Cucuk tadi pun menangis la kejap coz dia tak selesa nurse pegang dia...hehehe....


 Sempat lagi Tuan Tanah urut badan kat sini


 Kami bertiga


 Penangan cucuk sebulan..terus tido tak sedarkan diri


Zoom kasi besar anak mama yang makin tembam


4 week : Cucuk Hepaitis B (2nd Dose)
 
Berat : 4.7 kg
Ukur lilit kepala : 39 cm


kredit to Info Sihat:

Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

Untuk maklumat lanjut boleh la KLIK SINI


Dah settle cucuk baby turn aku plak kena check ngan Doktor Mimi...Alhamdulillah luka bawah dah ok. Doktor ada bagi tau masalah yang terjulur keluar time buang air kecil dulu...rupa-rupanya ada ketumbuhan dalam perut aku, doktor pun tak perasan ketumbuhan tue...mujur la masa baby lahir benda alah tue turut keluar. Doktor pun dah potong dan buang benda tue. Doktor ada hantar benda tue ke lab untuk di analisa takut2 kanser ker...Alhamdulillah mujur bukan kanser....


So lepas nie kena tunggu cucuk untuk 2 bulan plak..


Perahan Otak : Tali Barut Comey

11 comments:

  1. br 1 bln dh sama berat dgn lala ni.. yelah, lala lahir kecik jer.. even dh 3 bln br 4++kg. lala br amik 1 suntikan. semuanya lewat.. alhamdulillah lala sihat, aktif & lasak even dia kecik pn.

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sihat...insyaAllah...

    eh..i suka duduk kat kerusi gentel tu =) sedap wooo

    ReplyDelete
  3. heheh.. comel la baby....
    dh bsr :-)

    ReplyDelete
  4. alalala tomeynyaaa sorry lambat stg ucap tahniah...

    ReplyDelete
  5. eeemmmm tuan tanah dok kerusi urut ....


    eeemmm tentang cucuk ni kena buat kalau doktor suruh tu kena ikut gakkk

    untuk kebaikan jugak kannn...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip pilih sport rim kereta

    ReplyDelete
  6. @THE LEKAT LEKIT STORY

    cik lala mesti cute jer kan???...janji cik lala sihat walaupun kecik

    ReplyDelete
  7. @░♥si lampu neon♥░

    thanks ye...memang syok la kerusi tue..jimat kos nak pergi urut..hehehe

    ReplyDelete
  8. @Afzainizam

    jimat tenaga aku tak perlu urut tuan tanah..hehehehe

    nasihat doktor memang kena ikut takut lain plak jadi kalau tak ikut

    ReplyDelete
  9. Baby 28 hari boleh cucuk dh ekk? Tgh cari info. Nk call klinik asik lupa. Sbb hari tu nurse bg tarikh ikut bb lahir. Dh bb lahir bulan 2, jd bila tarikh sama utk bulan 3, mean bb baru 28 hari la...

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...