Friday, June 29, 2012

Accident Lagi Selepas 2 Tahun



Selamat petang



Semalam satu entri jer kuar coz 27/06/2012 (Rabu), Mr Shah accident so terpaksa la bagi tumpuan lebih kat hubby sorang tue....macam ada 2 3 hubby jer bunyinya..hehehe


kredit to mr google


Kelam kabut aku dibuatnya petang Rabu tue, bila call...dia cakap kat Hospital Serdang..Terus minta pelepasan dari bos nak g Hospital..Otak dah macam-macam pikir..Patah riuk ke laki aku sorang tue...


Ambik bebudak dan mak mertua terus berdezup g Hospital...Dah la masa tue tengah hujan lebat, memang kena 100% bagi tumpuan kat jalan la..kang elok2 tujuan nak lawat orang sakit dengan kita2 sekali plak tempah wad kat situ...


Mujur la takde kecederaan serius cuma otot tisu terkoyak besar kat bahagian pinggang tue...


kredit to mr google


Dah ala-ala TRANSFORMER plak aku tengok Mr Shah berjalan....


Kawan dia sorang tue, penumpang bahagian depan patah bahu dan retak rusuk, yang sorang lagi dok belakang takde kecederaan langsung just sakit dada jer...Pemandu plak yang over macam robot jadinya...


Alhamdulillah semuanya selamat....accident nie takde melibatkan kereta lain..Diorang terbabas langgar tembok on the way balik dari Putrajaya...


Semalam harus la cuti nak jaga dia...Kesian plak tengok dengan nak bergerak pun susah dan sakit. Nak makan pun tak boleh, kena bersuap jer....Nie la pengorbanan seorang isteri yang dapat aku jalankan...Hari nie tengok dia dah bertambah sihat, makanya datang la opis...


Harap-harap semuanya ok sepeninggalan aku hari nie...



Thursday, June 28, 2012

King la sangat



Dua hari lepas beria-ria la anak tekak nie nak makan sate...

Nak g kat willy satay malas so cari jer la satay area sg kantan...sebelum nie ada baca kat blog saper erk dah x ingat...dia g makan sate king...dia cakap besar so semangat berkobar-kobar la nak cuba....

Kot makan satu batang dah kenyang ker coz nama pun sate king....

Berpusing la kat sg kantan tue...coz setahu aku kat situ ada 2 tempat jer yg jual sate...kedai yg aku selalu g dulu dah kecik giler satenya...3x lebih kecik dari sate willy dah tue harga sama plak...memang dah lama kena pangkah la kan...

So kedai satu lagi la...beli bawak balik jer...  boleh golek2 sambil makan...kalau kat kedai nak golek kat mananya...

Sekali buka memang mengecewakan la...sate tue kecik sikit dari willy satay pastu rasanya kureng la...takde rempah perap yg ummphhh...

Rasa macam sate hj samuri jer...ntah mana la king nya...klu sebut king mesti terbatang sate tue mesti besar sekali indah khabar dari rupa..ntah2 nama tuan kedai tu kot king....

Lepas nie willy satay jer la kita bedal...itu yg terbaik dan sedap

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 27, 2012

Keluarkan Pun Video Baby Rempit





Biasa la masalah teknikal ckit..Semua dah kasi settle...


Enjoy...

Baby rempit BUKAN Mat rempit





Seronok sekarang bila anak-anak dah besar dan macam-macam gelagat...

Jom layan video baby rempit kasi settle masalah kereta rosak...

al maklum la kereta turun temurun memang banyak masalah....hehehe

p/s : alamak video tak nak keluar la..tunggu ye

Published with Blogger-droid v2.0.6

Santai Pagi Abang dan Adik



Selamat pagi


Entri basi lagi...baru nak upload aktiviti santai riadah pada 23/06/2012 (Sabtu) di Taman Tasik Titiwangsa...


Konon-konon nak g jogging awal pagi la..sekali anak-anak dan bapanya plak bangun lambat...Kasi mendidih jer hati..Dah la semangat nak bersenam sekali diorang plak sedap buat taik mata...


