Wednesday, August 29, 2012

Tahun Nie Berempat Plak Di Kedah



Selamat pagi


DAh berjingut kengkawan lain masukkan gambar edisi raya 2012, aku baru terkedek-kedek nak masukkan hari nie...Takpe biar lambar asal ada.


Tahun 2008 - raya bertiga dan masih dalam pantang.

Tahun 2009 - masih bertiga lagi.

Tahun 2010 - jugak masik bertiga..bila la nak berempat plak...

Tahun 2011 - masa nie hampir nak berempat coz tengah pregnantkan hadif 8 bulan. Memang sarat la sangat

Tahun 2012 - Dah berempat akhirnya...


Edisi raya tahun nie mencabar sikit walaupun balik raya belah aku. Opis aku start cuti hari Jumaat, makanya pukul 1 pagi dah merempit balik Penang. Ingatkan keluar pepagi buta tak jem..memang HAMPEH, jem teruk gak la. Padahal kereta rosak tepi jalan jer, yg jemnya panjang berkilometer...Naper la sibuk nak tengok keta rosak tepi jalan tue..Jalan jer la..Dah x pasal-pasal aku tersangkut dalam jem..


Sahur pun dalam kereta jer..just makan roti dan popia simpul..huhuhu


Pukul 9 pagi baru sampai Penang. Giler lama atas jalan..


Malamnya buka puasa simple jer kat rumah baru di Pantai Prai, Kedah..Nak kata baru tak baru la coz rumah tak siap sepenuhnya lagi. Baru 80% siap. Malam tue bergotong royong pasang tikar getah. Nak tile lantai memang tak sempatnya.


Sambung plak keesokkan harinya. Masa nie aku dah tak join gotong royong coz aku dah ambik TENDER kupas, potong dan blend semua bahan untuk buat rendang ayam dan rendang daging. Penat siot, padahal nak buat rendang ayam tue untuk 3 ekor ayam jer..Kalau yg meniaga tue macam mana la penatnya.


Aku tukang potong memotong jer, yang masaknya kakak aku. Sampai menu buka puasa pun x sempat nak masak, so buka puasa makan nasi dan lauk rendang la...Orang x raya kitorang dah raya. Menu wajib raya mesti la ada ketupat palas..Sedapppp


Pepagi raya lepas sembahyang,g kubur dulu then baru ke rumah baru, ada la sikit rupa rumah walaupun x complete lagi..Janji dapat raya kat rumah baru. 


Jom layan gambar edisi raya tahun nie..


 Jejaka terhangat di pasaran 2012


 Tema Ungu Tahun Nie. Alamak, mana plak kopiah anak2 aku nie. Baju untuk bebudak nie adalah super besar so raya haji nanti boleh pakai lagi...hehhehe


Tahun nie tak sempat nak ambik gambar satu keluarga besar coz semua sibuk mengemas dan beraya rumah sedara...huhuhu


 Adik aku ngan anak bongsunya.


 Wan dan cucu lelaki. Opst kurang sorang cucu lelaki


 Bila tengahari jer semua baju ntah kemana. Panas erk


 Gelagat dak bam bam


 Cuba korang tengok jam kat gambar tue. Pukul 2.16 petang, Mr Shah boleh lagi gosok-gosk kepala botak dia...5 minit kemudian dah hanyut ke alam mimpi....Perut kenyang jawapannya tido la...


Raya kedua, dah bergerak balik ke Kajang. Sama kes macam balik tue..jem lepas Sg Perak. Aku tido bangun tido dan tido lagi tak sampai-sampai. Pukul 1 pagi baru sampai Kajang..padahal gerak dari kg pukul 5 lebih...huhuhu


Nanti sambung entri raya Johor plak...

3 comments:

  1. amboiii raya sakan ye.pas kedah p johor pulak :)

    ReplyDelete
  2. amboiii raya sakan ye.pas kedah p johor pulak :)

    ReplyDelete
  3. @thenunu

    memang sakan betul..kasi can anak2 kecik beraya puas-puas

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...