Monday, February 20, 2012

Apam Polkadot Gebu



Selamat petang

Masak-masak kembali lagi.

Menu nie aku buat hari Sabtu baru-baru nie ngan adik aku. Dia yang beria-ria ajak buat lepas jiran sebelah rumah kasi apam polkadot kat dia.

Puas usha-usha menu kat blog. Aku berkenan nak buat apam polkadot dari blog Puan Nona. Aku nie kang buat x jadi maunya meroyan block terus resepi tue. Mujur la sekali percubaan terus jadi.

Bila dah makan sibuk tanya adik aku macam tue ke rasanya..Al-maklum la aku baru first time rasa. Memang gebu sampai keesokkan harinya. Nak kata lembut tue tak de la sangat tapi memang sedap jer....Lepas satu apam aku makan, aku capai lagi satu..tau-tau abis satu tupperware aku kerjakan..hehehhe. Maunya badan aku macam apam lepas nie...

Aku buat filling coklat dan blueberry. Anak aku makan yg ada coklat jer, yg filling blueberry terus di tak nak. Bukan jer anak tak suka, bapak budak pun sama la....Makanya aku la yg terpaksa menghabiskan yang filling blueberry...huhuhu



Apam Polkadot Gebu
 
Bahan2 :
3bj telur sejuk dr peti ais (asingkan putih & kuning telur)
274gram @ 2cawan stengah tepung gndum + 3sudu kecil baking powder (di ayak sekali)
200gram @ 1cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
150ml @ 3suku cawan susu segar/susu cair/santan (mana2 yg suka)
1sudu kecil esen vanila
inti bluberry or ape2 je yg korang suke, aku suke oren :)
pewarna

1. Pukul putih telur dgn kelajuan yg paling max smpai kembang/meringue/bertanduk
2. Masukkan kuning telur, gula, esen vanila & ovalette pukul smpai kembang lg.
3. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder td sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu td, mixer pd kelajuan paling minimun masa ni. sebati semua, siap :)
4. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk untuk diwarnakan dan masukkan dlm piping bag. Inti jem td pun sama. 
5. Picit adunan ke dalam papercup yg telah dimsukkan ke dalam acuan lompang 3/4, kemudian picitkan sdikit inti, dan penuhkan papercup td dgn adunan apam td, last step buat dot2 di atas mengikut kretiviti sendiri. 
6. Kukus selama 15minit dengan api perlahan & make sure penutup pengukus ditutup dgn kain bagi memastikan air wap dlm pengukus tidak menitik ke atas apam.

Tips Apam Polka Dot Jadi Cantik & Gebu (oleh : Jue @ aneka rasa rood)

1) Kena pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. Masa kukus, gunakan api yang sederhana.

2) Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.

3) Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia.

4) Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. . Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag. 

5) Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde. 

6) Satu lagi, kukus setingkat2 tau. Waktu kukusan mesti jangan kurang 15 min (walaupun jumlah apam tu kecil). Nanti apam tak betul2 masak.

7) Bekas untuk menyokong apam (bekas lompang) tu kalau nak guna kali ke-2 , make sure kena sejukkan dulu.  kalau guna masa bekas tu panas, apam jadi tak naik.

8) Jangan biarkan apam lama di tempat terbuka. nanti apam keras & dah tak lembut. Lepas angkat apam tu, biarkan sjuk dulu. Then, masukkan dalam bekas bertutup.

10 comments:

  1. apam ke cupcake? nampak macam cupcake je.. ape bese ngan cupcake ye? <-- orang fail masak2

    ReplyDelete
  2. kayrul leh tanya tak...pewarna apa kayrul guna...coz yanty guna star brand hari tu ..tapi pucat jew...kalau wrana biru lak jadi hijau hempeh tol...cam ner boleh jadi biru gitu terang pink pun terang.....ehehehe nak wat jugak...huhuhuuuu

    ReplyDelete
  3. @harzharun

    ambik la..resepi untuk dikongsi dan dicuba bersama

    ReplyDelete
  4. @kay_are

    nie apam la..apam nie rasa dia apam2 lain dan gebu, kalau cupcake tue rasa macam makan kek la cuba dalam bentuk cup jer

    ReplyDelete
  5. @MYA EL QAYREENA AZRYAN

    yanty, kayrul pun pakai star brand jugak. pewarna tue kayrul tuang lebih kurang 1 penutup botol tue..nanti kayrul tangkap gambar pewarna tue dan post kat sini ye

    ReplyDelete
  6. suka apam polkadot tu..sedapkan.

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...