Tup Tap Tup Tap..kul 9 lebih baru sampai kat situ...gggrrrrrrrrrrrrr


 Hampir semua alat senam kat situ dia nak cuba


 Over tau..dia duduk, mama plak nak kena tarik


 Buai laju-laju..smapai pokok sena..apa dalam baju...sekuntum bunga cina...

Suka betul Hadif naik buaian nie..First time merasa naik buai...Pandai plak tue tolakkan kaki nak kasi buai tue bergerak


 Cepat laju lagi..laju lagi


Seronok betul la diorang hari tue...cuba tengok kat belakang tue kosong jer


Masa tue dah pukul 10 lebih..Dah start panas terik, bebudak nie rilek jer main pepanas tue..


Masing-masing lepas gian coz lama sangat mak pak tak bawa datang cni..

Tuesday, June 26, 2012

Alahai courier



Petang-petang nie bikin panas betul!!!!!!

Abis keja terus g courier dokumen opis..dah la jauh, mujur la jalan x jem...

Abis isi form courier, makanya kena la bayar...sekali aku hulur la rm 50...boleh lak dia cakap xde duit kecik...mana la aku ada duit lain, itu je ada...

Dah la kawasan tue area cina..mana la aku nak tukar duit, mujur la staf tu ckp ada 7 eleven berdekatan.

Berdezup la cari 7 eleven...beli la keropok buat syarat nak tukar duit...mujur la 7 eleven ada duit tukar, kalau x satu hal lg nak cari kedai la plak...

Lain kali, tempat courier ni tolong la sediakan duit tukar, jgn menyusahkan customer....ggrrrrrr

Published with Blogger-droid v2.0.6

Lagi Lagi Durian



Selamat petang


Dah seminggu durian nie abis, baru aku nak story kat sini..Sana sini jual durian sekarang nie..musim agaknya...


Kalau la ada dusun durian sendiri alangkah nikmatnya..tak perlu la keluarkan duit yang banyak untuk beli durian yang kekadang elok kekadang ntah apa2 la...


 Memang terbaik la walaupun bukan musang king atau durian kunyit


 Longgok bebanyak kemudian makan kasi abis....hahahha


 papa dan mama yang makan durian, dia plak berpeluh lebih..


Stok untuk 2 3 hari....


Selalu kalau durian yang tak abis makan, aku letak dalam tupperwear atau apa2 bekas la..pastu simpan kat peti ais bahagian beku....memang layan jer makan...sejuk anak tekak nie


Peti sejuk pun tak berbau durian kalau letak kat bahagian beku nie...


Tiap2 hari balik keja mesti aku bedal makan durian...nikmat siot...tunggu gaji baru buat stok baru...hehheehe

DRYPERS WEE WEE DRY BERWAJAH BARU



Selamat pagi...


Rasanya baru lagi cover Drypers Wee Wee Dry nie bertukar...Makin comel plak plastik tue


 Nie la wajah baru drypers tapi pampers tue yang lama la bukan nie punya..tersalah ambik gambar la plak..hehehe


 Nie wajah lama tapi pampers tue yang baru punya ye


 Perbezaan yang ketara


Pada aku la, yang baru nie kira ok la...dah macam2 jenis pampers aku pakai tetap drypers juga jadi pilihan hati nie....


Kalau kena masanya, memang betul2 murah harga pamper nie tapi jangan la beli kat Giant atau tempat lain, memanjang jer harganya RM 40 ke atas...


Kalau kat Tesco, sentiasa RM 34.90, sesekali jer dapat RM 31.90...


Dulu tension gak pakai drypers nie coz pelekat tepi tue mudah tertanggal dan tak melekat dengan kejap...Kalau tangan kita terkena minyak, pastu g pegang plak bahagian nak dilekat tue terus tak leh guna..Sampai satu tahap dulu kena sediakan salotape lah...Geram pun ada..


