Selamat petang..
Berjaya gak la membuat kuih raya pertama untuk rumah sendiri..Hehehe
Tahun lepas beria buat kuih raya banyak walaupun tengah sarat pregnant. Tahun nie ingat taknak buat, kita tunjuk jer kuih yang berkenan...Tapi godaan OVEN BARU punya pasal terus semangat buat kuih raya.
Malam tadi, pukul 8.30 malam aku dah tido, kengkonon nak tidurkan Hadif...Hampeh jer sekali ngan aku tertido padahal tengah perap bahan untuk buat Apam Tepung Beras. Dah budjet taknak tido la..konon pukul 12.30 nak kukus terus la, sekali terjadi dah jam 1.30 pagi.
Apa lagi menggelupur la bangun kukus apam tepung beras. Dah siap kukus semua, mata plak tak mengantuk, maybe dah puas tido..so mulakan projek "KUIH RAYA PERTAMA" jam 2.30 pagi.
Hilang akal betul pepagi buta semua orang tengah membongkang aku plak mengukis..hehehehe
Chocolate Chip Cookies
Resepi Asal : Liyana Lunia
Sumber : Nurainhasan.com
BAHAN-BAHAN:
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 20g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g coklat cip - nie aku tambah banyak, biar sedap sikit menggigit coklat
* Secubit garam
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 20g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g coklat cip - nie aku tambah banyak, biar sedap sikit menggigit coklat
* Secubit garam
CARA-CARA
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang dipukul tadi.
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang dipukul tadi.
4. Masukkan coklat cip.
5. Sudukan adunan di
atas dulang pembakar (guna tangan pun boleh)
6. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit
atau sehingga kekuningan.
7. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.
7. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.
Nota : Kalau sudukan adunan bentuk kecik (lebih kurang duit 20sen), bakar selama 15 minit. Bila wat kecik2 dapat la 100 biji lebih.
Biarkan cookies nie sejuk sekejap baru pindah atas redai coz bila pindah masa tengah panas, cookies nie mudah hancur.
Pada pendapat aku lah, lebih baik buat kecik2, so tak jemu la makan. Memang sedap dan rangup. Aku syorkan korang yang teringin nak buat cookies yang mudah dan tak banyak bahan, cuba la buat biskut...memang berbaloi makan.
Rasa pun dah macam famous amos..Memang TERBAIK
warghhh sedapnya....nak dtg raye laaa ehehehe
ReplyDeleteLapar plak tgk entry nie.. hehe
ReplyDeleterajinnya buat biskut raya..hehe..
ReplyDeleteperghhh semangat ni pepagi buto buat kuih rayo..hehehe...tahun ni kita tak buat lansung kuih raya...nak berehat,.,.heheheh so semua tunjuk je..hehehe
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletemacam sedap...mesti masuk dalam list ni..
ReplyDelete