Thursday, March 15, 2012

Cara Mengatasi Masalah Hidung Tersumbat dan Batuk Berkahak Pada Bayi



Selamat tengahari

Semua ibu pasti tak tidur lena kalau anak yang masih kecil mengidap selsema dan batuk berkahak...
Petang semalam, masa ambik budak-budak tue kat rumah tok mak..memasing tidur tak sedarkan diri....

Angkat masuk rumah pun tak sedar gak...Yang paling kesian dekat Hadif coz tidur dia asyik terganggu dengan hidung yang tersumbat dan kejap-kejap batuk...

Dia tidur pun mengeluarkan bunyi jer..

Terus aku angkat tepuk-tepuk belakang dia dalam 15 minit terus tidur dengan nyenyak dan aman tanpa bunyi lagi...Kaedah nie nurse kat KPMC yang ajar aku masa Hadif baru umur 39 hari..Masa tue dia kena selsema dan batuk berkahak yang teruk...

Sampai terpaksa g hospital 2 hari berturut-turut untuk sedut kahak..Mujur ada nurse yang baik hati ajar kaedah untuk hilangkan kahak pada bayi...

Kat sini aku nak kongsi ngan korang kaedah yang aku jumpa dalam internet dan sangat-sangat berkesan di amalkan :


Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

Baca lanjut kat SINI

dan

Teknik tepukan percussion. Cara melakukannya ialah (boleh lihat di sini untuk penerangan bergambar) : 

  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. 
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. 
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
 kredit to AnamarzaBlog.com




14 comments:

  1. Nice info, patut la anak sy makin kurang kahak n Flu dia... Sy mmg kerap mnyiarapkn dia mse selsema... Br th sebab apa....

    ReplyDelete
  2. Nice info, patut la anak sy makin kurang kahak n Flu dia... Sy mmg kerap mnyiarapkn dia mse selsema... Br th sebab apa....

    ReplyDelete
  3. gud info..leh try nnt kalau anak selsema ke batuk berkahak

    ReplyDelete
  4. teknik yg bagus..tq for the info..

    ReplyDelete
  5. salam
    mmg bayi meragam kalau hidung tersumbat,dgn mak sekali takleh tido..ayah..? still berdengkur hehe...

    ReplyDelete
  6. Gud info... mohon share yer...

    ReplyDelete
  7. nak tnya, kalau amalkan teknik ni batuk akan sembuh tanpa ambil apa2 ubat? anak saya berusia 6bulan dan sudah 2 minggu batuk. sy risau sgt. blh bg nasihat?

    ReplyDelete
  8. klaw bayi 2 mnggu nafas nye mcm sesak gtu,dan tdr brdengkur,
    mcm mne tu,,,?

    ReplyDelete
  9. klaw bayi 2 mnggu tdrnye bedengkur
    dan agak sesak bnafas,,,,cam mne tu,,,

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. pernah buat tapi x berapa berhasil..mungkin sebab takut..hehehe..
    thanks atlas info ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara tue kena buat kerap...klu buat sekali sekala memang kurang berkesan

      Delete

  12. Assalam Wahh . .Selesema ni memang sedikit sebanyak akan menganggu aktiviti seharian kita .Macam macam benda boleh jadi kalau kita pandang ringan terhadap masalah selesema kita.Sebenarnya ada Cara Atasi Selesema Berpanjangan Daripada Menghantui Hidup Anda
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...