Selamat pagi.
Pagi-pagi aku nak share resepi yang tersangat sedap, lembut dan gebu. Terkenang kisah zaman kecik-kecik dulu pakai seluar pendek, berlari-lari g rumah jiran beli apam tepung beras. Memang sedap sangat makcik tue buat. Susah dah sekarang nak cari apam yang rasa macam zaman kecik-kecik dulu..
Sekali aku jumpa resepi apam tepung beras. Tengok rupa macam apam yang aku pernah makan 20 tahun lalu. Maka gigih la aku try buat 2 hari lepas. Resepi nie aku skodeng blog HaSue..memang best try resepi HaSue nie..Mesti menjadi punya..Resepi asal dari Kak Watie Penang
Letak colour2..laju jer aku makan...hehehehe
Ada apam yang senyum mekar, ada yang senyum sumbing dan ada yang terover senyum la plak..
Nie eno yang aku pakai
APAM TEPUNG BERAS
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
Caranya:
Nota kayrul : Acuan tue di sapu dulu dengan sedikit minyak sebelum bancuhan dimasukkan. Kalau tak bila dah masak, apam susah nak dikeluarkan dan permukaan bawah jadi tak cantik.
- Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
- Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah malam kukus pukul 5 pagi).
- Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
- Panaskan kukusan. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
- Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.
kalau makan begitu je pun dah manis2 buah yea rasanya ?
ReplyDeletewahhhh....terlioq bila tengok colour2...1st time tengok apam colour hat bighu....comeiii
ahaha..nak try lah nanti >_<
good sharing .
rajinla sungguh mengapam..saya buat aritu tak jadi..huhu
ReplyDeletecomelnya apam tepung beras..geram tgk..nak rasa 1...
ReplyDeleteYang senyum tu yang manis tu, hehe. Kalau dikampung saya, diorang makan apam ni dengan kuah gulai. ish, teringat pula. hehe
ReplyDelete