Sekarang dah tak perlu lagi....Cuma satu la aku tak puas hati kenapa kuantiti pampers tue makin berkurang erk..Dulu kalau saiz M kuantiti 84 keping sekarang dah jadi 80 keping...


Kalau L plak dulu 72 keping sekarang 68 keping..Tak aci tau dia upgrade pampers nie pastu dia kurangkan kuantiti...Memang hampeh jer...




Monday, June 25, 2012

Hadif Dah 7 Bulan



Selamat petang

Konon nak wat entri bila Hadif genap 7 bulan..sekarang dah 7 bulan 10 hari baru terhegeh-hegeh nak wat entri...


Berat terkini Hadif aku dah tak tau, kalau cucuk baru la tau beratnya...dah kena tunggu umur setahun la baru aku tahu berat dia...


Jom check perkembangan apa plak si bam bam tue bila dah 7 bulan nie..


Perkembangan bayi anda semasa usia 7 bulan

Melonjak-lonjak
Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.

Belajar memegang
Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.

Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.

Tumbuh gigi
Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.

Menguji autoriti anda
Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.

Perasaan tak senang ketika berpisah
Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.

Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya bersama-sama bayi anda dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

Kemahiran mengenal
Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.

Memahami bagaimana objek berhubung kait
Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

Patung dan permainan yang menyeronokkan
Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah "semudah mengambil gula-gula daripada bayi" tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.

kredit to babycenter




Perkembangan Hadif bila dah 7 bulan :

  • Dah makin ligat bergerak
  • Tak pandai merangkak lagi
  • Kuat Makan
  • Suka main cu-cak cu-cak
  • Dah kuat nak ampung badan
  • Dah boleh duduk dengan bantuan mama dan pandai balance badan
  • Belum tumbuh gigi lagi



kredit to babycenter

PEDAS GILER KFC BARU NIE



Selamat petang


Pedas..pedas dan pedas lagi..Tu je la ungkapan yang sesuai untuk KFC Flaming Crunch...


Aku rasa la cubit sekali masuk mulut ayam masuk mulut pastu bersedut-sedut air aku tegok. Memang la tersangat-sangat pedas...Aku yang hantu pedas nie pun tak tahan dengan tahap kepedasannya


Semua orang cakap sedap, so aku nak cuba la...Pada aku la, tak sedap la letak corn flake tue, rasa tawar jer bila makan kerak tue, ayam plak terlampau pedas dan budak-budak tak sesuai makan....


 Nampak menyelerakan tapi awas pedas gilers...


Abang yang tengah kelaparan..pedas pun dibantainya..


Kesian tau kat anak aku sorang nie, sikit jer dia makan sebab pedas sangat, selalu mesti abis seketul dia sorang..nie berapa cubit jer dia makan....huhuhu


Dah tue pakej tercekik tulang ayam sekali sebab terlampau gelojoh makan..Mujur la dia pandai keluarkan tulang tue...Kalau tak dah kat hospital dah ni....


Topeng comel drypers drypants



nie la masalahnya bila baru belajar guna  aplikasi blogger-droid...entri dah keluar gambar plak tertinggal...hehehe

topeng nie x sesuai untuk baby tau kalau jadi macam gambar kat atas tue la...hadif rimas dan x suka pakai...pastu macam x sesuai la coz topeng tue tutup hidung la...kala bebudak baya haikal yg dah 3tahun lebih tue ok la...

nak tanya la kat korang camner nak masukkan gambar kat tengah entri erk...ni la x bestnya update guna blogger droid, gambar mesti kat atas...tolong.......

