Friday, April 22, 2011

Bayar Bil Melalui Internet



Tengok la..bila dah rajin membaca surat khabar, abis la semua info aku nak kongsi kat sini...apa orang kata sekarang "sharing is caring"...hehehehehhe


Kaji selidik pengguna eCommerce Visa 2010 mendapati kebanyakan pengguna internet di Malaysia kini kerap membayar bil mereka atas talian kerana kaedah pembayaran secara elektronik lebih menyenangkan dan fleksibel berbanding wang tunai dan cek

Kredit : berita harian


Jom kita check kenapa la orang kita sekarang rajin bayar bil melalui internet jer :


  • Malas beratur panjang : kejadian nie selalu la berlaku kat Pejabat Pos. Tambah-tambah kalau awal bulan, time kita nak bayar bil...time tue la ramai berpusu-pusu nak bayar gak. Kalau kat pejabat pos tue letak kerusi takpe la gak. Kalau yang takde kerusi. Maunya kematu kaki dok berdiri. Kalau pejabat pos yang baik hati plak, disediakan kerusi tapi tak sampai 20 kerusi. Apa kes....Kalau yang warga emas tue...lagi la kesian nengok nyer.
 
  • Buang minyak kereta jer : nie bagi yang kedekut nak mampus la. Kalau tempat nak bayar bil dekat takpe la. Nie nak kena g terjah kat bandar yang jauhnya 30km baru dapat bayar.

  • Parking kereta : kalau tempat parking free, memang berbaloi la g bayar bil tapi kalau sekali masuk RM 3.00. Tue baru sejam pertama kalau setengah jam kemudian + RM 1.00. Pastu nak kena mencangok 3-4 jam tunggu turn sampai. Memang parah la.

  • TV : ada ke tempat bayar bil boleh tengok tv. Kalau bank tue aku rasa ada la kot. Sesetengah bank jer la. Siap boleh tengok satu drama tue sampai abis la nak menunggu turn sampai. hehehehe.

  • Mengular : pakej berganda la nie kalau time kerja g bayar bil, confirm la mengular tue terselit sekali. Baik mengaku......ada yang buat gak kan....hehehhhe
 
  • Makan-makan : nak bayar bil elektrik RM 30.00 jer sebulan...belum lagi tiba-tiba tekak terasa nak makan kenny roger ker, McD ker, KFC ker....tup-tup bil untuk makan jer dah cecah RM 100.00. Tak ker haru.
 
  • Anak berderet : tak ker susah namanya. kalau suri rumah sepenuh masa. anak 6 orang kecik2. pastu laki plak serah semua pembayaran bil suruh isteri settle kan.  Tak ker menyusahkan nak usung semua anak g bayar bil. Anak kita jer dah penuh tempat nak bayar tue. Kalau jenis anak soleh & solehah mendengar kata takper. Buatnya yang hyper active. Maunya mak tue bertukar jadi raksasa kat situ..


Aku adalah salah seorang pengguna internet yang pandai memanfaat teknologi. Wah terpuji diri sendiri plak. Kalau aku tak puji, takkannya korang nak puji pun. Teknologi di hujung jari. Sekali dua klik jer dah settle semua masalah.
Jimat segala-galanya la. Sambil layan-layan tengok tv, boleh online bayar. Sambil-sambil membedok makanan yang tersedia kat rumah pun boleh bayar bil gak. Wah lemak makin bertambah-tambah gi tue. Tak perlu risau hujan atau panas. Semuanya boleh settle maaaa...



Perahan Otak : Tali Barut Comey

9 comments:

  1. betul..betul..betul..saya sokong kenyataan anda di atas.

    ReplyDelete
  2. hehe samala kita... dni kalo buleh beli nasik kat tenet nak je beli :D

    ReplyDelete
  3. hmm...best juga kalau bayar sec. on9..

    sy masih lagi buat secara manual..huhuh... :)

    ReplyDelete
  4. Haah laa... betul gak.. tp still nak bayar kat luar gak.. Ar-Rajhi tak boleh nak bayar bill laa...:(

    ReplyDelete
  5. hahahaha btul2.. byar online je.. xpyah nk semak otak pk mne nk cri prking.. nk kne bratur bgai.. nk tggu lg.. adoiii~~ nk ngadap muke staff pon stu hal.. senyum xsemenggah dlam banner amalan 5S..

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  6. itulah yang sebaik2 nya !
    haha

    ReplyDelete
  7. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Yamaha 135lc dan penjagaan

    Honda ex5 dan Honda wave

    hahhh pada mula nya agak susah tapi lelama pakai on line bayar lagi senang...

    cuna tak merasa duit kat tangan lerr alih-alih duit habis bayar bil aJER

    ReplyDelete
  8. haha.semua yg sebab kenapa rjn byr bil guna internet *walaupun bukan sy yg byr bil.hihi*

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...