Selamat petang
Hari nie nak kongsi resepi masak2....kita kongsi resepi yang paling senang dan mudah nak buat ye....
Dah banyak kali aku masak guna resepi nie tapi aku dah lupa kat mana aku ambik resepi nie...minta halal ye tuan punya resepi, dah lupa kat mana aku salin nie...
Asal tekak tetiba rasa nak makan manis2 jer mesti cepat buat...selalunya aku sorang pun boleh abiskan
Ngeri plak tengok bunga ros yang dah pecah dara nie...takpe janji sedap...hehehe
Resepi Puding Jagung
Bahan-bahan :
3 Cawan Air
3/4 Cawan Gula
1 Cawan Tepung Kastard
1 Tin Jagung Krim
Cara-cara :
1. Campurkan semua air, gula dan tepung kastard dalam periuk/ kuali. Kacau sehingga sebati dan gula hancur.
2. Masukkan jagung. Kacau lagi.
3. Masak atas api sehingga bancuhan pekat dan menggelegak...Ala2 macam gunung berapi kecik meletop tue..Boleh la diangkat dan tuang dalam acuan kegemaran korang.
4. Bila dah sejuk sikit baru masukkan dalam peti ais...sedap makan sejuk2 tau.
Nota : Untuk pewarna tue aku letak sikit sajer pewarna hijau untuk daun dan merah jambu untuk bunga ros. Kalau boleh selepas bancuhan menggelegak, biarkan dalam 5 minit baru tutup api. Macam aku x menyabar nak letak dalam acuan. Hambek ko cair lagi rupanya...Peringatan untuk diri sendiri...hehehe
Cantiknye!
ReplyDeleteSayang lah nak makan...
Mak saya pasti suka ni. Terima kasih berkongsi resepi ni.
ReplyDeleteKajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!