Published with Blogger-droid v2.0.6

Dapat topeng bila rembat drypers drypantz



selamat pagi

stok pampers kat rumah dah makin susut so kena la top-up bebanyak...mujur la masa beli hari khamis lepas drypers wee wee dry tengah promosi rm 31.90...makanya terus rembat 2 jenis coz nak beli pampers jenis pant sekali....

husya kat rak drypers jenis pant kosong siot...sold out la plak...mentang2 la harga rm 26.90...laju jer diorg rembat...huhuhu

esoknya gigih la dtg sekali lagi kat tesco nie...sekali tengok drypers dah naik harga la...mujur la dah rembat semalam...bila nak beli jenis pant...sekali harga dah naik rm 31.90...huhuhuhu....kecewanya...nak tak nak terpaksa la beli gak....

yang bestnya dapat topeng gambar binatang yg super comel...mak jer over tau. anak rilek jer...

rasa nak anak korang comel gak...apa lagi g rembat cepat sebelum korang melopong...

lepas nie kena ingat, kalau nak beli drypers kena beli pada 20 & 21hb coz time org tak gaji lagi la tesco rajin turunkan harga drypers...kalau tak mesti rm34.90...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 21, 2012

Restoran Mohd Chan, Bangi



Selamat petang


Asal petang jer entri memakan, asal makan jer entri pun muncul...hehehe


Kalau aku malas masak makanya banyak la entri makan-makan kat luar. Kali nie cuba port baru lagi..


RESTORAN MOHD CHAN, BANGI


First time datang, mak aii ramainya..dah la perut tengah lapar giler, mujur la masih ada meja kosong...


 Bila tengok kedai tue dan nama plak Mohd Chan, macam ragu-ragu gak mujur la ada logo HALAL tue

Tapi pernah baca entri blog lain pasal restoran nie


 Macam-macam jenis makanan tapi kalau setakat 2 org jer makan, tak digalakkan kot ambik tue coz lauk-lauk tue dihidangkan dalam bekas yang besar macam 5 org makan la

Maunya menggigil nak abiskan...Harga lauk-lauk tue RM 20.00 ke atas


 Sebesar-besarnya logo Halal...kompem sah


 Menunggu ngan sabar dalam kelaparan...Mujur la sekejap jer dah dapat


 Nasi Roasted Itik - Mr Shah punya


Wantan Mee BBQ Ayam - Aku punya la


Anak-anak aku terbongkang tidur, sorang mamanya pangku, sorang papanya pangku...Kalau anak ramai pakej masing2 tertidur, sila la order bawa balik jer...hehehe


Bagi aku makanan sedap dan berbaloi harganya kat sini, makanya lepas nie ada la siri makan kat sini lagi...

Wednesday, June 20, 2012

NotBadLaa Grill - Kajang Dah Ada Burger Bakar



Selamat petang

First time jumpa port burger sebijik dan sejiban macam KAW-KAW BURGER BAKAR...


Sebelum nie kan pernah post entri KAW-KAW BURGER BAKAR, bila memikirkan jauh la sangat dari Kajang pastu satu hal lagi bila dah penat meredah jem kena plak beratur panjang..so lupakan hasrat nak makan burger bakar tue buat kali kedua la...


Bila g bandar kajang, on the way nak balik rumah ada la perasan satu port makan baru buka, tengok orang tak ramai so tempat masak tue familiar sangat...rasa macam berkaitan ngan grill...so takde la singgah..just lalu jer...


3 hari lepas, penyakit malas masak merasuk dalam badan nie makanya kita makan luar jer la...just nak makan burger jer..malas nak berat2 sangat....


Terus terjah port makan baru tue...


BURGER BAKAR : NotBadLaa Grill


 Siap ada facebook dan twitter lagi


 Aduh terliur plak tengok...


Alamak gambar kabur la..tangan dah gigil nak terkam so kabur la...alasan yang tak logik


Kitorang beli burger bakar daging, harganya RM 9.00...semua bahan yang dia ada, semua kasi taruk...
Ada cendawan goreng - sedap, cheese, salad dan burger daging yang besar dan tebal...


Itu yang mahal sikit...Kalau harga burger bakar biasa tak tau la plak..


Bagi aku rasanya setanding dengan Kaw-Kaw Burger Bakar tue. Aku makan baru suku jer dah kekenyangan....Memang berbaloi la..


Apa lagi korang yang teringin nak makan burger bakar dan malas nak rembuh jem datang jer Kajang kompem puas hati...


