Tuesday, February 14, 2012

Rainbow Marble Pudding



Selamat petang


Pagi dah jamu mata tengok pai ayam 'melbourne', maka petangnya kena la jamu dessert plak. Baru lengkap menu cuci mata..hehehehe. Resepi nie kayrul copy dari blog kak madiha. Cantik-cantik rainbow marble pudding yang dia buat, siap ambik tempahan lagi. 


Orang amatur macam aku nie harus buruk rupa kejadiannya....hehehhe. Nak tengok yang cantik rupanya, korang kena la skodeng blog kak madiha ye


nie yang dah kena potong. dapat la 2 loyang kecik jer.

RAINBOW MARBLE PUDDING
Sumber: Sis Blackmore
Resepi : kak madiha @ dari dapur madihaa

Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation - kayrul guna susu cair jenama F&N jer
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko - kayrul guna chocolate emulco
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya - kayrul guna pewarna biru dan kuning

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.
6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Note: MaDiHa menggunakan acuan 10" x 10" x 3"

2 comments:

  1. lawanyaaa pengsan tgk... thanks share resipi nanti nak cuba...

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...