Monday, July 30, 2012

Kotornya Air Bazar Ramadhan



Selamat pagi


Sakitnya hati aku, gara-gara beli air Kedondong Asam Boi, aku merana sampai hari nie...


Nie semua penangan g Bazar kat Jalan Reko la nie...Tengok best jer bazar tue besar...sana sini jual air, memang tergugat la iman. Konon nak cari kelainan beli air, cuba la beli air kedondong asam boi.


 kredit to mr google


Kalau colour dah macam nie tergugat iman habis la tambahan bulan puasa nie...air mineral pun nampak sedap


First time cuba dan sampai sekarang aku sakit. Mula tue minum air jus oren beli kat bazar, elok jer..Bila minum jer air kedondong tue terus sakit tekak..


Kompem la tonsil aku tengah mengganas nie..huhuhuhu



kredit to mr google


Yang tak bestnya pakej sakit tekak, demam dan selsema sekali. Semalam semua jenis ubat aku telan tapi makin teruk plak jadinya...


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

 Baca lanjut di SINI


dan boleh gak baca info kat SINI

Nie salah satu cara rawatan.

Selain antibiotik, pesakit perlu mengambil ubat ubatan untuk mengurangkan simptom..contohnya:
a) ubat demam untuk demam/sakit badan
b) lozenges untuk melegakan tekak
c) minum jus buah buahan segar dan sejuk untuk melegakan tekak
d) berkumur kumur dengan air garam suam, atau apa apa gargle solution
e) makan ice cream perisa vanilla
f) elak mengambil makanan berasid, yang membuatkan tekak lebih tak selesa

kredit to Macam Macam ada


Aduh memang lepas nie terus pangkah jer air dari bazar ramadhan nie..tak sanggup aku nak terseksa kerana tonsil lagi..Tonsil aku nie jadi bila aku minum air kotor jer mesti dia menyerang.


Kalau buat air ais kat rumah memang aku tak beli ais kat luar tapi buat sendiri siap guna air masak lagi..Baru terjamin tekak nie..Tegok satu bekas air sejuk pun no hal la...hehehe


Lepas nie kena beringat tak mo minum lagi air bazar ramadhan. Kalau teruk sangat, petang nie terpaksa serah diri kat doktor la...huhuhu

Puasa tetap puasa walaupun sakit..Kang tak sanggup nak mengganti puasa...huhuhu

9 comments:

  1. oooo kesiannya.... nampak macam teruk tonsil tu kan.... sama2 kita berhati hati

    ReplyDelete
  2. adehhh..kadang air yg dieorg bancuh tuh dieorg x masak tau awak..

    ReplyDelete
  3. tq bg info ttg tonsil ni.

    last week ank sy demam Dr ada bgtau pasal tonsil ni..hmm agak risau..kalau kita yg dewasa ni tak tahan sakit apatah lg budak usia 4 tahun kan.

    apapun tq sekali lg..dgn info yg sy baca kt sini dptlah ilmu pasal tonsil :)

    ReplyDelete
  4. kebanyakkan kat pasar mlm @ bazar dorang campur air paip tu yg x menjamin kebersihan. sy pun ais yg buat kt rumah guna air masak. kiranya benda yg di buat minum semua jenis masak dulu

    ReplyDelete
  5. tu dia..terus dpt mcm2 sakit ye dr air kedondong..saya dulu mmg jarang beli air,mmg kalau ikut nafsu semua nak beli..hehe
    take care..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. Wah tahu ek awak pasal adenoid tonsil semua ni, kami belajar dekat kelas pun rasa complex benda camni.

    ReplyDelete
  7. Salam Kenal.Semoga cepat sembuh ya.Kdg2 air yg dijual dipasar ramadhan tidak diketahui tahap kebersihannya..

    p/s:k.atie ada menjual pemanggang ajaib dgn harga diskaun..klu berminat PM ya.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  8. memang betul..kadang2 tu kita tak bernasib baik beli kat pembeli yg nak cepat kaya..jual air yg tak masak lah n mcm2 lagi..berhati2..

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...