Kalau korang malas nak tunggu burger nie masak, korang boleh order pastu balik lepak2 kat rumah dulu, then datang collect jer..diorang akan bagi masa berapa lama burger tue akan siap...senangkan

 
Lupa lak nak kasi tau lokasi kedai nie kat tepi jalan Taman Mesra, Kajang..Kalau bukan org Kajang mungkin sesat sikit la nak cari....


Jangan tanya aku diorang buka pukul berapa coz aku pun tak tau maybe malam la....sebabnya aku datang malam..hehehe


Apa lagi jom terjah...




over tidur sampai jatuh katil



selamat pagi

sian kat abang dan adik malam tadi. masing2 tido awal...kalau tak tidurkan maunya tengah malam kang baru tido...

dulu abang jer tido lambat,sekarang dah berjangkit kat adik plak...huhuu

malam td naik katil jer terus tido tak sedarkan diri anak dan maknya....

tiba2 terdengar adik nangis, mata rasa macam gam so traba-raba la cari adik...rupanya adik dan abang dah takde kat katil..sekali tengok dua2 dah tergolek tido kat bawah..mujur la papanya dah letakkan toto kat tepi katil...cepat2 angkat dia dan susukan, terus dia tido sampai ke pagi...

musykil aku, macam mana adik boleh tergolek jatuh katil...kalau abang dah selalu sangat tergolek. adik baru 7 bulan pun dah pandai join jatuh katil. abang dulu first time jatuh masa dalam pantang...suka benar tido atas dada aku, sekali maknya pun tertido dan dia pun tergolek elok jer jatuh dari sofa...bila papanya tanya mcm mana abang boleh tido kat bawah padahal mamanya kat atas sofa....aku kompem la dia tergolek jatuh dan mujur juga letak tilam tepi sofa masa tue...elok jer jatuh, takde nangis dan sambung tido ngan nyenyaknya....

abang elok jer tergolek jatuh tepi katil,adik plak jauh giler dari katil...

bila bagi tau mr shah jer, mula dia wat firasat konon aku yg terajang bebudak tue sampai jatuh katil...sampai hati tau cakap macam tue....

sampai sekarang aku masih musykil macam mana adik boleh join abg terjun bawah...mujur la katil tue tak tinggi...kalau x ntah la....

nampaknya lepas nie kena wat benteng bantal keliling katil kalau x ada lagi aksi terjun katil....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 19, 2012

ASAPANAS BISTRO



Selamat petang


Petang-petang nie elok layan menu makan-makan..Dah lama tak bersteamboat nie...Jumpa port baru, adik yang rekemenkan walaupun dia pun tak terjah lagi...


Pagi dapat tau, petang terus terjah..giler gelojohkan...


(klik facebook diorang)


 Tergugat iman betul la..dari Kajang meredah ke Selayang..Jauh benor la..Plus ngan jem kat KL tak hingat. Rasa macam nak patah balik jer tapi memikirkan lama tak makan steamboat so redah je la...


 Paling terbaik, daging dan ayam tue dah diperap, memang heaven la bila kita bakar...

sebijik macam makan sate....TERBAIK

Penuh bahan untuk dicekik...Sos ada banyak pilihan, so pilih jer mana berkenan kat anak tekak

Boleh pilih nak kuah sup atau tomyam, kitorang ambik tomyam...

Yang bestnya, bila kuah tue dah susut, diorang akan top-up lagi..


Kasi budak bam bam nie makan biskut dulu supaya senang mama papa nak bersteamboat


Chef import dari Kajang


Punya la banyak ini budak makan..

Percubaan abang nak pakai chopstick, pandai betul la..aku yang tua nie pun fail kalau bab chopstick nie

Senyum....feeling mamam biskut sampai pejam2 mata...hehehe


Decoration kedai nie kemas dan selesa la cuba satu jer tak best, tandas sikit kotor la..kalau boleh kasi cuci bersih mesti tip top...


