Tuesday, August 16, 2011

Cuti Tambahan Hari Raya dan Hari Kebangsaan



Selamat Pagi..


Baru puasa ke 16, aku dah sibuk menghitung hari nak balik raya..Tak sabarnya nak beraya sakan. Kalau tahun lepas raya di Penang, maka tahun nie haruslah sebelah Tuan Tanah pulak di Johor.


Tahun nie nak beraya puas-puas sebab cuti pun panjang sikit. Kebanyakkan opis dah start tutup pada 29/08/2011 (Isnin) dan akan dibuka pada 02/09/2011 (Jumaat). Opis aku plak mungkin tutup seminggu la.


Bagi yang cuti ala-ala cukup makan jer, korang confirm akan melompat kegembiraan bila baca entri kat bawah nie ye..



Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan



KUALA LUMPUR 24 Mei – Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

 Kredit to : Berita Harian Online


So apa lagi..boleh raya sakan la tahun nie...hehehehhe  

Perahan Otak : Tali Barut Comey

10 comments:

  1. wow berita gumbire....ehehehe tq sharing...

    ReplyDelete
  2. jimat cuti kalau camni...tp dah isi cuti pun

    ReplyDelete
  3. cikpija tayah pikir pasal cuti berapa hari ke ape ke, sbb 6hb dh kena dftar U. hahahaha, slmt bercuti ye ^_^

    ReplyDelete
  4. wah sonok duk mghitung cuti raya ek...sonokkan ..x sabor2 nak braya...ekekke

    ReplyDelete
  5. Wah,,bestlah dapat cuti lama ye..Selamat bercuti dan berhariraya dikampung bersama family ye..:)

    ReplyDelete
  6. @MYA EL QAYREENA AZRYAN

    berita gumbira nie memang untuk dikongsi bersama..hehehhe..jang lompat over2 sudah..ahaks

    ReplyDelete
  7. @MamaEma

    kalau dah isi borang cuti..no hal la..suruh la kompeni tolak dari cuti tue..

    ReplyDelete
  8. @::Cik Pija::

    ala ciannya..takpe enjoy puas2 sebelum 6hb tue ye...sempat lagi

    ReplyDelete
  9. @intan morsalin

    tue la sekarang memang dah tak sabar nak beraya nie

    ReplyDelete
  10. @ariana's

    memang seronok sangat tapi maybe balik awal la dari johor coz hubby tak dapat cuti panjang..huhuhuhu

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...