Selamat pagi
SELAMAT ULANG TAHUN KE 2 HADIF ISKANDAR
Sekejap sangat masa berlalu kamu dah berumur 2 tahun. Macam x percaya mama dah ada anak 2...kamu dan abang lah kesayangan mama dunia akhirat.
Mama terpaksa tempoh detik yang sukar semasa kelahiran kamu. Vakum sampai 2 kali tapi masih x nak keluar. Akhirnya doktor pakar lain berjaya jugak keluarkan kamu. Kamu luka teruk di kepala kesan daripada vakum tersebut.
Paling menakutkan mama, bila papa bagitau nafas kamu terhenti seketika selepas dilahirkan. Badan kamu dah bertukar pucat. Mujur la doktor pakar berjaya menyelamatkan kamu. Mama berterima kasih sangat kepada Doktor Jamil dari KPMC Kajang kerana dia berjaya menyelamatkan kamu ketika detik2 kecemasan. Dan terima kasih dan alhamdulillah di panjatkan kepada Allah s.w.t memberi kesempatan mama untuk membesarkan kamu sehingga ke detik ini.
Detik yang sukar semasa menjaga kamu dalam pantang. Luka kepala yg teruk dikepala menyebabkan kamu x selesa bila nak menyusu dan tido. Alhamdulillah setelah 2 tahun, kandungan air yg ada dikepala kamu dah hilang. Mama sangat risau walaupun luka dah pulih tapi masih ada kandungan air yg dapat dirasa di luar tengkorak kamu semasa tempoh tersebut. Masa sentiasa berdoa kamu baik2 sahaja.
Walaupun kamu garang dengan abang dan suka bergaduh, mama harap kamu akan sentiasa menyayangi abang seperti mana abang menyayangi kamu.
Kamu tahu sayang..ISKANDAR tue nama kegemaran mama sejak dulu lagi. Masa zaman bercinta dengan papa, mama dah angankan nama ISKANDAR bila dah berkeluarga. Ntah macam mana mama boleh lupa semasa abang kamu lahir...maknanya abang kamu x rezeki untuk dinamakan Iskandar. Akhirkan kami pilih HAIKAL DANISH untuk abang kamu.
Bila mengandungkan kamu dan dah tahu jantina semasa pemeriksaan doktor, terus mama teringat nama ISKANDAR. Akhirnya lahir la kamu dan dinamakan HADIF ISKANDAR. Hadif tue pilihan mama dan papa. Dah alang2 nama abang bermula huruf "H" makanya kamu harus la jugak "H"...
Dah terlalu panjang mama berceloteh di hari lahir kamu. Mama harap jika satu hari nanti kamu dah besar..blog nie sahaja peninggalan mama untuk kamu. Mama tiada harta untuk kamu dan abang. Kasih sayang dan ilmu sahaja dapat mama tinggalkan untuk kamu.
Masih nyenyak di buai mimpi...bangun la sayang
Over tau dialong tue...hehhee
Petang nie tepat jam 4.26 petang adalah detik2 kelahiran kamu. Balik kerja nanti mama beli kek ye...Otomen tak sempat tempah la sayang...Janji ada kek ye...
Happy birthday hadif
ReplyDeletebest yer anak2 dah besar....sonok tgk hadif tido nyenyak tuh...happy birthday ye sayang :)
ReplyDeletehappy bufday hadif iskandar... :)..hihi caption mama buat tu tak tahan...
ReplyDeleteSemoga menjadi anak yg soleh, oenyejuk hati mama & ayah ye ..Amin...mmuah
Selamat ulangtahun Hadif... kejap kan masa berlalu..tuptup kamu plk jadi abang nanti...hihiih
ReplyDeleteooh hadif ada komplikasi masa lahir dulu yer....
ReplyDeletekejap je kan dah 2 tahun. happy bday hadif. jd anak yg soleh okeh!!
dengar cakap mama..
HB hadif...moga jadi anak yang soleh yea....
ReplyDeletehappy buffday hadif syg~ jg anak yg soleh ye.
ReplyDeleteYa Allah nak nangis baca kisah bersalin Hadif..byk dugaan jugak...ALhamdulillah Hadif dah 2 tahun
ReplyDelete