Murah jer cuma RM 19.90

Kira murah la dari redwork, boleh barbeque + steamboat dengan harga yang murah...kepah takde tue yang kecewa sikit...huhuhu


Bagi pendapat aku la...kalau nak murah boleh la ke sini. Kalau nak bahan tue banyak kena la g flaming dan kalau nak bahan dan goreng2 sedap plak kena la ke Redwok ...tapi berbaloi la dengan harga yang kita bayar..


Bahan-bahan kat situ tak banyak dan tak banyak choice gak, goreng2 pun just nasi goreng jer kot yang aku nampak...aku rasa bekas bahan mentah tue pun kecik2 jer, sekali kitorang angkut udang terus abis, macam mana tue????


So bagi korang nak barbeque dan bersteamboat murah boleh la ke sini...takde limit time untuk korang makan...makan la sampai muntah...

stroller pelbagai guna



selamat tengahari

zaman makin canggih makanya kita pelbagai guna peralatan yg ada....

troli aka stroller...jimat masa dan tenaga nak usung stroller gabak dan berat...adik dah boleh duduk, boleh la masukkan dalam troli ngan abang...

kan senang mak pak nak belanja barang dapur...takde la nak main kejar2....hahaha

setakat duduk je la...tak sampai hati nak tidurkan diorg dalam tue coz bukan bersih sangat...ringan beban tak payah dukung..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Lengkap Sudah Koleksi Figura Upin Ipin



Selamat pagi..


Akhirnya lengkap sudah koleksi figura upin ipin. Bersusah payah kumpul akhirnya lengkap gak koleksi peribadi mak budak nie...


Paling susah nak collect figura ipin pijak bola...G KFC minggu lepas, just lalu drive thru jer...bila tanya ada tak koleksi tue, sekali belum sampai la dan sepatutnya sampai hari tue...Sanggup tak order apa, terus blah jer...


Esoknya datang lagi, tanya dulu kat kaunter dah sampai ke belum, bila dia cakap dah sampai baru la order makan..Kalau tak sanggup aku jelajah semua KFC sebab nak lengkapkan koleksi...hehehehe


Berganding bahu upin dan ipin

Gaya mutu keunggulan

Budak bam bam sibuk main ngan ipin


Kalau lelaki suka kumpul koleksi robot, mak budak suka kumpul koleksi figura yang comel-comel....boleh???

Monday, June 18, 2012

Cara update blog guna blogger-droid



First time update blog guna  
applikasi blogger-droid..jakun siot.

Sebelum nie tgk org update blog,bwh entri tue mesti ada "published with blogger-droid v2.0.4"..mula2 nak jd mak jemah tapi malu nak bertanya...kan dah sesat jalan berminggu2...tapi tetap gigih nak cuba gak...akhirnya jumpa gak caranya.

Bagi korang yg macam aku nie "malu bertanya sesat jalan berminggu2"...meh cuba cara nie.

- taip kat google hp korang
"blogger-droid"
- klik carian goole yg muncul tue,"blogger-droid - android apps on google play"
- klik download

settle sudah...cara2 nie khas untuk hp jenis android...selamat mencuba

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 15, 2012

michael schumacher junior la sangat



Selamat petang


Hari nie genap Hadif Iskandar 7 bulan...Gambar2 kat bawah nie masa umur 6 bln lebih lagi...


Cita-cita besar nak jadi pelumba kereta macam Michael Schumacher gayanya...


Muka kerek Michael Schumacher

Apa agaknya korang rasa Michael Schumacher nak sambung dialog tue erk???


Bakal Michael Schumacher Junior dah datang...Asah bakat dari usia 6 bulan..ko ada???


 Port training : AEON, Cheras Selatan 
Tarikh : 09 Jun 2012
Masa : Time Free


Gaya lincah tak hingat...Di latih oleh Acik dan Diselia oleh Mama..

Siap lengkap berpakaian Ferrari lagi..


Pasrah je la abang..Bagi la peluang adik plak asah bakat terpendam terendam


Ala comel jer....


Sejak balik training kat AEON tue, pantang masuk keta, laju jer mata tue emm nak pegang stereng...Aduh la Michael Schumacher Junior nie



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...